Now Reading
Isteri Hidap Kanser, Lelaki Ini Kongsi Makanan & Diet Terbaik Buat Para Pesakit

Isteri Hidap Kanser, Lelaki Ini Kongsi Makanan & Diet Terbaik Buat Para Pesakit

Menurut seorang lelaki dikenali sebagai Zayed Zulfikli, pakar diet dari Subang Jaya Medical Centre telah memberikan panduan makanan boleh diambil serta perlu dielakkan buat si isteri yang akan melakukan kemoterapi tidak lama lagi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui, bukan semua di kalangan masyarakat terdiri dengan kesihatan yang baik. Antara kes penyakit paling tinggi dilaporkan di Malaysia adalah kanser.

Laporan Jabatan Perangkaan Malaysia 2023 turut menunjukkan bahawa kanser adalah punca kematian keempat tertinggi di negara ini.

Statistik tersebut menyaksikan peningkatan kepada 12.6% pada 2022 berbanding 10.5% bagi tahun sebelumnya (2021).


Panduan Makanan Untuk Pesakit Kanser

Baru-baru ini, tular satu ciapan di laman X (Twitter @ZZulfikli) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Zayed Zulfikli berkongsi panduan diet daripada seorang pakar diet dari Subang Jaya Medical Centre.

Panduan tersebut menerangkan tentang makanan boleh diambil serta yang perlu dielakkan. Fungsi utama panduan tersebut adalah untuk mengurangkan bakteria dalam makanan khusus buat mereka yang menghidapi penyakit kanser.

Oleh disebabkan isteri kepada Zayed didiagnos kanser dan akan melakukan kemoterapi tidak lama lagi, pakar telah memberi saranan untuk mengikuti panduan diet bersih yang disediakan.


Makanan Boleh Diambil & Perlu Dielakkan

Menerusi panduan tersebut, makanan yang dibenarkan untuk diambil adalah masakan segar yang dimasak di rumah.

Sekiranya tidak mahu memasak, anda boleh mengambil makanan tin atau botol tetapi harus memastikan bahawa kandungan di dalamnya adalah makanan yang baru disediakan.

Makanan yang patut dielakkan pula adalah juadah yang dibeli dari kedai makan luar atau makanan yang dipanaskan semula. Selain itu, elakkan juga makan makanan yang disimpan secara tidak bersih.

Sumber: Pexels

Panduan Diet Bersih Mengikut Kategori Makanan

Berikut adalah panduan makanan boleh diambil serta perlu dielakkan mengikut kategori. Antaranya:

#1. Bijirin & Produk Biji-bijian

Makanan dibenarkan:

  • Roti, roti gulung, bun, pau yang disimpan dalam peti sejuk tidak melebihi dua hari dan dipanaskan sekali sahaja.
  • Sandwich tuna, keju atau telur rebus yang segar tanpa sayuran mentah.
  • Bijirin sarapan pagi yang tak mengandungi buahan kering.
  • Bubur oat dan nestum yang dimasak.

Makanan patut dielakkan:

  • Produk yang sudah disediakan lebih daripada dua hari dan tidak disimpan dalam peti sejuk.
  • Mi kuning dan yee mi.
  • Bijirin yang mempunyai buahan kering.
Sumber: Pexels
#2. Legum & Produk Kekacang

Makanan dibenarkan:

  • Produk dimasak sepenuhnya.
  • Makan dalam masa sehari dari tarikh penyediaannya sebagai contoh tauhu, tau foo fah, tempeh, kacang panggang dan lain-lain.

Makanan patut dielakkan:

  • Produk yang telah dimasak dan disediakan lebih dari tempoh masa sehari.
  • Kekacang dan biji-bijian yang mentah.
  • Kelapa dan santan kelapa yang tidak dimasak.
Sumber: Pexels
#3. Sayur-sayuran, Buah & Produk Berasaskan Buah

Makanan dibenarkan:

  • Sayur-sayuran segar atau dalam tin yang dimasak sepenuhnya.
  • Marmite yang disimpan dalam peti sejuk.
  • Buah-buahan segar.
  • Buah dipotong bagi memastikan tiada kesan lebam.
  • Buah dibersihkan, dikupas dan dihidangkan dengan segera.
  • Buah-buahan dalam tin.
  • Jus buah pek komersial.

Makanan patut dielakkan:

  • Sayur-sayuran mentah seperti dalam ulam, salad dan coleslaw.
  • Sayuran yang rosak, lebam dan tidak segar.
  • Buahan yang lebam dan lembik.
  • Jus buah-buahan yang telah lama disediakan sebelum dihidang.
Sumber: Pexels
#4. Daging, Ayam & Ikan

Makanan dibenarkan:

  • Daging yang dimasak sepenuhnya.
  • Daging dalam tin stok ayam.
  • Kesemua jenis ikan yang dimasak sepenuhnya.
  • Sos adunan makanan laut yang dimasak dengan makanan lain seperti sos tiram, sos ikan, sos udang, budu dan cencaluk.

Makanan patut dielakkan:

  • Stik yang tidak dimasak sepenuhnya.
  • Daging proses yang tidak dimasak seperti kepingan daging ayam belanda dan sosej.
  • Daging salai dan makanan laut yang dikeringkan tanpa memasak.
  • Ikan dan makanan laut bercengkerang mentah.
  • Ikan bilis goreng melebihi tiga hari dari tarikh penyediaan.
Sumber: Pexels
#5. Telur, Susu & Produk Tenusu

Makanan dibenarkan:

  • Telur yang dimasak sepenuhnya.
  • Susu yang dibasmi kuman (pasteurized).
  • Keju proses.
  • Susu pekat manis atau susu cair yang disimpan dalam peti ais tidak melebihi tiga hari dari tarikh tin dibuka.
  • Susu tepung yang digunakan tidak melebihi seminggu selepas pek dibuka.

Makanan patut dielakkan:

  • Telur yang tidak masak sepenuhnya sebagai contoh telur separuh masak, kastad telur dan kek keju.
  • Keju lembu iaitu ricotta, cottage, krim keju, brie, camember dan fetta.
  • Susu segar yang tidak dibasmi kumannya.
  • Toping keju mentah atas piza, lasagna dan produk bakeri.
  • Susu tin yang dibukan tanpa dimasukkan di dalam peti sejuk.
  • Dadih dan krim masam.
Sumber: Pexels
#6. Minuman & Produk Minuman

Minuman dibenarkan:

  • Air yang dimasak.
  • Ketulan ais dari sumber air masak.
  • Minuman tin, botol, kordial, barli, kopi, teh, air kacang soya segar dan minuman pek komersial.
  • Jus buah-buahan segar yang baru disediakan.

Minuman patut dielakkan:

  • Air tidak dimasak.
  • Ketulan ais dari air tidak dimasak.
  • Jus buah-buahan dan air manis dijual oleh penjaja gerai seperti cendol, air tebu dan air kelapa.
Sumber: Pexels
#7. Pencuci Mulut

Makanan dibenarkan:

  • Kek, puding, jeli, kuih buatan rumah yang tidak melebihi dua hari dari tarikh penyediaan.
  • Biskut dan kerepek.
  • Ais krim pek kecil.

Makanan patut dielakkan:

  • Ais krim pek besar dan kek berkrim.
  • Biskut yang manis.
  • Buah-buahan kering.
  • Krim ising.
Sumber: Pexels
#8. Lain-lain

Makanan dibenarkan:

  • Mentega kacang, jem, tomato dan sos cili yang disimpan dalam peti air sebaik sahaja dibuka dan digunakan secepat mungkin.
  • Kicap pekat dan kicap cair yang dimasak sepenuhnya bersama makanan lain.
  • Bahan perasa, herba dan rempah ratus yang dimasak dengan makanan lain.
  • Gula-gula dan coklat yang dibalut secara berasingan.

Makanan patut dielakkan:

  • Sos atau kuah rojak dan sambal dibeli dari penjaja gerai.
  • Sos atau kicap daripada botol yang dilihat botolnya terbuka dan tidak dimasak dengan makanan lain.
  • Mayonnaise, sos tartar, salad dressing dan kaya.
  • Gula-gula yang tidak dibalut sebagai contoh gula kapas.
  • Madu.
Sumber: Pexels

Gula Berlebihan Boleh Menyebabkan Perkembangan Kanser

Ada juga individu yang berkata bahawa pesakit yang menjalani kemoterapi kebiasaannya tidak mempunyai selera makan dan perlu diberikan sahaja jika pesakit meminta. Walaupun ia adalah makanan yang manis.

Pun begitu, Zayed mendedahkan bahawa terdapat banyak kajian mendapati hubungan di antara gula dan juga kanser.

Kajian dari National Library of Medicine mendedahkan bahawa pengambilan gula yang berlebihan boleh menyebabkan perkembangan kanser dihadapi.

Oleh disebabkan itu, panduan tersebut membenarkan pesakit makan ais krim hanya dalam kuantiti yang sedikit.

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Cara Cegah Kanser Usus Besar, Antara Barah Tertinggi Di Malaysia

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Doktor Kesihatan Dakwa Bahaya Makan Kubis Goreng Hangus, Ada Risiko Dapat Penyakit Kanser

Baca Artikel Berkaitan: Adakah Pemanis Tiruan ‘Aspartame’ Boleh Menyebabkan Kanser?


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd