Now Reading
Ini 5 Cawangan CHAGEE Yang Estetik Di Malaysia, Boleh ‘Healing’ Sambil Minum Teh

Ini 5 Cawangan CHAGEE Yang Estetik Di Malaysia, Boleh ‘Healing’ Sambil Minum Teh

Antara cawangan CHAGEE di Malaysia yang ‘aesthetic’ adalah di Taman Sahabat, Sarawak dan Bamboo Hills, Kuala Lumpur.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Salah satu minuman yang kini sedang viral dan mendapat sambutan hangat dari rakyat Malaysia adalah jenama minuman teh premium iaitu CHAGEE.

Kalau korang yang belum pernah minum CHAGEE, ada pelbagai pilihan menu yang diperkenalkan dan boleh buat korang rambang mata untuk memilihnya.

Baca Artikel Berkaitan: CHAGEE Perkenal Siri Baharu Osmanthus Long Jing, Teh Paling Mahal Di Dunia!

Selain dikenali dengan minumannya yang sedap, jenama ini juga dikenali dengan ‘packaging’ mereka yang cantik dan eksklusif. Nak buang pun rasa sayang pula.


5 Cawangan CHAGEE Yang Estetik Sekitar Malaysia

Kepada korang yang nak lepak dengan kawan-kawan sambil minum CHAGEE, korang kena cuba pergi ke beberapa cawangan jenama minuman teh ini di sekitar Malaysia.

Tahu tak CHAGEE pun ada tempat lepak yang estetik ya. Sesuai sangat untuk korang yang sedang mencari tempat ‘healing’ dan ber-OOTD.

Jom kami kongsikan beberapa lokasi tersebut. Antaranya:

#1. CHAGEE Bamboo Hills
Sumber: TikTok @my.chagee/ X @mohdarifffasdzil

Bagi korang yang sukakan suasana tenang dengan tumbuhan hijau, CHAGEE cawangan di Bamboo Hills memang ‘spot’ yang terbaik untuk menikmati minuman White Peach Oolong Milk Tea.

Sumber: X @mohdarifffasdzil

Kalau bergambar pun cantik. Ditambah pula dengan adanya ‘lighting’ semula jadi dari sinaran matahari pada waktu siang, pasti gambar korang akan ‘slay’.

  • Lokasi: Unit P16, Taman Bukit Bambu (Bamboo Hills, Off, DUKE, Taman Bamboo, 51200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10am sehingga 10pm.
#2. CHAGEE Taman Sahabat
Sumber: CHAGEE MY

Bagi korang yang nak ‘healing’ tepi tasik, CHAGEE cawangan Taman Sahabat di Sarawak adalah salah satu lokasi yang sesuai.

Bukan setakat ia berada di tepi tasik, malah cawangan minuman ini juga dibina dengan mengetengahkan seni ukiran bangunan gaya kaum Cina.

Sumber: Instagram Kuching Food/ Chew Tz Ling

Sebagai info, cawangan di Taman Sahabat ini merupakan outlet pertama di Sarawak dan yang terbesar di Asia Tenggara.

Hiasan dalaman kedai mereka juga akan membuatkan korang rasa seolah-olah di restoran makanan Cina yang mewah.

Sumber: CHAGEE MY
  • Lokasi: Taman Sahabat, Jalan Song, 93350 Kuching, Sarawak.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10am sehingga 10pm.
#3. CHAGEE Petaling Street
Sumber: TikTok @my.chagee/ Coffee Break With Me

Cawangan CHAGEE di Petaling Street pula memberikan suasana vintaj kerana ia terletak di tepi jalan dan sebaris dengan kedai-kedai lama yang sudah beroperasi selama puluhan tahun.

Namun suasana vintaj di cawangan ini diserikan lagi dengan pemandangan dari bangunan kedua tertinggi di dunia iaitu Merdeka 118.

Selepas beli Jasmine Green Milk Tea, bolehlah ambil gambar dengan latar belakang bangunan tersebut di luar kedai. Barulah ‘aesthetic’.

  • Lokasi: 9-10, Jalan Sultan, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10am sehingga 10pm.
#4. CHAGEE Pearl Point
Sumber: Facebook KL Foodie

Untuk korang suka bergambar, cawangan CHAGEE di Pearl Point memang ‘spot’ paling sesuai.

OOTD di luar cermin kedai pun nampak estetik juga. Atau boleh juga duduk di kerusi lipat berwarna biru putih yang mempunyai corak seakan-akan hampir sama seperti tempat duduk di Cafe Dioriviera di Desaru, Johor.

‘Lighting’ dalam kedai pun cantik, ditambah pula dengan dekorasi dalamannya yang berwarna coklat seperti kayu buluh.

Sumber: Facebook KL Foodie
  • Lokasi: 599, Jalan Klang Lama, Taman United, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10am sehingga 10pm.
#5. CHAGEE Link 2
Sumber: Instagram @my.chagee

Kalau tengok sekali imbas cawangan CHAGEE di Link 2 ini, mesti akan ada yang ingat ia adalah sebuah kedai di Jepun kan?

Untuk korang yang nak buat kerja di sini pun sesuai juga kerana ia mempunyai saiz yang agak luas serta terdapat banyak meja dan kerusi yang disediakan kepada para pelanggan.

Nak lepak dengan kawan-kawan sambil minum Osmanthus Oolong Milk Tea pun best juga.

Apa yang menjadikan cawangan ini lebih istimewa adalah ia merupakan ‘concept store’ pertama di Malaysia!

  • Lokasi: 5, Jalan Jalil Perkasa 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10am sehingga 10pm.

Mana satu cawangan CHAGEE yang korang nak pergi dulu? Semua macam best! Kalau ada mana-mana cawangan CHAGEE lain yang menarik, kongsilah dengan kami.

Sebagai info, CHAGEE Malaysia mempunyai cawangan Halal meskipun minuman ini merupakan jenama dari Yunnan, China. Jadi korang tak perlu risau ya. 😊

Baca Artikel Berkaitan: CHAGEE Malaysia Terima Sijil Halal, Tawar Kempen Beli & Menang. Boleh Menang Dior, YSL Serta Banyak Lagi!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd