Now Reading
Ini 7 Lokasi Cheesecake Terbaik Anda Boleh Cuba Di KL & Selangor!

Ini 7 Lokasi Cheesecake Terbaik Anda Boleh Cuba Di KL & Selangor!

Antara kafe yang menjual kek keju kegemaran ramai adalah seperti Bask Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Rakyat Malaysia dan manisan memang berpisah tiada. Setiap kali selepas habis makan makanan berat, mesti mulut ini ‘craving’ pencuci mulut pula. Antara manisan yang digemari ramai termasuklah golongan muda dan dewasa adalah kek keju.

Mungkin disebabkan rasa manis masin keju membuatkan anda mahu tambah dan tambah lagi. Kadangkala, satu potong pun tidak cukup.

Buat mereka yang tengah tertanya-tanya di mana boleh beli cheesecake sedap, di sini kami senaraikan tujuh kedai kek keju terbaik anda boleh cuba dan boleh didapati sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Antaranya:

#1. Eat Cake Today

Eat Cake Today menawarkan pelbagai jenis kek yang menarik. Buat penggemar cheesecake, ini adalah tempat yang paling sesuai untuk anda. Bukan sahaja menyediakan kek keju berperisa klasik malah, terdapat banyak perisa unik yang anda boleh cuba.

Antaranya perisa kek keju yang disediakan adalah:

  • Kek Keju Pandan Gula Melaka
  • Kek Keju Peach
  • Kek Keju Sea Salt Caramel
  • Kek Keju Mangga
  • Burnt Cheesecake
  • Matcha Cheesecake

Eat Cake Today juga menyediakan perkhidmatan penghantaran terus ke rumah. Jadi buat mereka yang rasa ‘malas’ untuk keluar, order sahaja menerusi atas talian. Mudah dan cepat.

Kepada mereka yang mahu melawat sendiri kafe Eat Cake Today, anda boleh kunjungi di pusat membeli-belah The Starling Mall Damansara Utama.

  • Lokasi: Eat Cake Today Lot B-014, The Starling Mall, Jalan SS 21/37, Damansara Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap hari pada jam 10 AM – 10 PM.

#2. Bask Malaysia

Cheesecake dari Bask Malaysia adalah antara tumpuan orang ramai setiap kali berada di tengah bandar Kuala Lumpur.

Tiga jenis kek keju yang menjadi kegilaan orang ramai adalah seperti berikut:

  • Basque Cheesecake: RM22.25 (sepotong).
  • YURI Matcha Cheesecake: RM23.30 (sepotong).
  • CHOCOLATE Cheesecake: RM31.80 (sepotong).

Lebih menarik adalah setiap potongan kek akan dihidangkan sekali bersama krim pekat manis di sebelahnya. Di kafe tersebut, mereka hanya menyediakan kek sebagai hidangan utama bersama dengan minuman kopi dan teh Jepun.

Kalau nak cari tempat melepak selepas bersama rakan-rakan, bolehlah cuba singgah ke Bask Malaysia ini.

  • Lokasi: BASK Malaysia, APW, 29, Jalan Riong, Bangsar, 59100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur
  • Waktu Operasi: Setiap hari jam 11AM – 9PM

#3. Huckleberry

Huckleberry adalah kedai roti dan kafe yang menyajikan pastri segar, roti berkhasiat, kek, makanan dan minuman berkhasiat bagi memenuhi setiap mood pelanggan.

Kafe Huckleberry menawarkan pelbagai juadah menarik, anda nak bersarapan, makan tengahari, makan petang, makan malam, semuanya boleh.

Alang-alang sudah sampai sana, jangan lupa pula cuba Burnt Cheesecake mereka. Katanya kek keju Huckleberry menggunakan krim keju premium dari Perancis.

Kafe ini mempunyai empat cawangan di sekitar iaitu Kuala Lumpur. Di sini kami kongsikan lokasi bersama waktu operasi bagi setiap cawangan.

  1. Plaza Damansara, 2G & 4G, Jalan Medan Setia 2, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur (7.30AM – 10.30PM)
  2. G108 & GK2, Bangsar Shopping Centre, 285, Jalan Maarof, 59000 Kuala Lumpur (8AM – 10.30PM)
  3. Pavilion, Lot 1.29.00, Level 1, Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur (10AM – 10PM)
  4. Level 1, Lot 1-33, Intermark Mall, 348, Jln Tun Razak, Kampung Datuk Keramat, 50400 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (8AM – 10 PM)

NOTA: Khusus untuk cawangan BSC, kafe akan mula beroperasi pada pukul 9 pagi buat pelanggan yang mahu dine-in.

#4. Cake Jalan Tiung

Selalunya, anda akan dengar kek keju berperisa buah-buahan seperti mangga, strawberi dan lain-lain. Tetapi kali ini, anda juga boleh dapatkan kek keju dengan sedikit sentuhan kaffein iaitu Kek Keju Tiramisu.

Menariknya di Cake Jalan Tiung, anda akan ‘pening kepala’ kerana pilihan kek keju yang begitu banyak. Tak pelik ya kalau anda beli lebih dari satu. Kek keju ala-ala kuih tradisional Malaysia pun ada!

Antara kek keju yang dijual adalah seperti:

  • Matcha Berry Tiramisu Cheesecake
  • Vida Loca Burnt Cheesecake
  • Tiramisu Cheesecake
  • Kuih Bakar Burnt Cheesecake
  • Cempedak Goreng Burnt Cheesecake
  • Lokasi: 9, Jln Sukun 4/7, Seksyen 4, 40000 Shah Alam, Selangor
  • Waktu Operasi: Setiap hari kecuali Rabu jam 8AM – 7PM

#5. Purple Monkey

Purple Monkey merupakan sebuah kafe yang terletak di berhampiran ibu kota. Kepakaran kafe itu adalah dengan menyediakan kek keju jenis tanpa bakar yang digemari oleh ramai kerana teksturnya yang lebih lembut.

Bukan setakat tiga ke lima jenis, tetapi ada 16 kek keju menarik yang anda boleh cuba iaitu:

  • Mini Monkeys (kek keju mini)
  • Nutty Choco
  • Peaches to Riches
  • Peachy Mango
  • Say Cheese!
  • Sinful Mango
  • Strawberry Hills
  • Berry Peachy Mango
  • Blueberry n Cheese
  • Chunky Monkey
  • Cookie Addict
  • Dark Chocolate Toblerone
  • Lotus Biscoff
  • Mango Berry
  • Matcha Green Tea
  • Salted Caramel

Di sini kami kongsikan lokasi bersama waktu operasi bagi setiap cawangan Purple Monkey:

  • 171, Jalan Kenari 23a, Bandar Puchong Jaya, 47100 Puchong, Selangor (10AM – 11PM)
  • 7G, Jalan 1/114, Kuchai Business Centre, 58200 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10AM – 11PM)
  • 21, Jalan 21/11a, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor (10AM – 11PM)
  • 25, Jalan SS 15/2a, SS 15, 47500 Subang Jaya, Selangor (10 AM – 11 PM)
  • No. 2-10, First Floor, City Garden Commercial Centre, Jalan Nirwana, Taman Nirwana, 68000 Ampang Jaya, Selangor (10 AM – 11 PM)
  • No. 86G, Block J Platinum Walk, 2, Jalan Langkawi, Danau Kota, 53300, Kuala Lumpur (10 AM – 11 PM)

NOTA: Semua cawangan Purple Monkey dibuka pada setiap hari kecuali hari Rabu.

#6. Oh Cha Matcha

Bila dengar sahaja nama kafe, mesti anda akan terus teringatkan minuman matcha. Tetapi khusus buat peminat kek, kafe ini juga menyediakan kek berperisa matcha yang anda boleh cuba.

Kepada yang mahu kekal dengan perisa kek keju yang klasik, jangan risau kerana ia juga tersedia di sana. Hidangan kek keju yang ada adalah seperti:

  • Matcha Burnt Cheesecake
  • Hojicha Burnt Cheesecake

Sambil membeli-belah dekat 1 Utama, bolehlah singgah kejap di kafe mereka.

  • Lokasi: City Centre, Lot LGK9, 1 Utama Shopping Centre, 1, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800 Petaling Jaya, Selangor

#7. Kenny Hills Bakers

Yang terakhir adalah Kenny Hills Bakers. Mungkin ramai di antara anda yang pernah pergi ke kafe tersebut tetapi tidak pernah mencuba kek keju mereka. Perisa yang anda boleh cuba adalah sama menarik seperti kafe lain disebutkan tadi. Antaranya:

  • Burnt Cheesecake
  • Macadamia Cheesecake
  • Crumble Cheesecake
  • Lemon Cheesecake
  • Chocolate Chip Cheesecake
  • Salted Caramel Apple Cheesecake
Sumber: Kenny Hills Bakers

Berikut kami kongsikan lokasi bersama waktu operasi bagi setiap cawangan Kenny Hills Bakers:

  1. The Exchange TRX, PL05, PL06 & L04, Park Level, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10AM – 10 PM)
  2. C.DS, CCF Seibu TRX Department Store The Exchange Mall, 01, Persiaran TRX, Tun Razak Exchange, 55188 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (10 AM – 10 PM)
  3. Lot GE217 & GE218, IOI City Mall Phase II, Wilayah Persekutuan, City, Lbh IRC, Ioi Resort, 62502 Putrajaya (8AM – 10PM)
  4. Lot B-2, Taman Tunku, Off Jalan Langgak Tunku, Bukit Tunku, 50480 Kuala Lumpur (8AM – 10PM)
  5. 241-B, Lorong Nibong, Off Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur (8AM – 10PM)
  6. GF-06 Waterfront, 5, Persiaran Residen Desa Park City, 52200 Kuala Lumpur (8AM – 10PM)
  7. The Greens Terrace, Lot G-2, Jalan Wan Kadir 3, Taman Tun Dr Ismail, 60000 Kuala Lumpur (8AM – 10PM)
  8. Lot G3-12a, Back Entrance, KL East Mall, Persiaran Melati Kuarza, KL Timur, 53100 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur (8AM – 10PM)

TIPS: Kalau nak elak beratur panjang, datang awal atau buat tempahan awal [DI SINI]

Baca Artikel Berkaitan: Take Five Coffee Brewers, Grumpy Bagels & 3 Lagi Kedai Bagel Di Lembah Klang Yang Anda Kena Cuba

Baca Artikel Berkaitan: Ini 10 Kafe Work-Friendly Untuk Geng ‘Digital Nomad’. Yang Penting WiFi Laju!

Baca Artikel Berkaitan: Alva KL Jadi Spot Terbaharu Untuk Makan Dengan View KLCC! [Review]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd