Jus Lemon Berlebihan Mampu Bahayakan Perut, Lelaki Kongsi Tips Terbaik Sediakan Detox
Jelas seorang perawat bertauliah dikenali sebagai Cikgu Urut, pengambilan air perahan lemon secara berlebihan boleh menyebabkan keradangan perut atau kebocoran usus.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Umum mengetahui terdapat pelbagai jenis minuman yang dikatakan elok untuk kesihatan tubuh badan sebagai contoh air zam zam, air mineral, teh hijau, air ‘dark chocolate’, air perahan lemon dan banyak lagi.
Malah, ramai juga di kalangan masyarakat yang mengambil minuman lemon setiap hari pada waktu pagi sebagai detoks.
Bagaimanapun, adakah anda tahu pengambilan air perahan lemon secara berlebihan mampu memudaratkan kesihatan penghadaman perut?
Pengambilan Jus Lemon Berlebihan Undang Bahaya Kepada Perut
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman TikTok (@cikguurut) apabila seorang perawat bertauliah di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dikenali sebagai Cikgu Urut atau lebih mesra AJ menjelaskan beberapa perkara penting tentang pengambilan jus lemon.
Jelas lelaki itu, jus lemon berlebihan yang masuk ke dalam badan mampu memudaratkan kesihatan perut seseorang.

Memetik Hello Doktor, jus lemon yang banyak boleh menyebabkan gigi terhakis dan gangguan pada sistem gastrousus (penghadaman). Sistem gastrousus terdiri daripada mulut, esofagus, perut, usus kecil, usus besar dan lubang dubur.
Menurut portal WebMD pula, lemon boleh memburukkan lagi gejala pedih ulu hati bagi penghidap penyakit refluks gastroesophageal (GERD).
Cikgu Urut dalam masa sama turut menepis dakwaan sesetengah pihak yang berkata lemon akan bertukar menjadi alkali selepas memasuki tubuh badan manusia.
Tambah lelaki tersebut, lemon yang tinggi dengan kandungan asid mampu meningkatkan risiko keradangan dan menyebabkan usus bocor.
@cikguurut Minum air lemon berlebihan boleh mencederakan perut. #cikguurut #sembelit #urutan #petua #minumansihat ♬ original sound – Cikgu Urut
Tips Sediakan Air Perahan Lemon
Pun begitu, mengambil air perahan lemon yang tidak berlebihan adalah selamat. AJ turut berkongsi tips menyediakan air perahan lemon tanpa mencederakan perut anda. Antaranya:
- Menggunakan setengah biji lemon dan hiriskan buah tersebut secara nipis.
- Masukkan hirisan lemon dalam cawan atau botol dan tambahkan air.
- Biarkan lemon berendam dalam air selama 1 jam.
- Air lemon siap tersedia selepas 1 jam berlalu.

Netizen Kongsi Kisah Keluarga Meninggal Dunia Akibat Usus Bocor
Menjengah ke ruangan komen, seorang individu bersetuju dengan segala pendapat Cikgu Urut selain berkongsi kisah abang yang meninggal akibat kebocoran usus.
“Betul tu. Abang saya minum air lemon dua biji sehari sebab nak turunkan kolestrol dan berat badan. Akhirnya usus bocor, meninggal dunia dah dia,” kata seorang wanita.
Malah ada netizen yang berkata dia mengalami pening kepada setiap pagi akibat pengambilan jus lemon.
“Pernah amal lemon teh panas setiap pagi sebelum sarapan. Rasa pening ingatkan kolestrol. Bila check dengan doktor ada banyak asid urik, terus berhenti (minum air lemon),” jelas seorang pengguna laman TikTok.





Baca Artikel Berkaitan: Jangan Kerap Kali Minum Air Detox Lemon Kalau Taknak Kena 3 Kesan Bahaya Ini
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram