Now Reading
Salomon Buat Kemunculan Pertama Di The Exchange TRX, Perkenal Koleksi Eksklusif

Salomon Buat Kemunculan Pertama Di The Exchange TRX, Perkenal Koleksi Eksklusif

Dengan fokus pada gaya dan fungsi, Salomon memastikan bahawa setiap produk memenuhi keperluan atlet moden dan penjelajah bandar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Salomon, jenama outdoor dan trailing terkemuka mengumumkan pembukaan kedai perdana pertamanya di Malaysia di The Exchange TRX.

Kedai baharu itu, yang akan membuka pintunya pada 26 Jun, menawarkan pengalaman membeli-belah unik yang sesuai untuk penggemar aktiviti luar, trail runner dan peminat fesyen pakaian jalanan.

Kedai Salomon di The Exchange TRX menyediakan pilihan kasut sukan dan peralatan berprestasi tinggi yang direka untuk denai bandar, larian bandar dan seterusnya.

Mengulas lanjut Sook Fong selaku Pengurus Negara AVID Sports Malaysia Sdn Bhd, menyatakan bahawa pembukaan kedai perdana pertama Salomon di Kuala Lumpur bukan sekadar pembukaan kedai biasa – ia adalah perayaan bersama ke arah kecemerlangan dan pengembaraan.

“Ketibaan Salomon di Malaysia merupakan kejayaan yang penting bagi ANTA Malaysia. Ia membuktikan penerimaan jenama terkenal seperti Salomon dalam kalangan warga tempatan, dan kami berbangga untuk membawa produk berkualiti tinggi kami untuk prestasi dan keperluan gaya hidup kepada para peminat di Malaysia.

“Sementara itu, usaha ini turut mencerminkan komitmen kami untuk menembusi pasaran tempatan yang penuh potensi.

“Pembukaan kedai ini merupakan detik yang membanggakan bagi kami kerana ia menandakan dedikasi kami untuk membawa inovasi dan kecemerlangan bertaraf dunia kepada pengguna Malaysia,” kata Sook Fong.


Butik Baharu Salomon Di The Exchange TRX Tampilkan Koleksi Eksklusif

Kedai terbaharu ini akan menampilkan pelbagai koleksi menarik, termasuk item prestasi S/LAB yang sangat dinanti-nantikan yang terkenal dengan teknologi dan reka bentuk termaju.

Selain itu, rangkaian Sportstyle yang popular menawarkan pilihan serba boleh dan bergaya untuk pakaian harian. Para peminat juga boleh menantikan pelancaran edisi terhad, seperti kerjasama eksklusif dengan pereka antarabangsa terkenal Sandy Liang.

Selain itu, kedai ini juga membezakan dirinya dengan menawarkan rangkaian produk dan koleksi eksklusif.

“Kedai kami yang baharu ini merangkumi semangat Salomon untuk pengembaraan dan aktiviti luar dan ia menawarkan akses kepada produk yang menginspirasikan dan memperkasakan komuniti untuk mencapai lebih jauh sambil merangkul keseronokan penerokaan.

“Kami teruja untuk melihat bagaimana reka bentuk perintis Salomon akan bergema dengan semangat dinamik dan pengembaraan rakyat tempatan,” kata Puan Sook Fong.

“Para pengembara, pelari denai, dan pengemar fesyen jalanan kini boleh menikmati alam luar dengan produk yang akan meningkatkan prestasi mereka. Kami menjemput semua untuk mengunjungi kami di The Exchange TRX untuk meneroka reka bentuk inovatif Salomon yang telah menjadikannya sebagai peneraju dalam industri.”

Untuk maklumat lanjut, boleh terus klik di my.salomon.com.

SALOMON, The Exchange TRX:

  • L2.61.00, Plaza The Exchange TRX, Persiaran TRX, 55188 Tun Razak Exchange, Kuala Lumpur.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd