Now Reading
Beli Atau Sewa Rumah Lebih Baik? Ini Kata Penganalisis

Beli Atau Sewa Rumah Lebih Baik? Ini Kata Penganalisis

Penganalisis berkenaan mencadangkan agar rakyat Malaysia menyewa rumah berbanding membuat pembelian berikutan harga kediaman yang semakin mahal.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam keadaan ekonomi pada zaman kini, pelbagai faktor yang perlu dipertimbangkan sebelum seseorang membuat keputusan yang ‘besar’ seperti membeli kereta atau rumah sebagai aset.

Bagi sesetengah orang, membeli rumah bukanlah impian utama mereka kerana masih mempunyai pilihan lain seperti menyewa.

Tetapi kalau diikutkan mana yang lebih baik, membeli atau menyewa rumah sebenarnya?


Penganalisis Jelaskan Sama Ada Membeli Atau Menyewa Rumah Lebih Baik

Menerusi laporan Free Malaysia Today (FMT), seorang penganalisis mencadangkan agar rakyat Malaysia menyewa rumah berbanding membuat pembelian berikutan harga kediaman yang semakin mahal.

Harga rumah yang melambung tinggi ini juga menjadikan seseorang sukar mencapai impian mereka untuk memiliki kediaman masing-masing.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh kumpulan teknologi hartanah Juwai IQI, harga purata sebuah pangsapuri baharu di Malaysia sudah mencecah RM582,887 pada suku tahun 2024 manakala purata harga jualan subjualan pula sekitar RM521,614.

Tambahnya lagi, harga hartanah dijangka semakin tinggi pada separuh pertama 2024 disebabkan oleh peningkatan kos bahan binaan yang meningkat sebanyak 15%.

Sumber: Freepik

Penganalisis berkenaan turut menyatakan bahawa pembeli rumah kini merasakan kediaman yang dibeli oleh mereka itu sebagai beban kewangan yang berisiko untuk membawa kepada krisis ketika persaraan pada hari tua.

Tanpa perancangan kewangan dan peruntukan dana yang betul, seseorang itu tidak seharusnya terburu-buru berhutang perumahan semata-mata untuk memiliki rumah.

Penganalisis.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata 76.9% rakyat Malaysia memiliki rumah sendiri dan kerajaan berharap jumlah ini akan semakin meningkat pada masa akan datang.


Apa Itu ‘Rent-To-Own’?

Antara pilihan lain yang orang ramai boleh lakukan adalah dengan ‘Rent-To-Own’ (RTO) iaitu Skim Sewa Untuk Beli.

Untuk lebih mudah difahami, selepas tempoh sewa menjadi matang, penyewa boleh memilih untuk membeli hartanah tersebut dan menjadikan bayaran sewaan sebagai deposit.

Sumber: iProperty

Senang kata, penyewa tak perlu bersusah payah untuk menyimpan wang deposit. Kebiasaannya, tempoh matang sewaan adalah sepanjang 12 bulan atau maksimum 60 bulan. Ini bersamaan dengan lima tahun sewaan.

RTO diperkenalkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) pada tahun 2018 bagi membantu rakyat Malaysia memiliki rumah pertama dengan harga mampu milik. 

Baca Artikel Berkaitan: Pinjaman Rumah Tanpa Kerja Tetap & Slip Gaji. Bagus Atau Tidak?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Mampu Ke Nak Beli Rumah Sebelum Umur Cecah 25 Tahun? Ini Kata Pakar Kewangan

Baca Artikel Berkaitan: “Boleh Ke Beli Rumah Waktu Gawat Ni?” – Lelaki Ini Kongsi Ilmu Tentang Pembelian Rumah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd