Now Reading
Ini 9 Kaedah Potong Bawang Untuk Setiap Masakan. Oh, Baru Tahu!

Ini 9 Kaedah Potong Bawang Untuk Setiap Masakan. Oh, Baru Tahu!

Antara jenis potongan bawang adalah dadu, mayang, cincang dan lain-lain.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bawang merah adalah salah satu bahan yang ‘wajib’ kena ada dalam sesuatu masakan. Tanpa bahan tersebut, makanan selalunya akan rasa kosong dan serba tidak kena.

Apabila menjamu selera di luar, mesti anda akan perasan setiap hidangan mempunyai cara potongan bawang yang berbeza mengikut cara masakannya.

Kalau anda tanya saya, selalunya potongan bawang untuk menu tomyam akan berbentuk bulat dan sedikit kasar.


Nama Potongan Bawang Merah & Fungsinya

Sebelum ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @H_bakkniy) apabila seorang lelaki dikenali sebagai Mohammad Faeez Harith berkongsi info tentang potongan bawang yang sesuai bagi setiap jenis resepi. Setiap ‘style’ potongan bawang itu juga mempunyai nama tersendiri tau.

Kalau anda nak tahu, teknik pemotongan bahan tersebut akan menentukan tahap manis bawang yang boleh dirasai dalam sesuatu hidangan.

Antaranya:

#1. Potong

Potong bermaksud bawang akan dipotong secara kedudukan melintang. Bermula dari hirisan ‘potong’, bawang kemudian akan menghasilkan dua jenis potongan yang lain iaitu gegelung dan mayang.

Sumber: X (@H_bakkniy)/Pexels
#2. Gegelung

Potongan bawang gegelung terhasil apabila kaedah ‘potong’ dilakukan secara berterusan mengikut pilhan ketebalan masing-masing.

Potongan jenis gegelung selalunya sesuai untuk resepi lauk masak kicap atau masak merah (sambal atau sos).

Sumber: X (@H_bakkniy)/Nomadette
#3. Mayang

Mayang adalah hirisan bawang merah halus tetapi dipotong secara melintang. Ia kebiasaannya digunakan untuk membuat bawang goreng atau ditumis.

Sumber: X (@H_bakkniy)/Cookpad
#4. Belah

Belah adalah cara memotong bawang yang dimulakan secara menegak bagi menghasilkan jenis potongan yang lain.

Sumber: X (@H_bakkniy)/Pexels
#5. Baji

Kaedah baji juga disebut sebagi ‘wedges’. Kebiasaannya, potongan ini diguna untuk tujuan hiasan seperti dalam sup, kari, kuah kurma dan sebagainya. Menu arab kegemaran ramai iaitu kebab juga menggunakan jenis potongan bawang yang sama.

Sumber: X (@H_bakkniy)/Rasa
#6. Hiris

Hiris adalah potongan bawang nipis dan halus secara menegak yang dilakukan berulang-ulang kali.

Para suri rumah selalunya menggunakan potongan jenis hiris untuk masakan tumis atau disertakan dengan ulam seperti rencah sambal, budu, cencaluk dan lain-lain.

Sumber: X (@H_bakkniy)/Kedai Belacan
#7. Dadu

Kalau anda perasan, potonga jenis dadu biasanya dicampur dalam adunan cekodok bilis atau bawang.

Sumber: X (@H_bakkniy)/Resepi Che Nom
#8. Dadu Kecil Atau Cincang Kasar

Dadu kecil atau cincang kasar menggunakan teknik yang sama seperti di atas namun ia berbentuk lebih kecil. Potongan jenis ini sesuai digunakan untuk masakan melibatkan tumisan Nasi Goreng, Mi Goreng dan sebagainya.

Sumber: X (@H_bakkniy)/Maya Kitchenette
#9. Cincang

Boleh dikatakan cincang adalah jenis potongan yang kerap diguna pakai oleh orang ramai yang memasak. Bawang yang dipontong cincang sering digunakan untuk perapan lauk dan tumisan sesuatu masakan.

Sumber: X (@H_bakkniy)/Pa & Ma

Jenis Potongan Bawang Putih

Bukan bawang merah sahaja ya ada nama potongannya yang tersendiri, malah bawang putih juga tidak terkecuali.

Buat bakal menantu di luar sana, jom sama-sama belajar teknik-teknik pemotongan bawang putih. Mana tahu boleh ‘impress’ mentua pada masa akan datang. Antaranya:

Sumber: X (@H_Bakkaniy)

1. Ulas: Bahagian bawang putih dari selabu.

2. Ketuk:  Hampir kesemua jenis masakan boleh guna cara ini.

3. Mayang: Potongan secara melintang. Biasa digunakan untuk masak bawang putih goreng sebagai hiasan atau masakan tumis.

4. Hiris: Lebih kurang sama seperti mayang tetapi ia dalam bentuk menegak.

5. Racik kasar atau mancis: Kebiasaannya untuk membuat sos, masak kukus, goreng dan lain-lain.

6. Racik halus: Tidak jauh beza dengan racik kasar. Namun begitu, tidak begitu banyak resepi yang menggunakan jenis potongan bawang putih ini.

7. Dadu: Digunakan untuk sos, tumis, nasi goreng dan lain-lain.

8. Cincang: Sama seperti potongan dadu iaitu untuk sos dan tumisan.

Baca Artikel Berkaitan: Elak Pilih Yang Berbau Hanyir, Ini 5 Tips Beli Ayam Segar

Baca Artikel Berkaitan: Lebih 7K Shares, Resepi Rendang Ayam Sedap & Tahan Lama Ini Dapat Sambutan Di FB. Mudah Je!

Baca Artikel Berkaitan: Video Wanita Ajar Cara Mudah Siang Ikan, Raih Lebih 2 juta Views


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd