Now Reading
“Tutup Aurat Tapi…” – Ini Hukum Pakai Baju Bertanda Salib Ketika Nak Solat

“Tutup Aurat Tapi…” – Ini Hukum Pakai Baju Bertanda Salib Ketika Nak Solat

Menerusi klip video itu, kelihatan seorang lelaki sedang ditegur oleh jemaah masjid kerana memakai baju yang mempunyai lambang salib sewaktu nak menunaikan solat.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, menunaikan ibadah solat merupakan satu kewajipan buat umat Islam. Namun, mungkin segelintir di kalangan masyarakat tidak cakna bahawa sesetengah perkara yang dilakukan boleh menjatuhkan akidah sewaktu menunaikan solat.

Sama seperti hal lain, individu yang menunaikan solat juga perlu menjaga adab serta mengenal pasti perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan.

Sebagai contoh mudah, ramai tidak menyedari bahawa baju yang dipakai ke masjid atau mana-mana tempat beribadah boleh melanggar syarak Islam.


Hukum Pakai Baju Dengan Lambang Salib Ketika Solat

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@masjidbspofficial) menyaksikan dua orang individu berada di pekarangan masjid.

Menerusi klip video tersebut, seorang lelaki bernama Haji Man dilihat menegur individu lain dikenali sebagai Pak Wan yang mahu masuk ke dalam masjid sambil memakai baju satu kelab bola.

Antara corak yang terpapar pada baju berkenaan adalah lambang salib. Menyedari perkara tersebut, Haji Man berkata baju itu tidak sepatutnya dipakai walaupun sudah menutup aurat.

Sumber: TikTok (@masjidbspofficial)

Pada awalnya, Pak Wan menyangka tanda tersebut adalah simbol matematik iaitu tambah. Tetapi Haji Man menjelaskan bahawa ia merupakan salah satu tanda salib yang digunakan oleh penganut Kristian.

Walaupun Pak Wan menegaskan bahawa dia tidak ada niat untuk mengagungkan simbol berkenaan, namun hukumnya masih haram di sisi syarak.

Jika anda berada dalam situasi sebegitu semasa di masjid, perkara yang boleh dilakukan adalah dengan menterbalikkan baju dipakai agar tanda itu tidak kelihatan.


Solat Dikira Sah

Berbicara lebih lanjut mengenainya, Haji Man berkata solat yang ditunaikan masih dikira sah asalkan baju yang dipakai suci daripada najis.

Pun begitu, jika Pak Wan masih meneruskan solat dengan baju berlambang salib, ia sudah jatuh haram kerana masih memaparkan simbol tersebut.

@masjidbspofficial Replying to @muhasalari Kalau sudah sedia ada baju berlambang salib, hilangkan dahulu bentuk salib tersebut sebelum dipakai. Ataupun berikan saja kepada rakan yang non-Muslim. Tak perlu kita simpan. Jom tunaikan ibadah Qurban bersama @Be U by Bank Islam. Diskaun 10% dengan pembayaran melalui kad debit Be U. Daftar sekarang di getbeu.com #masjidbandarseriputra #beubybankislam #qurban2024 #lambangsalib #akidah #ezqurban ♬ original sound – Masjid Bandar Seri Putra

Orang Ramai Setuju Pemakaian Baju Bertanda Salib Jatuhkan Akidah

“Mantap teguran ni. Ramai yang tak peka atau sedar dengan logo-logo kelab bola yang ada salib,” kata seorang individu.

Ada individu berkata ramai yang tidak mengambil mengambil berat tentang perkara berkenaan walhal ia bertentangan dengan akidah.

“Nampak perkara ni macam kecil tetapi melanggar hukum dan akidah,” ujar seorang pengguna TikTok.

Sementara itu, ada juga jemaah yang berkongsi pengalaman di mana dia ditegur oleh seorang budak sebelum ini tentang pemakaian baju bertanda salib.

“Aku pun pernah kena juga. Tapi budak kecil yang tegur aku. Pedih dia tu, memang terasa. Tapi kalau bukan sebab budak tu, mesti aku tak tahu sampai ke sudah,” jelas seorang lelaki.

Sumber: TikTok (@masjidbspofficial)

Haram Pakai Baju Bersimbol Salib Kerana Menyerupai Kafir

Menerusi carian kami, bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri pernah menjelaskan dengan lebih terperinci tentang isu memakai baju bertanda salib ketika menunaikan solat.

Jelasnya, lambang salib, lambang yang mempunyai gambar orang disalib atau yang sebegitu sifatnya, haram dipakai walaupun tanpa niat untuk meniru atau menyerupai orang kafir.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah SAW bersabda:

“مَنْ تَشَبَّهَ بِقَوْمٍ فَهُوَ مِنْهُمْ”

Maksudnya: “Barang siapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia adalah dari kalangan mereka.”

Baca Artikel Berkaitan: Majlis Tahlil Tapi Ada Tanda Salib di Rumah, Ini Rupanya Penjelasan Sebenar

Baca Artikel Berkaitan: Tular Alif Satar Didakwa Buat Persembahan Dalam Gereja, Individu Ini Tampil Beri Penjelasan

Baca Artikel Berkaitan: “Tak Sah Solat” – Ustaz Perjelas Perbuatan Ini Perlu Dihentikan Ketika Dirikan Solat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd