[Video] 5 Punca Kenapa Memori Anak Lemah, Jangan Ambil Mudah!
Menurut coach parenting dikenali sebagai Fhais Salim itu, salah satu punca seorang anak mempunyai masalah daya ingatan adalah menonton televisyen dengan kerap.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Buat ibu bapa di luar sana, pasti anda mahukan yang terbaik untuk tumbesaran anak-anak. Selain mendidik mereka menjadi seorang yang cerdik, sudah tentu anda mahu anak mempunyai daya ingatan kuat.
Pun begitu, mungkin para ibu bapa tidak menyedari bahawa beberapa rutin yang dilakukan oleh anak pada setiap hari mampu menyebabkan daya ingatan mereka merosot.
Jika dibiarkan sahaja, perkembangan otak si kecil mungkin akan terbantut dan menyebabkan tahap memori yang lemah sewaktu meningkat usia.
Baca Artikel Berkaitan: Anak Selalu Agresif Di Rumah, Ini 5 Tips Dikongsi Pakar Bagi Elak Si Kecil Bersikap Kasar
Punca Anak Mempunyai Memori Yang Lemah
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@fhaissalim) apabila lelaki ini yang merupakan seorang coach parenting berkongsi faktor-faktor anak mempunyai memori yang lemah. Antaranya adalah:
#1. Main Permainan
Punca pertama diperjelaskan oleh Fhais adalah kanak-kanak yang sering bermain permainan. Jelasnya, main ‘game’ secara kerap akan menyebabkan gangguan kepada anak-anak.
Bukan sahaja mengganggu tumpuan si kecil, malah ia juga membuatkan anak kurang fokus ketika sedang belajar kerana asyik teringat tentang permainan kegemarannya.

#2. Waktu Tidur Tidak Menentu
Yang kedua adalah waktu tidur anak-anak yang tidak menentu. Setiap individu perlulah tidur pada waktu yang sepatutnya dan mengelakkan tidur pada lewat malam.
Tidur pada lewat malam akan menyebabkan kualiti tidur terganggu. Hal ini kerana perkembangan otak si kecil banyak berlaku pada ketika itu.

#3. Jarang Lakukan Aktiviti Luar
Punca yang ramai tidak sedari adalah kanak-kanak yang jarang melakukan aktiviti di luar rumah. Sebagai contoh aktiviti fizikal seperti belari, bersiar-siar, melompat, menikmati keindahan alam dan sebagainya.
Sekiranya anak asyik ‘terperuk’ di dalam rumah dan tidak melakukan aktiviti di luar, kecerdasan dan kecergasan otak tidak dapat berkembang dengan baik.
Menurut kajian oleh Optometry and Vision Science, kanak-kanak yang bermain di luar mempunyai tahap penglihatan lebih baik berbanding mereka yang sering menghabiskan masa di ruangan tertutup atau dalam rumah.

#4. Kerap Gunakan Media Sosial
Punca kepada memori lemah yang seterusnya adalah kanak-kanak tersebut selalu meluangkan masa dengan media sosial dalam rutin harian.
Fhais menasihatkan kanak-kanak di bawah 18 tahun yang masih bersekolah untuk tidak menggunakan media sosial kerana ia mampu mengundang stres dan dopamine.
Memetik Hello Doktor, dopamine adalah neurotransmitter dalam badan anda yang membuatkan seseorang berasa teruja dan bahagia.

#5. Tonton Televisyen Secara Berlebihan
Faktor terakhir yang mengakibatkan kemudaratan terhadap memori anak-anak adalah menonton televisyen terlalu kerap.
Lapor MyHealth Kemeterian Kesihatan Malaysia (KKM), satu kajian dijalankan menunjukkan bahawa terdapat kesan buruk akibat menonton televisyen terlalu lama.
Golongan kanak-kanak akan kurang bersosial dan bercakap serta menyebabkan daya imaginasi yang rendah. Bagi mengasah kemahiran sosial yang tinggi dalam kalangan kanak-kanak, mereka perlu sentiasa berinteraksi atau bergaul dengan orang lain di sekeliling.

@fhaissalim Pantau & jaga betul betul.. #parenting ♬ original sound – Fhais Salim • Parenting
Baca Artikel Berkaitan: Anak Asyik Tantrum? Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Elak Si Kecil Cepat Meragam
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kenapa Anak Sulung Sensitif & Kuat Sentap? Ini Penjelasan Dari Coach Parenting
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram