Now Reading
7 Pantang Larang Lepas Makan Durian, Jangan Ambil Mudah

7 Pantang Larang Lepas Makan Durian, Jangan Ambil Mudah

Antara minuman yang perlu dielakkan selepas makan buah durian adalah kopi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, kini sudah tibanya musim durian. Menerusi platform media sosial, orang ramai dilihat berkongsi momen mereka menikmati buah tersebut.

Ada durian Musang King, IOI, Udang Merah, D24 dan banyak lagi. Pun begitu, ramai di kalangan masyarakat tidak cakna tentang cara pengambilan buah durian yang betul.

Ramai mengadu rasa sakit dan badan tidak selesa selepas menjamah buah itu dengan banyak. Ada yang loya, sakit perut, muntah, cirit-birit, badan berangin dan sebagainya.


Pesakit Mengadu Mahu Muntah & Pening Kepala Lepas Makan Durian

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @DoktorSamhan) apabila pakar perubatan swasta, Dr Ahmad Samhan berkongsi situasi yang pernah dilalui oleh beberapa pesakit selepas menjamah buah durian.

Menurutnya, seorang pesakit pernah rebah di pintu klinik dengan wajah yang pucat. Apabila ditanya tentang simptom yang dihadapi, pesakit tersebut menjelaskan bahawa dia rasa seperti mahu muntah dan pening kepala.

Selepas ditanya dengan lebih lanjut, doktor berkenaan mendapati pesakit telah minum kopi selepas makan buah durian.

“Saya makan durian lepas makan tengahari, lepas tu minum kopi sebab rasa ngantuk. Tapi lepas tu, terus rasa lain macam, doktor,” ujar si pesakit.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Freepik

Durian Tak Boleh Digabungkan Dengan Kopi

Berbicara mengenainya, Dr Samhan menjelaskan bahawa pesakit itu mengalami keracunan ringan atau dipanggil sebagai ‘Intoxication’ dalam bahasa Inggeris.

Keracunan ringan tersebut berlaku apabila durian digabungkan dengan kopi sehingga menyebabkan ketidakselesaan pada tubuh badan.

Hal ini kerana, durian mengandungi sulfur dan karbohidrat yang tinggi manakala kopi ada kafein yang boleh membawa kepada dehidrasi.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan


Pantang Larang Selepas Makan Durian

Mengambil makanan atau minuman tidak sepatutnya selepas menikmati durian boleh menyebabkan rasa mabuk.

Di sini kami kongsikan beberapa pantang larang selepas seseorang makan durian. Antaranya:

  • Kopi.
  • Alkohol.
  • Minuman berkarbonat.
  • Makanan berminyak.
  • Makanan pedas.
  • Susu dan produk tenusu.
  • Makanan tinggi kandungan protein.
Susu dan makanan pedas. Sumber: Freepik

Rawatan Buat Mereka Yang Alami Mabuk Durian

Buat mereka yang sudah mengalami mabuk durian pula, usah risau. Terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan bagi melegakan ketidakselesaan itu.

Berikut kami kongsikan antara rawatan bagi masalah mabuk durian:

  • Dapatkan rehat mencukupi.
  • Minum air kosong dalam kuantiti yang banyak untuk membantu singkirkan toksin dalam badan.
  • Makan makanan ringan yang mudah dihadam sebagai contoh kekacang dan buah prun.
  • Jika keadaan tidak beransur pulih, anda disarankan untuk pergi ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Air kosong dan kekacang. Sumber: Pexels

Cara Mencegah Mabuk Durian

Bagi mengelakkan mabuk durian daripada berlaku pada masa akan datang, terdapat beberapa yang perlu diambil perhatian. Ingat, jangan terus melantak ya!

Antara langkah-langkah pencegahan adalah seperti di bawah:

  • Elak menggabungkan makanan atau minuman yang boleh beri tekanan lebih kepada badan.
  • Tunggu sekurang-kurangnya 4 hingga 6 jam untuk minum kopi selepas makan durian.
  • Pastikan badan anda mempunyai kandungan air yang mencukupi terutamanya selepas makan makanan berat seperti durian.

Orang Ramai Kongsi Pengalaman Rasa Sakit Lepas Makan Durian

Menjengah ke ruangan balas, ramai di kalangan warganet berkongsi pengalaman mereka berasa sakit selepas menggabungkan durian dengan makanan dan minuman tidak sepatutnya.

“Saya pernah. Lepas makan durian pergi minum coke. Masa tu terlupa betul. Lepas itu, rasa macam kena gastrik. Muntah teruk dan cirit-birit,” kata seorang wanita.

Malah ada individu yang berkata perutnya meragam selepas makan durian tanpa mengalas perut terlebih dahulu.

“Semalam makan durian dengan perut kosong akhirnya tengah malam perut rasa pedih. Kepala rasa nak pecah sampai makan ubat tahan sakit tu pun, tidur sambil duduk sebab tahan sakit. Taubat nak makan durian lagi lepas ni,” kata seorang pengguna X.

Ada juga individu berkata dia mengalami ketidakselesaan badan kerana mengambil minuman probiotik selepas makan durian.

Sumber: X (@DoktorSamhan)

Baca Artikel Berkaitan: “Yang Tahu Akan Hargai” – Isi Durian Hitam Kekuningan, Peniaga Tak Marah Tapi Suka Pelanggan Anggap Durian Rosak

Baca Artikel Berkaitan: Rupanya Ramai Baru Tahu Bunga Durian Boleh Makan, Uncle Ini Siap Ajar Cara Masak [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd