Now Reading
CUURA Space, U.JU, Nitori & 4 Lagi Tempat Untuk Beli Barang Rumah Yang Estetik Di KL & Selangor

CUURA Space, U.JU, Nitori & 4 Lagi Tempat Untuk Beli Barang Rumah Yang Estetik Di KL & Selangor

Rata-rata barangan yang dijual di lokasi ini boleh menjadikan kediaman anda kelihatan cantik dan kemas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


“Rumahku, syurgaku”.

Itulah kata-kata yang sering diungkapkan apabila sesebuah kediaman itu selesa untuk diduduki bagi mendapatkan rehat serta meluangkan masa bersama keluarga.

Bagi sesetengah individu, rumah yang selesa perlu dihias dengan perabot dan juga barangan yang cantik mengikut citarasa peribadi.

Antara konsep rumah yang menjadi pilihan ramai buat masa ini adalah bertemakan estetik dan minimalis.

Kepada anda yang mahu mendekorasikan semula rumah dengan gaya tersebut, jom kami senaraikan beberapa premis yang boleh membantu anda mendapatkan barangan yang diingini.

Antaranya:

#1. U.JU

Selain perabot, barangan dekorasi seperti lampu meja, pasu bunga dan lampu hiasan juga memainkan peranan dalam menjadikan rumah kelihatan estetik.

Di U.JU, anda akan rambang mata kerana terdapat pelbagai barangan dekorasi yang cukup menarik. Confirm akan rasa macam nak beli semua sebab cantik-cantik belaka.

  • Lokasi:
    • The Curve, Level 2 ,Lot 216, Mutiara Damansara, 47800 Petaling Jaya, Selangor.
    • Mytown Shopping Center, Level 2-019, Jalan Cochrane, Maluri, 55100 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00am sehingga 10:00pm.

#2. MUMU Living

Kepada anda yang mencari perabot pula, MUMU Living menyediakan pelbagai pilihan termasuklah kabinet televisyen, katil, sofa dan lain-lain.

Warna perabot mereka pun sejuk mata memandang kerana kebanyakannya menggunakan warna pastel yang lembut dan menenangkan.

Kalau anda yang mahu menghias rumah seperti gaya Jepun, MUMU Living boleh membantu untuk merealisasikan ruangan impian kalian.

Paling best, siap ada servis untuk penghantaran dan pemasangan terus di rumah. Mudah kan?

  • Lokasi: G-01, IDCC Mall, Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15, 40200 Shah Alam, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00am sehingga 7:00pm.

#3. CUURA Space

Mereka yang meminati perabot yang diinspirasikan dari gaya Nordik, CUURA Space adalah lokasi yang sesuai untuk diterokai secara online.

Baca Artikel Berkaitan: Tak Tahu Nak Buat Apa Dengan Perabot Lama? Kolaborasi CUURA Space & Barnything Boleh Bantu Anda!

Kalau anda tengok perabot-perabot mereka, sudah boleh terbayang betapa lembutnya sofa yang dijual di CUURA Space.

Paling penting, warna-warna juga menarik dan mudah untuk diserasikan dengan dinding di rumah anda. Bukan itu sahaja, bentuknya juga agak unik dan menarik perhatian.

  • Lokasi:
    • The Address Taman Desa.
    • The Capers Sentul East

#4. Nitori

Hiasan dekorasi ala-ala Jepun turut menjadi pilihan rakyat Malaysia kerana dilihat kemas dan teratur.

Di Nitori, pelbagai jenis barangan rumah yang anda boleh dapatkan. Dari sekecil-kecil plastik ‘lock bag’ untuk menyimpan sayur kepada katil bersaiz Queen untuk bilik tidur, semuanya ada di sana.

Antara barangan yang pernah popular di Nitori adalah pengelap kaki yang menyerap air dengan cepat serta dulang anti-jatuh.

Kalau anda mencari barangan rumah yang cantik dan praktikal, Nitori adalah tempatnya!

  • Lokasi:
    • Lalaport
    • Pavilion Bukit Jalil
    • IOI City Mall
    • 1Utama
    • Suria KLCC
    • NU Sentral
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00am sehingga 10:00pm.

#5. ruma

Bila tengok perabot-perabot di ruma, mesti ramai yang akan terfikir seolah-olah mereka sedang melihat gambar dari Pinterest. Aesthetic sungguh!

Kalau anda pandai menghias rumah menggunakan barangan dari ruma ini, mesti ramai yang akan menyangka anda tinggal di luar negara kerana gayanya seperti perabot di kediaman luar negara.

Selain tilam, katil dan sofa, barangan seperti bantal hiasan, selimut, rak dan meja juga dijual bagi memenuhi ruangan di tempat tinggal anda dengan penuh gaya.

  • Lokasi: Atria Shopping Gallery, G51-G53A, Jalan SS 22/23, Damansara Jaya, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00am sehingga 9:30pm.

#6. HOOGA

Bila sebut HOOGA, mesti ada di antara anda yang akan terfikir bahawa ia adalah jenama yang menjual pewangi kediaman kerana ia terkenal dengan produk tersebut dalam kalangan masyarakat.

Sebenarnya, HOOGA juga menjual pelbagai lagi barangan rumah seperti cadar tilam, selimut, tilam, pinggan mangkuk dan sebagainya.

Untuk pengetahuan anda, jenama ini yang berasal dari Singapura menjual barangan dekorasi rumah yang diinpirasikan dari gaya seni masyarakat di Denmark.

  • Lokasi:
    • MyTown Cheras
    • Sunway Velocity
    • Pavilion KL
    • IOI City Mall
    • Pavilion Bukit Jalil
    • Mid Valley Megamall
    • Sunway Pyramid
    • 1Utama
    • The Starling
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00am sehingga 10:00pm.

#7. Kinsen Home

Kinsen Home juga merupakan salah satu jenama dari Malaysia yang menawarkan pilihan perabot beraneka warna dan bentuk untuk menghiasi rumah anda.

Bukan setakat cantik, malah perabot dari mereka juga ditawarkan dengan harga berpatutan, berkualiti dan yang penting, selesa untuk digunakan.

Selain itu, Kinsen Home juga menyediakan penghantaran terus ke rumah anda di seluruh Malaysia serta khidmat pemasangan dari pekerja yang profesional.

  • Lokasi:
    • No 87 Lorong Dato Yusuf Shahbudin, 44A/KS07, Taman Sentosa Klang, 41200 Klang, Selangor.
    • 4, Jalan Mutiara Raya, Taman Mutiara Barat, 56100 Cheras, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
    • Westpoint Unit L1-1 Lebuh Bandar Utama, Pju 6A, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47400 Petaling Jaya, Selangor.
  • Waktu operasi: Dibuka setiap hari pada jam 10:00am sehingga 7:00pm.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd