Sah Ke Solat Kalau Tutup Mata Hadap Kiblat? Ini Jawapannya
Ramai para muslim memejamkan mata ketika menunaikan solat kerana mahu lebih khusyuk untuk beribadah kepada Allah SWT.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui menunaikan solat lima waktu merupakan rukun Islam ke-2 yang wajib ditunaikan oleh semua golongan Muslim.
Walaupun sudah mempelajari asas menunaikan solat fardu sejak kecil, namun mungkin ada juga beberapa perkara yang kita terlepas pandang.
Antara perkara yang sering diperhatikan adalah ramai orang bertindak memejamkan mata sewaktu solat tidak kiralah ketika bersendirian atau secara berjemaah.
Hukum Pejamkan Mata Ketika Tunaikan Solat
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@masjidbspofficial) menyaksikan seorang ustaz menegur jemaah lain selepas selesai solat di masjid.
Jelas ustaz, jemaah yang dipanggil dengan gelaran cikgu itu telah memejamkan matanya sewaktu solat.
Bagi menerangkan situasi tersebut, cikgu berkata niat dia memejamkan mata hanyalah untuk mendapatkan khusyuk dalam solat. Ustaz kemudian berkata, para Muslim disunatkan untuk melihat tempat sujud.
Dalam masa sama, ada ulama yang mentakrifkan perbuatan memejam mata ketika solat adalah makruh kerana bercanggahan dengan galakan memandang ke tempat sujud.
Memetik hadis diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.A, Rasulullah SAW bersabda:
إِذَا قَامَ أَحَدُكُمْ فِي الصَّلَاةِ فَلَا يُغْمِضْ عَيْنَيْهِ
Maksudnya: Apabila salah seorang dari kamu berdiri di dalam solatnya maka janganlah dia memejamkan matanya.
[Riwayat Al-Thabrani]

Imam Ibn Al-Qayyim bagaimanapun berkata pandangan yang tepat adalah, sekiranya membuka mata (di dalam solat) itu tidak merosakkan kekhusyukan, maka ia adalah lebih afdal.
Jika membuka mata menghalang kekhusyukan sebagai contoh ada perkara-perkara yang mengganggu hatinya, maka tiada masalah untuk menutup mata.
Pandangan tersebut adalah selari dengan pendapat tokoh dalam mazhab Imam Al-Syafi’e iaitu Imam Izzuddin Izz bin Abd Al-Salam yang berkata, “Memejam mata di dalam solat apabila melihat seseorang yang buruk solatnya, sekiranya perkara tersebut mengganggu kekhusyukannya, serta hadirnya hati bersama Tuhannya (dalam keadaan memejam mata), maka memejam mata adalah lebih utama berbanding membuka.”
Susah Nak Khusyuk Ketika Solat
Dalam hantaran video itu, cikgu berkata bahawa dia masih tidak dapat nak khusyuk ketika solat meskipun sudah tutup mata. Ustaz menjelaskan bahawa khusyuk merupakan ‘hadiah’ daripada Allah SWT.
Kita sebagai orang awam untuk mendapat (khusyuk dalam solat) memang susah, sebagaimana para ulama dan orang-orang soleh mendapatkannya. Tetapi ia tidak mustahil untuk kita.
Ustaz.
Adakah solat dikira sah jika tidak khusyuk? Jawapannya adalah ya, namun pahalanya sedikit kurang. Jika anda berdepan masalah sama, perkara yang perlu dilakukan adalah untuk terus istiqamah.
“Allah ini menilai pada usaha kita bukan pada hasilnya,” tambah ustaz itu lagi.
@masjidbspofficial Solat sambil memejamkan mata pada asalnya adalah makruh namun jika ianya mampu membuatkan kita lebih khusyuk, maka ia dibolehkan. Khas buat Guru! Jom belajar menggunakan ChatGPT untuk memudahkan urusan seharian anda. Hubungi 016-9056874 untuk pendaftaran. #masjidbandarseriputra #chatgpt #guru #cikgu #pensyarah #kursusonline #sekolah #university ♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra
Cara-cara Untuk Khusyuk Dalam Solat
Seperti yang anda semua tahu, khusyuk sewaktu menunaikan solat adalah satu aspek yang penting dalam mendapatkan keberkatan dalam ibadah.
Khusyuk adalah perbuatan hati yang meliputi perasaan takut, rendah diri, menzahirkan perasaan hina hadapan Allah SWT, tidak berpaling ke sana-sini, serta menundukkan pandangan ketika solat.
Di sini kami kongsikan beberapa tips untuk anda berasa khusyuk semasa menunaikan solat. Antaranya:

- Menepati waktu solat
- Membersihkan diri dan bersugi
- Elak solat ketika juadah makanan sudah dihidangkan
- Jangan solat dalam keadaan menahan air besar dan kecil
- Memakai pakaian yang bersih dan kemas
- Jangan makan dan minum berlebihan ketika nak solat
- Tunaikan solat di tempat tiada gangguan
- Berwuduk dengan sempurna
- Ibaratkan solat tersebut adalah yang terakhir atau mengingati mati
- Tidak melakukan maksiat ketika sebelum solat
- Hayati setiap bacaan al-Quran
Baca Artikel Berkaitan: Sujud Atas Telekung Ketika Solat Sah Atau Tak? Ini Penjelasan Ustaz
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sah Atau Tidak? Ini Hukum Rasa Ragu-ragu Ketika Berniat Waktu Solat
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sah Ke Geng ‘Kaki Ride’ Solat Dalam Keadaan Pakaian Kotor? Ini Penjelasan Ustaz Wadi Annuar
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram