Tim Hortons Bakal Buka Cawangan Pertama Di Kuala Lumpur Pada Ogos Depan
Pembukaan cawangan pertama di Kuala Lumpur ini menjadikan Malaysia sebagai negara Asia kelapan yang memiliki cawangan restoran makanan segera Tim Hortons.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, terdapat banyak premis makanan dan minuman popular di luar negara yang telah bertapak di Malaysia seperti Shake Shack, Ben’s Cookies, HEYTEA, Bacha Coffee dan banyak lagi.
Baca Artikel Berkaitan: 9 Lokasi Kedai Makan Best Di The Exchange TRX Yang Anda Perlu Cuba
Memang best betul kerana ia akan meluaskan lagi pilihan makanan dan minuman untuk rakyat Malaysia setiap kali kawan-kawan korang tanya ‘nak makan mana?’.
Bukan itu sahaja, korang tak perlu lagi ke luar negara untuk menikmati sendiri hidangan dari restoran terkenal.
Tim Hortons Bakal Buka Cawangan Pertama Di Malaysia
Untuk korang yang gemar melakukan aktiviti ‘cafe-hopping’, kami ada berita gembira!
Tidak lama lagi, sebuah restoran makan segera Kanada yang terkenal iaitu Tim Hortons akan membuka cawangan pertama mereka di Kuala Lumpur, Malaysia pada Ogos hadapan.

Pembukaan ini yang akan berlaku tidak lama lagi juga menjadikan Malaysia sebagai negara Asia kelapan memiliki cawangan Tim Hortons dan akan mengumumkan dua lokasi mereka dalam masa terdekat.
Jenama tersebut turut mempunyai perancangan untuk membuka ratusan cawangan Tim Hortons di Malaysia menjelang tahun 2025.
Langkah itu adalah sebahagian daripada rancangan pengembangan jenama berkenaan di Asia Tenggara apabila turut dibuka di Singapura pada tahun lepas selepas Marubeni Growth Capital Asia Pte Ltd menandatangani perjanjian eksklusif dengan Tim Hortons Asia Pacific Pte Ltd untuk mengembangkan jenama mereka.
Antara Menu Yang Dijual Di Tim Hortons
Mesti korang tertanya-tanya, menu apa yang dijual di Tim Hortons ini kan? Antara menu popular yang korang kena cuba adalah:
- Made-to-order Sourdough Melts
- Pasta Bakes
- Signature Latte
- Iced Capp berperisa Maple dan French Vanilla

Selain itu, Tim Hortons juga terkenal dengan donut dan Timbit mereka yang bersaiz mini. Lebih istimewa lagi, akan ada menu khas yang dicipta untuk pengunjung di Malaysia. Tak sabarnya!
Bagi penggemar kopi pula, pastinya kemunculan premis ini akan mengujakan korang kerana Tim Hortons menggunakan 100% biji kopi Arabica yang pastinya memberi aroma kesukaaan korang.

Latar Belakang Tentang Restoran Tim Hortons
Restoran Tim Hortons ini merupakan mula diperkenalkan pada tahun 1964 oleh seorang legenda pemain hoki dari Kanada iaitu Tim Horton dan ahli perniagaan iaitu Jim Charade sebelum Charade mengambil keputusan untuk membuka bisnes miliknya sendiri bernama Your Do-nut.
Cawangan pertama Tim Hortons ini telah dibuka di Hamilton, Ontario Kanada dengan menjual pelbagai menu seperti minuman kopi, donut, roti sandwic, mufin telur dan sebagainya.

Memetik sumber The Canadian Encylopedia, rangkaian makanan segera Amerika Wendy’s telah membeli Tim Hortons pada tahun 1995 sebagai rakan kongsi sehingga 2006.
Kemudian pada tahun 2014 pula, rangkaian itu sekali lagi dibeli oleh syarikat asing, iaitu sebuah firma Brazil 3G Capital yang terkenal dengan pemilikan Burger King.
Kini lebih 5,800 cawangan yang telah dibuka di seluruh dunia.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.