Now Reading
Pestle Mortar & Clothing Jenama Fesyen Pertama Dari Malaysia Berkolaborasi Dengan CASETiFY!

Pestle Mortar & Clothing Jenama Fesyen Pertama Dari Malaysia Berkolaborasi Dengan CASETiFY!

Produk koleksi Pestle & Mortar Clothing x CASETiFY dijual pada harga dari USD$39 (RM184.11) hingga USD$121 (RM571.21).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


CASETiFY, jenama aksesori teknologi global yang digemari oleh golongan milenial, Gen Z dan selebriti Hollywood, baru mengumumkan kolaborasi dengan jenama pakaian streetwear Malaysia, Pestle & Mortar Clothing, untuk satu koleksi kapsul yang menarik.

CASETiFY Pertama Kali Berkolaborasi Dengan Jenama Fesyen Dari Malaysia

Lebih menarik, kolaborasi ini merupakan yang pertama buat CASETiFY berkolaborasi dengan jenama fesyen dari Malaysia.

Seperti rekaan lain dari Pestle & Mortar Clothing, koleksi ni mengekspresikan penghargaan urban dan menonjolkan budaya Asia Tenggara dengan cara unik.

Peminat jenama pakaian streetwear ni memang kenal dengan pendekatan mereka yang suka ‘bercerita’ dan mencetuskan perbualan melalui rekaan pakaian.

Dari rekaan yang ekspresif dan luar biasa hingga pilihan lebih sederhana dan minimalis. Rekaan-rekaan ini boleh didapati di seluruh dunia untuk telefon pintar iPhone dan Samsung serta aksesori teknologi seperti AirPods dan AirPods Pro, sarung iPad dan sarung komputer riba.

Koleksi ini menampilkan reka bentuk berinspirasikan buah-buahan tempatan Malaysia, fesyen kucing dari Pestle & Mortar Clothing, penghargaan kepada geografi Asia Tenggara serta beberapa lagi antaranya:

  • Lucky Airbrush Phone Case
  • Y2K Chrome Phone Case
  • Fruit Stickers Phone Case
  • College Cat Phone Case
  • S.E.A. Contour Phone Case
  • PMC Strike Logo Phone Case

Aksesori Teknologi:

  • Sarung AirPods
  • Sarung iPad
  • Sarung komputer riba dan sarung MacBook
  • Stand pengecasan 2-dalam-1 (untuk pasaran terpilih)

14 Tahun Pestle & Mortar Clothing

Kolaborasi pertama seumpamanya ini menampilkan cetakan dan reka bentuk ikonik yang menceritakan kisah unik 14 tahun Pestle & Mortar Clothing.

Bukan sekadar fesyen, kolaborasi ini adalah perwakilan budaya, warisan, dan ekspresi diri, menunjukkan bahawa teknologi mencerminkan gaya peribadi seseorang.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Produk koleksi Pestle & Mortar Clothing x CASETiFY dijual pada harga dari USD$39 (RM184.11) hingga USD$121 (RM571.21).

Koleksi ini boleh didapati secara dalam talian di CASETiFY bermula 6 Jun 2024.

Anda boleh membeli secara dalam talian menerusi aplikasi CASETiFY Co-Lab (tersedia sekarang di App Store), dan di lokasi CASETiFY Studio.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Showcase Di Butik Pestle & Mortar, APW Bangsar

Bagi yang berminat untuk melihat sendiri koleksi ini secara langsung sebelum membeli secara dalam talian, Pestle & Mortar Clothing akan mengadakan pameran di kedai utama mereka di APW, Bangsar, Kuala Lumpur dari 6 hingga 30 Jun.

Sumber: Siti Murni/TRP
Sumber: Siti Murni/TRP

Pengunjung dapat melihat koleksi kapsul ini secara langsung, pakaian dan aksesori PMC serta memilih rekaan kegemaran mereka untuk dibeli secara dalam talian.

[CASETiFY]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd