Now Reading
HR Tetapkan Syarat Perlu Ada Pengalaman Kerja Untuk Peringkat Entry-Level Jadi Perdebatan Netizen

HR Tetapkan Syarat Perlu Ada Pengalaman Kerja Untuk Peringkat Entry-Level Jadi Perdebatan Netizen

Menurut seorang lelaki dikenali sebagai Azeem, menetapkan syarat perlu mempunyai pengalaman kerja untuk beberapa tahun apabila memohon pekerjaan entry-level adalah tidak wajar.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kebiasaannya, graduan baru akan mula mencari pekerjaan yang sesuai dengan bidang yang dipelajari sejurus menamatkan pelajaran di institut pengajian masing-masing.

Pun begitu, mendapatkan tempat dalam sesuatu pekerjaan bukanlah satu perkara yang mudah. Bukan sahaja harus menepati kriteria pasaran malah anda juga perlu bersaing dengan ramai calon yang lain.

Keadaan ini membuatkan ada yang menganggur selepas tamat belajar walaupun mendapat keputusan cemerlang. Ia boleh terjadi disebabkan pelbagai faktor antaranya adalah dengan tidak memiliki pengalaman kerja.

Sumber: Pexels

Lelaki Ini Tak Setuju Calon Kerja Entry-Level Perlu Pengalaman Kerja

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @AzeemSyuk) apabila seorang lelaki menegur sikap segelintir individu dari jabatan sumber manusia syarikat yang menetapkan pengalaman kerja sebagai syarat kelayakan seseorang ‘job-hunter’ memohon pekerjaan untuk entry-level.

Buat anda yang tidak tahu, entry-level adalah pekerjaan di peringkat awal dalam satu carta organisasi. Selalunya, graduan baru akan memohon kerja untuk peringkat tersebut.

Namun menurut Azeem, syarat beberapa tempoh tahun pengalaman kerja buat graduan yang memohon pekerjaan di peringkat entry-level adalah tidak wajar.

Entry-level jobs sepatutnya memerlukan 0 tahun pengalaman. Bukan satu atau dua tahun. Bukan tiga ke lima tahun. Tiga ke lima tahun pengalaman kerja patut untuk level manager.

Azeem.

Tambah lelaki berkenaan, tujuan utama entry-level ini ditawarkan adalah untuk memberi peluang kepada seseorang bagi memulakan kerjaya atau sektor baharu.

Menjengah ke ruangan balas, netizen dilihat memberikan pelbagai reaksi dan pendapat masing-masing mengenai isu dibahaskan.


Ramai Setuju Calon Pekerjaan Entry-Level Tak Perlukan Pengalaman Kerja

Seorang lelaki berkata dia bersetuju dengan perkara yang dinyatakan oleh Azeem, namun tidak dapat dinafikan bahawa majikan boleh mendapat calon pekerja yang lebih bagus sekiranya memiliki pengalaman kerja.

Meskipun begitu, alasan untuk seseorang majikan menolak permohonan calon hanya disebabkan tiada pengalaman kerja adalah tidak wajar kerana ia merupakan entry-level yang sememangnya menyasarkan graduan baru.


Pengalaman Kerja Meningkatkan Peluang Calon Ditawar Kerja

Sementara itu, ada juga yang berkongsi kepentingan seseorang calon mempunyai pengalaman kerja untuk beberapa tahun. Menurut seorang pengguna lagi dikenali sebagai Rizal, pelajar digalakkan untuk bekerja sambil belajar sekiranya mempunyai peluang.

Tambahnya, pengalaman tersebut akan meningkatkan peluang seseorang untuk direkrut dalam satu pekerjaan. Pengalaman kerja itu juga akan membuatkan calon lebih memahami tentang selok-belok alam pekerjaan.

Ada individu yang berpendapat bahawa pengalaman kerja diperlukan kerana majikan tidak mempunyai masa terluang untuk melatih calon baru tentang skop kerja.


Betul Ke Peringkat Pengurus Perlu Pengalaman Kerja 3 Ke 5 Tahun?

Dalam pada itu, ramai juga dilihat tidak bersetuju dengan Azeem selepas berkata kerja di peringkat pengurus memerlukan pengalaman kerja selama tiga ke lima tahun sahaja.

Baca Artikel Berkaitan: Patut Ke HR Ambil Calon Fresh Grad Atau Tiada Pengalaman Untuk Bekerja?

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Ajar Cara Tulis Resume Jika Tiada Pengalaman Kerja. Senang Je!

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Ini Kongsi Jawapan Untuk ‘Tackle’ Majikan Ketika Temuduga Kerja


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd