Now Reading
[Video] Manis & Lembut, Ini Khasiat Golden Garlic Yang Anda Perlu Tahu

[Video] Manis & Lembut, Ini Khasiat Golden Garlic Yang Anda Perlu Tahu

Golden garlic mempunyai kandungan nutrien yang lebih kurang sama seperti bawang putih hitam antaranya zat besi.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang sering memasak di dapur, sudah pasti anda akan selalu menggunakan bawang putih sebagai bahan asas dalam sesuatu masakan.

Namun begitu, pernahkah anda terjumpa bawang putih yang mempunyai warna unik iaitu kuning keemasan? Mungkin ada di antara kita yang akan membuang bawang putih kuning tersebut kerana beranggapan ianya sudah busuk ataupun rosak.

Bawang putih ini dinamakan golden garlic. Ramai juga berkata golden garlic ini amat berkhasiat untuk tubuh badan manusia.

@manje___

Yang rajin masuk dapur mesti jumpa harta karun ni 🤭🤭 .. Limited Edition

♬ shik shak shok – cinq-sept

Fakta Tentang Bawang Putih Kuning Emas & Hitam

Bawang putih golden ini dikatakan mempunyai rasa yang lebih enak daripada bawang putih biasa yang sering kita makan. Manakala teksturnya juga adalah lebih lembut.

Persoalannya, adakah golden garlic ini benar-benar selamat dimakan dari sudut kesihatan?

Memetik Hello Doktor, terdapat dua jenis bawang putih berwarna lain selain daripada putih yang mempunyai khasiatnya tersendiri iaitu warna kuning atau kehitaman.

Kalau anda nak tahu, bawang putih berwarna kehitaman mempunyai pelbagai nutrien baik untuk tubuh badan manusia seperti:

  • Kalium
  • Zat besi
  • Magnesium
  • Kasium

Menerusi semakan kami di laman web kesihatan WebMD, bawang putih hitam turut mengandungi fiber, protein dan kalori yang rendah.

Sumber: The Spruce Eats

Manakala golden garlic juga mempunyai khasiat yang lebih kurang sama seperti yang dinyatakan di atas.

Namun begitu, bawang putih kuning itu tidaklah selazat bawang putih hitam jika dimakan dalam keadaan ia masih mentah. Hal ini kerana bawang putih hitam mempunyai tekstur lebih lembut dan manis berbanding golden garlic.

Sumber: Tokopedia

Bantu Masalah Kesihatan

Kandungan-kandungan nutrien yang terkandung dalam bawang putih kuning keemasan dan hitam tersebut juga mampu membantu dari aspek kesihatan. Antaranya:

  • Mencegah kanser
  • Menjaga kesihatan jantung
  • Memelihara kesihatan otak
  • Mengawal kandungan gula untuk masalah diabetes
  • Tingkatkan imuniti badan
  • Memelihara kesihatan hati

Punca Bawang Putih Bertukar Golden

Mesti ramai di antara anda yang masih tertanya-tanya bagaimana bawang putih yang pada asalnya berwarna putih bertukar menjadi warna emas itu?

Dalam istilah bahasa Inggeris, proses pertukaran warna dikenali sebagai waxy breakdown garlic. Difahamkan, pembentukan warna berbeza yang dilalui bahan itu disebabkan oleh perubahan fisiologi bawang putih.

Sumber: Unsplash

Satu kajian oleh Oregon State University Plant Clinic mendapati, bawang putih boleh mengalami keadaan waxy breakdown disebabkan oleh suhu yang tinggi dan kekurangan oksigen semasa pokok bawang putih dalam proses pertumbuhan.

Waxy breakdown garlic selalunya terjadi ketika musim panas atau perubahan cuaca yang melampau. Haba yang panas sekaligus akan mendorong kepada pembentukan bawang putih warna kuning yang lembik.


Golden Garlic Selamat Dimakan

Kalau dah banyak nutrisi mestilah selamat dimakan. Hal ini kerana pembentukan golden garlic bersifat semula jadi dan fermentasi bawang putih berlaku tanpa bantuan mikroorganisma dari luar.

Oleh itu, golden garlic selamat untuk dimakan dan boleh digunakan dalam masakan atau dimakan secara langsung.

Namun perlu diingatkan bahawa bawang putih tersebut tidak elok untuk disimpan dalam tempoh masa yang lama kerana risau terdapat pertumbuhan kulat yang berbahaya.

Sekiranya anda mahu bawang putih itu tahan lama, langkah terbaik adalah dengan menyimpannya dalam bekas kedap udara dan meletakkannya dalam peti sejuk rumah masing-masing.

Sumber: Unsplash/Pexels

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 Kaedah Potong Bawang Untuk Setiap Masakan. Oh, Baru Tahu!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd