Now Reading
[Video] Dah Cuba Banyak Cara Tapi Parut Jerawat Masih Tak Hilang, Ini Sebabnya

[Video] Dah Cuba Banyak Cara Tapi Parut Jerawat Masih Tak Hilang, Ini Sebabnya

Salah satu perkara yang menyebabkan parut jerawat tidak pudar adalah pengambilan makanan kurang berkhasiat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pertumbuhan jerawat pada kulit wajah merupakan satu kebiasaan yang disebabkan oleh pelbagai faktor, salah satunya adalah akibat hormon dalaman manusia.

Namun, jerawat akan menjadi lebih teruk sekiranya ia meninggalkan parut yang susah untuk dihilangkan dalam jangka masa pendek.

Walaupun banyak rawatan moden dan ubat yang ditawarkan di pasaran bagi menangani masalah tersebut, tetapi buat segelintir individu, parut jerawat mereka masih tidak pulih dan lebih gelap daripada awalnya.

Baca Artikel Berkaitan: Pakar Kongsi Rawatan Efektif Untuk 2 Jenis Parut Jerawat Di Muka


5 Punca Parut Jerawat Di Muka Masih Tak Hilang

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@faridzaesthethics) apabila seorang pakar kulit dikenali sebagai Faridz berkongsi beberapa punca yang menyebabkan parut jerawat di muka masih tidak hilang walaupun sudah melakukan pelbagai cara.

Berikut kami senaraikan punca-puncanya:

#1. Tak Jaga Kebersihan

Punca pertama yang anda perlu perhatikan adalah tahap penjagaan kebersihan kulit wajah. Jelas Faridz, ramai di kalangan individu yang mempunyai masalah parut jerawat enggan mencuci muka dengan kerap.

Mencuci muka adalah penting bagi menyingkirkan segala kekotoran tersumbat pada liang pori wajah yang sudah dijangkiti bakteria.

“Apabila awak rajin cuci muka, pertumbuhan sel melanin akan lebih cepat dan parut jerawat akan lebih cepat pudar,” kata pakar tersebut.

Sumber: Pexels
#2. Tak Pakai Pelindung Matahari

Seterusnya, adalah tidak menggunakan pelindung matahari (sunscreen) dalam rutin harian. Pakar itu menyedari bahawa segelintir individu menganggap bahawa penggunaan sunscreen adalah tidak penting.

Bagi pendapatnya pula, penggunaan sunscreen adalah ‘wajib’ jika seseorang sering terdedah kepada sinaran cahaya matahari yang tinggi sebagai contoh, keluar rumah pada waktu tengahari sekitar jam 1-2 p.m.

Sunscreen juga berfungsi untuk mengelakkan pertumbuhan sel melanin baru secara berlebihan pada kawasan parut jerawat.

Sumber: Product Nation
#3. Penggunaan Makeup Secara Kerap

Bukan itu sahaja, menggunakan alat solek secara kerap juga merupakan faktor parut jerawat anda masih kekal di wajah terutamanya buat golongan wanita.

Malah, ramai juga di kalangan kaum Hawa yang menggunakan makeup secara berlebihan sebagai contoh ‘foundation’ dan ‘concealer’ bagi menutup parut jerawat yang gelap.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Pun begitu, tindakan tersebut hanya membuatkan parut jerawat bertambah teruk dan merosakkan lagi sistem sel di wajah. Hal ini kerana, kebanyakan bahan-bahan makeup mengandungi paraben dan juga bahan pengawet yang melibatkan kandungan kimia.

Kimia berkenaan sekaligus akan menghalang pertumbuhan melanin secara sempurna pada kulit wajah anda.

#4. Tak Kawal Pengambilan Makanan Kurang Sihat

Pengambilan makanan tidak berkhasiat dengan kadar banyak juga boleh membawa kepada parut jerawat yang berkekalan.

Contoh makanan tidak sihat adalah yang mengandungi merkuri marin (bahan bahaya dari hidupan laut), makanan dan minuman manis serta makanan ringan.

Sebaliknya, anda perlulah mengambil makanan lebih sihat sebagai contoh yang tinggi dengan kandungan fiber, klorofil (zat hijau) dan mineral.

Sumber: Pexels
#5. Suka Pegang Jerawat

Perkara terakhir yang sering dilakukan orang ramai adalah memegang jerawat atau menyentuh kulit wajah. Kadangkala, seseorang individu itu membuat perkara tersebut tanpa mereka sedari.

Tindakan tersebut sememangnya tidak bagus kerana jari manusia terdiri daripada pelbagai jenis bakteria yang boleh beralih kepada jerawat. Oleh disebabkan itu, jerawat sukar untuk pulih dan menghasilkan parut yang degil.

Jika sesiapa mempunyai tabiat tersebut, anda dinasihatkan untuk berubah agar parut akan cepat hilang dan kulit muka bebas daripada jerawat.

Sumber: Tokyo Organic
@faridzaesthetics Ini adalah punca kenapa parut jerawat awak tak pernah selesai. Kenal pasti puncanya dan cuba ubah. Semoga bermanfaat 😉 #fyp #fypmalaysia #trendingvideo #viralvideo #masukberanda #zyxcba #tiktokguru #beautyguru #ilmu #healthyskin #tipsbeauty #skintok #gwrm #kecantikan #kulitcantik #parutjerawat #acnescar ♬ original sound – Faridz Skin Aesthetic

Rawatan Sampingan Untuk Kurangkan Parut Jerawat

Selain menggunakan produk penjagaan muka, anda juga boleh mencuba rawatan sampingan yang lain bagi mengurangkan parut jerawat.

Di sini kami kongsikan antara petua-petua yang mungkin berkesan untuk wajah anda. Antaranya:

Sumber: Professional Beauty/Pexels
  • Tuam ais pada jerawat.
  • Menggosok hirisan tomato pada parut.
  • Sapukan lapisan putih telur pada wajah.
  • Sapuan nipis jus limau membuatkan sel mati mengelupas.
  • Sapu minyak zaitun pada parut jerawat.
  • Sapuan minyak biji rose hip untuk memperbaharui kulit.

Selamat mencuba!

Baca Artikel Berkaitan: Elak Kering & Kusam, Doktor Ini Kongsi Teknik Cuci Muka Dengan Betul

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Mudah Hilangkan Jerawat Di Muka Sebelum Majlis Berlangsung


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Dapatkan lebih banyak cerita seperti ini ke peti masuk anda dengan mendaftar untuk surat berita kami.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd