Now Reading
Suria KLCC Kembali Dengan ‘Picnic In The Park’. Kali Ini Dengan Tema Fairy-tale!

Suria KLCC Kembali Dengan ‘Picnic In The Park’. Kali Ini Dengan Tema Fairy-tale!

Para pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas melalui dua resit bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun di Suria KLCC layak menebus 4 keping tiket “Picnic In The Park”.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada tahun 2023, Suria KLCC telahpun memperkenalkan aktiviti riadah iaitu Picnic In The Park di pusat beli belah ikonik, KLCC. Dan selepas kejayaan luar biasa debutnya pada tahun lalu, ‘Picnic In The Park’ 2024 menjanjikan pengalaman lebih mempersonakan untuk seisi keluarga serta para pengunjung pada tahun ini.

Bermula dari 7 hingga 21 Jun 2024 – para pengunjung berpeluang untuk menebus slot bagi merasai sendiri pengalaman sambutan piknik eksklusif ini.

Aktiviti ‘Picnic In The Park’ ini akan bermula antara 15 hingga 23 Jun buat para pengunjung yang telah mendapatkan slot mereka.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Berbelanja Hingga RM2,500 Dalam Dua (2) Resit

Para pengunjung yang berbelanja RM2,500 ke atas melalui dua resit bertarikh antara 7 sehingga 21 Jun layak menebus 4 keping tiket “Picnic in the park”.

Aktiviti eksklusif dan menarik ini terhad kepada 55 kumpulan untuk setiap 4 orang pengunjung setiap hari. Pengalaman eksklusif dan unik ini juga turut membawakan persembahan bertakhtakan pemandangan matahari terbit berlatar belakangkan Petronas Twin Towers bermula dari jam 5 petang sehingga 8:30 malam!

Sumber: Siti Murni/TRP

“Kami amat teruja untuk membawa kembali pengalaman ‘Picnic in the Park’ Suria KLCC untuk tahun kedua. Aktiviti ini membolehkan kami mempersembahkan keindahan Taman KLCC dan menawarkan para pengunjung pengalaman tidak dapat dilupakan.

“Dengan suasana mempesonakan diatur khas selain dari aktiviti eksklusif, aktiviti ‘Picnic in the Park’ ini pastinya akan menjadi pengalaman luar biasa yang akan dihargai oleh para pengunjung,” jelas Francis Tan selaku Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.


Tema ‘Garden Fairies’

Para peserta akan disambut dalam suasana tema ‘Garden Fairies’ yang penuh dengan hiasan magikal. Aktiviti ini juga lengkap dengan hiasan landskap piknik yang menarik, sesuai untuk sesi fotografi.

Dekorasi khemah ‘teepee’ dan meja piknik dihiasi bunga dan lampu yang cantik, pasti menjadi tumpuan.

Dekorasi khemah ‘teepee’ dan meja piknik dihiasi bunga dan lampu yang cantik, pasti menjadi tumpuan.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Setiap kumpulan akan menerima bakul piknik dengan pelbagai aksesori dan barang keperluan khas, seperti pelindung matahari Guardian, tisu basah, pelekat Buzzaway Patch, kipas mini tangan Remax, permainan gelembung bebas toksik, buku aktiviti dari Toys “R” Us, air mineral, dan banyak lagi.


Picnic In The Park KLCC: Hidangan & Aktiviti Menarik Lain

Pengalaman bermakna ini juga tidak lengkap tanpa juadah yang beraneka. Hidangan dari Burger & Lobster, dilengkapi dengan sajian manisan dari stesen ‘flaaah and ONO’ yang menawarkan pelbagai pilihan ‘hojicha’, ‘matcha’, dan pastri.

Sumber: Siti Murni/TRP

Selain itu, tetamu juga boleh mendapatkan gula-gula kapas dan ais krim dari gerai yang disediakan.

Suasana indah dan magis tidak sempurna tanpa kehadiran si Pari-Pari. Penghibur yang akan mengenakan kostum pari-pari akan bermesra dan berinteraksi dengan pengunjung untuk sesi bergambar selain mengendalikan aktiviti seperti membuat mahkota bunga.

Aktiviti menarik yang lain termasuk aktiviti mengukir belon bunga dan bergambar di ruang OOTD dihias dengan landskap unik di mana para pengunjung berpeluang menggayakan sayap pari-pari untuk gambar kenangan yang akan diedarkan secara percuma dalam bentuk cetakan instax.

Para pengunjung juga boleh menyertai bengkel ‘succulent planting’, bengkel “layering” minyak wangi dan sesi urutan tangan yang akan dikendalikan oleh The Body Shop, selain dari aktiviti solekan yang akan dijalankan di stesen Gucci Beauty.

Sumber: Siti Murni/TRP

Debaran aktiviti cabutan bertuah akan meningkatkan keterujaan setibanya waktu malam apabila pelbagai hadiah menarik turut menanti para pengunjung yang dibawakan khas oleh Burger & Lobster dan juga Hoka.

Buat sekian kalinya, Orkestra Filharmonik Malaysia akan memukau para tetamu dengan persembahan indah ‘string quintet’. Aktiviti piknik malam itu akan diakhiri dengan persembahan kemuncak menakjubkan dari Pertunjukan Pancuran Taman Tasik KLCC.

[PICNIC IN THE PARK SURIA KLCC]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd