Now Reading
KidZania Perkenal 6 Aktiviti Menarik Baharu Buat Si Cilik. Ada RHB, Famous Amos, ZUS & Banyak Lagi!

KidZania Perkenal 6 Aktiviti Menarik Baharu Buat Si Cilik. Ada RHB, Famous Amos, ZUS & Banyak Lagi!

Dibina jadi bandar impian untuk minda muda, KidZania memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman menyeronokkan dan interaktif!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dalam usaha untuk terus menyajikan aktiviti permainan baharu, KidZania Kuala Lumpur kini memperkenalkan aktiviti-aktiviti baharu bersamaan dengan pengenalan enam rakan kongsi tujuan baru sejak suku tahun lepas.

Sumber: Siti Murni/TRP

“Inspiration Through Exposure”

Bertemakan Inspirasi melalui Pendedahan, KidZania Kuala Lumpur menyambut kedatangan Panasonic: bateri yang menyediakan tenaga untuk kegunaan harian, Famous Amos: biskut segar bakar, ZUS: kopi enak dan murah, RHB: bank yang diiktiraf di Malaysia, Baskin-Robbins: aiskrim dengan pelbagai rasa, dan X MOTO Resources: pengangkutan mesra alam ke dalam keluarga KidZania dengan “Keys to the City” iaitu suatu penghormatan simbolik tradisional diberikan oleh bandar KidZania kepada rakan kongsinya.

Dengan enam rakan kongsi baharu ini di bandar, kanak-kanak bukan sahaja mendapat peluang melibatkan diri sebagai Agensi Rahsia Pemula, Pakar Cookies, Penasihat Kewangan, dan Pembuat Aiskrim, mereka juga akan memperoleh pelajaran hidup yang berharga melalui pembelajaran praktikal. Ini termasuk pengalaman menyelesaikan kes, membakar cookies, perbankan dan pelaburan, serta pembuatan ais krim.

“Di KidZania, kami sentiasa mencipta idea segar dan aktiviti menarik bersama rakan kongsi baru dan sedia ada kami. Saya yakin bahawa aktiviti baharu ini akan menjadi kegemaran kanak-kanak kerana mereka kini memiliki sesuatu yang baru dan mengujakan untuk dijelajahi dan dipelajari.

“Apa cara yang lebih baik untuk mendidik anak-anak kita selain melalui bermain! Ini adalah konsep yang terbukti di mana kanak-kanak memperoleh kemahiran dan menanam tabiat baru melalui pengalaman praktikal dan modul pembelajaran menarik seperti yang ditawarkan oleh KidZania,” kata Philip Whittaker selaku CEO Sim Leisure Group iaitu pemilik dan pengendali KidZania Kuala Lumpur.


Aktiviti Untuk 6 Rakan Kongsi Baharu KidZania

Di Famous Amos, budak-budak boleh belajar buat cookies di mana mereka akan dapat tengok sendiri proses pembuatan cookies Famous Amos, dari pemilihan bahan, sehinggalah ke produk akhir.

Sumber: TRP

Untuk ZUS pula, ibu bapa berpeluang menikmati secawan kopi sambil anak-anak enjoy dengan aktiviti. Bukan saja kopi, ZUS juga menawarkan pelbagai pastri dan makanan ringan.

Dengan RHB, ada servis bank untuk si cilik explore di mana mereka boleh membuka akaun bank, minta kad debit, dan check baki kidZos serta melibatkan diri bagi membantu pelanggan membuat keputusan pelaburan untuk mencapai matlamat kewangan.

Kanak-kanak boleh menggunakan mesin ATM RHB untuk tujuan pengeluaran kidZos.
(Sumber: Siti Murni/TRP)
Sumber: Siti Murni/TRP

Di Baskin-Robbins pula, ada aktiviti untuk kanak-kanak yang ingin membuat aiskrim Baskin-Robbins sendiri. Mereka akan mengikuti arahan untuk buat aiskrim yang perfect. Tempat Baskin-Robbins ini memang sesuai untuk meningkatkan kreativiti anak-anak anda apabila mereka menghias aiskrim.

Dibina jadi bandar impian untuk minda muda yang kreatif, KidZania ingin memberikan peluang kepada kanak-kanak untuk mendapat pengalaman menyeronokkan dan interaktif!

[KIDZANIA KUALA LUMPUR]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd