Now Reading
Gua Juicery, Flaon & 4 Lagi Kafe Dengan Tema Gua Yang Best Sekitar KL & Selangor

Gua Juicery, Flaon & 4 Lagi Kafe Dengan Tema Gua Yang Best Sekitar KL & Selangor

Antara kafe bertemakan gua yang anda boleh kunjungi adalah Fly Me To KL, Here In Haven dan Restoran BARKAR.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi sesetengah masyarakat, ‘cafe hunting’ adalah salah satu aktiviti yang sering dilakukan untuk meluangkan masa bersama rakan-rakan ketika hujung minggu.

Setiap kali nak ‘catch up’ dengan kawan-kawan, mesti akan terfikir lama untuk pilih lokasi kafe seterusnya.

Kepada korang yang selalu ada masalah sedemikian, jom kami cadangkan ke beberapa kafe sekitar Lembah Klang dengan tema yang sangat unik iaitu dengan dekorasi ala-ala di dalam gua.

Paling penting, semuanya cukup estetik dan Instragramable untuk bergambar. Jangan lupa bawa tripod ya nanti.

Antara kafe-kafe tersebut adalah:

#1. Gua. Juicery

Kepada warga Putrajaya dan Cyberjaya, kafe Gua. Juicery adalah salah satu lokasi yang sesuai untuk korang lepak dan berehat terutamanya selepas beriadah di Taman Botani Putrajaya.

Kalau korang nak merasa seperti duduk di dalam ‘gua’, kena datang awal. Boleh tahan lama juga kena beratur kalau pergi ketika ramai orang.

Ada juga beberapa kerusi di bahagian atas kafe, tetapi ia tidak berbumbung dan kurang memberikan ‘vibe’ di gua.

Sumber: Gua. Juicery

Antara menu utama mereka di sini adalah pelbagai jenis pilihan bagel dan juga jus buah-buahan yang dibuat segar.

  • Lokasi:  Jalan Taman Botani, Presint 1, 62000 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
  • Waktu operasi: Dibuka hari Selasa sehingga Ahad pada jam 9:30AM sehingga 6:30AM

#2. Flaon

Kalau datang ke kafe Flaon ini, perkara pertama yang korang akan sebut adalah ‘comel’. Nak tahu kenapa?

Sebab pencuci mulut yang dibuat oleh mereka seperti Pudding Layer Cake oleh kelihatan sangat comel. Saiz kecil dan dihiasi dengan topping yang cukup sayang untuk dimakan.

Confirm korang akan ambil masa yang lama untuk bergambar di sini kerana suasana di Flaon ini kelihatan tenang dan minimalis. Ala-ala Muji gitu.

Sumber: Eat Drink KL

Jika dilihat dari luar, pintu masuk mereka pun boleh tahan estetik. Rasa seperti akan memasuki ‘gua’.

  • Lokasi: 180, Jalan Tun H S Lee, City Centre, 50000 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00AM sehingga 6PM.

#3. Here In Haven

Untuk menjadikan pengalaman ‘cafe hunting’ korang betul-betul seperti di dalam ‘gua’ boleh berkunjung ke sebuah lokasi di Desa Sri Hartamas iaitu Here In Haven.

Kalau korang mahu santai sambil berborak dengan rakan-rakan, boleh juga mencuba beberapa pastri mereka yang menarik seperti Soft Bun Matcha. Minum pula dengan air Green Tea panas. Sedap tu!

Tempat mereka meletakkan hidangan yang sudah disiap pun comel juga kerana ada lubang kecil yang seperti di dalam gua sebenar.

Sumber: Confirm Good
  • Lokasi: 76, Jalan 27/70a, Desa Sri Hartamas, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00AM sehingga 5:00PM

#4. Restoran BARKAR

Bagi anda yang mahu menikmati sajian ‘fine dining’, Restoran BARKAR adalah lokasi yang tepat.

Di sini, ia menampilkan konsep ‘gua’ yang eksklusif dengan penggunaan lampu berwarna oren bagi menjadikan suasana lebih ‘intimate’.

Yang paling menarik perhatian adalah design kerusi di sana yang kelihatan cukup unik dan bukan seperti di kedai-kedai yang lain.

Sumber: BARKAR KL
  • Lokasi: SUITES G-06, GROUND FLOOR, G Tower, 199, Jln Tun Razak, Kuala Lumpur, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 12:00PM sehingga 3:00PM dan 6:00PM sehingga 11PM.

#5. Christine’s Bakery

Kepada korang yang sukakan pastri, Christine’s Bakery mempunyai pelbagai menu yang disediakan untuk para pelanggan mereka.

Antara pastri yang dijual di sini adalah bagel, cannolis, croissant, crookie, dan banyak lagi.

Sebagai info, Christine’s Bakery mempunyai beberapa cawangan di sekitar Lembah Klang seperti di Pavilion Bukit Jalil, Publika, Mid Valley Megamall dan lain-lain.

Sumber: Facebook Christine’s Bakery

Tetapi lokasi mereka di The Exchange TRX adalah antara yang menarik apabila ia dibina dengan dekorasi serta hiasan seperti di dalam ‘gua’ berwarna ala-ala pastel.

  • Lokasi: L2.70.0, L2.71.0, L2.72.0, Level 2, The Exchange TRX, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari jam 10:00AM sehingga 10:00PM.

#6. Fly Me To KL

Kafe ini menampilkan tema seolah-olah gua di atas langit kerana kedudukan di lokasi yang tinggi iaitu di tingkat 37 . Siap boleh nampak pemandangan KLCC dan Menara Kuala Lumpur lagi ya. Eksklusif!

Bagi anda yang tertanya-tanya menu di sini, ada hidangan berat dan juga minum petang seperti kek dan sandwic.

Sumber: Eat Drink KL

Nak buat kejutan hari jadi untuk kawan-kawan atau ahli keluarga pun menarik juga.

  • Lokasi: 37th Floor, Block, A, Regalia Residence, 2, Jln Sultan Ismail, Chow Kit, 50480 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 12:00PM sehingga 11:00PM

Kepada korang yang pernah pergi ke kafe lain yang best, bolehlah kongsi tempat tersebut dengan kami. Tak salah kita cuba di tempat lain pula kan?

Baca Artikel Berkaitan: Take Five Coffee Brewers, Grumpy Bagels & 3 Lagi Kedai Bagel Di Lembah Klang Yang Anda Kena Cuba

Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Kafe Work-Friendly Untuk Geng ‘Digital Nomad’. Yang Penting WiFi Laju!

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kafe Estetik & Instagramable Baharu Di KL. Nak #OOTD Pun Boleh!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd