Now Reading
[Video] Tinggi Kandungan Nutrisi, Doktor Perjelas Tak Perlu Buang Kulit Kalau Nak Makan Kiwi

[Video] Tinggi Kandungan Nutrisi, Doktor Perjelas Tak Perlu Buang Kulit Kalau Nak Makan Kiwi

Pakar kesihatan dikenali sebagai Dr Joseph Salhab itu berkata anda boleh mendapatkan zat fiber sebanyak 50% sekiranya makan kulit kiwi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui buah-buahan adalah sejenis makanan yang amat baik untuk kesihatan tubuh badan manusia kerana kandungan zat dan nutrisi tinggi.

Pun begitu setiap dari kita mempunyai cara makan yang tersendiri. Sebagai contoh, terdapat segelintir individu yang lebih menggemari makan buahan seperti epal dan kiwi tanpa kulitnya.

Mungkin masih ramai yang tidak tahu bahawa kulit buah tersebut boleh memberikan zat tambahan kepada manusia selain meningkatkan tahap kesihatan badan.


Khasiat Makan Kulit Kiwi

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@thestomachdoc) apabila seorang pakar kesihatan dikenali sebagai Dr Joseph Salhab berkongsi klip pelakon Amerika Syarikat, Jenna Ortega sedang menikmati buah kiwi tanpa mengupas kulit buah itu terlebih dahulu.

Mengulas lanjut mengenainya, Dr Joseph menjelaskan bahawa makan kiwi tanpa membuang kulitnya adalah bagus. Anda akan mendapat kandungan fiber sebanyak 50%, lebih banyak vitamin dan juga nutrien dari kulit berkenaan.

Memetik Hello Sehat, kajian oleh European Journal Of Nutrition (2018) turut mendedahkan bahawa kulit kiwi mempunyai 32% folat (vitamin B) dan 34% vitamin E lebih daripada isi buahan tersebut.

Sumber: Pexels

Cuci & Asingkan Bulu Halus Dari Kiwi Agar Lebih Lembut

Namun, adalah penting untuk mencuci kulit itu secara menyeluruh menggunakan air bersih dan menanggalkan bulu-bulu halus buah tersebut.

Mengasingkan bulu halus daripada kulit kiwi bukan sahaja meningkatkan tahap kebersihan buahan tersebut, bahkan ia juga akan menjadi lebih lembut dan mudah untuk dimakan.

Jika anda tidak biasa makan seperti itu, anda juga boleh memotong kiwi dalam potongan kecil.

Sumber: Pexels

Kiwi Bagus Untuk Kesihatan Usus

Menurut pakar pencernaan, hati, pankreas dan pemakanan tersebut, buah kiwi juga bagus untuk meningkatkan kesihatan usus seseorang.

Tambahan pula, kandungan vitamin yang tinggi akan meningkatkan pertumbuhan bakteria baik dan mencegah masalah sembelit.

Baca Artikel Berkaitan: Sukar Buang Air Besar? Ini 7 Jenis Makanan Bantu Elak Sembelit

@thestomachdoc Who else loves kiwi #kiwi #greenscreen #greenscreenvideo #fiber #constipation #guthealth ♬ MILLION DOLLAR BABY (VHS) – Tommy Richman

Khasiat Tambahan Pengambilan Kulit Kiwi

Buat anda yang tidak tahu, kulit kiwi ini juga memberikan pelbagai faedah lain terhadap tubuh badan. Antaranya:

#1. Turunkan Risiko Penyakit Jantung

Dapatan yang dikeluarkan dalam Journal Of Chiropractic Medicine (2017), serat dari kulit kiwi mendorong kesihatan jantung dengan menurunkan kadar kolestrol jahat atau ‘low density liporotein’ (LDL).

Kolestrol jahat yang dapat disingkiran juga boleh mengurangkan risiko alami strok.

Sumber: Pexels
#2. Berkhasiat Untuk Ibu Hamil

Kandungan vitamin B yang terkandung dalam kulit kiwi diperlukan untuk membentuk sel buat janin baru.

Untuk info, ibu hamil memang memerlukan folat (asid folik) dalam rutin harian. Seterusnya, folat itu juga boleh mencegah risiko kecacatan janin sewaktu dalam kandungan.

Sumber: Pexels
#3. Menjaga Kesihatan Kulit

Kandungan vitamin C pada kulit buah kiwi bermanfaat untuk meningkatkan pertumbuhan kolagen. Kolagen tersebut berfungsi untuk memulihkan kulit yang terluka, melambatkan kesan kedutan pada muka dan meningkatkan kecerahan kulit.

Sumber: Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Dedah Buah Durian Boleh Jadi ‘Racun’ Kepada Tubuh Badan Jika Terlebih Makan

Baca Artikel Berkaitan: Viral Mengenai ‘Donut Peach’, Ini 5 Khasiat Yang Anda Perlu Tahu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd