Now Reading
AirAsia & Tune Group Bawa Loop Muzik Festival Pada 11 Mei Dengan Barisan Artis Terkenal!

AirAsia & Tune Group Bawa Loop Muzik Festival Pada 11 Mei Dengan Barisan Artis Terkenal!

Tiket untuk LOOP Music Festival 2024 kini tersedia untuk ditempah di Ticket2u.com pada harga bermula RM168 hingga RM478 dengan pilihan tempat duduk atau zon berdiri.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


AirAsia dan Tune Group semalam (27 Februari) telah mengumumkan LOOP Music Festival iaitu sebuah festival hiburan yang meraikan pelbagai genre muzik dan aktiviti menarik pada 11 Mei 2024 di Axiata Arena.

LOOP Music Festival menampilkan barisan artis dan penyanyi popular negara dari pelbagai genre seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Dayang Nurfaizah, Masdo, XPDC, Noraniza Idris dan ramai lagi.


Aktiviti Menarik Lain Di LOOP Music Festival

Bukan itu sahaja, festival ini juga menawarkan pelbagai aktiviti menarik oleh Tune Talk (perkhidmatan telekomunikasi prabayar) dan Tune Protect (pelan insurans komprehensif) di bawah Tune Group, hidangan oleh Santan dan pelbagai aktiviti menarik oleh AirAsia Ride serta peluang untuk memenangi tiket penerbangan oleh AirAsia.

LOOP Music Festival

“Muzik sentiasa menjadi sumber inspirasi dan kebahagiaan saya. Ianya merentasi sempadan, menghubungkan kita, dan mempengaruhi emosi sama seperti apabila kita mengembara.

“Sebagai orang lama dalam industri muzik selama beberapa dekad, saya berbangga melihat AirAsia dan Tune Group mempersembahkan LOOP Music Festival.

“Ia bukan sekadar meraikan hiburan tetapi menghubungkan semua lapisan masyarakat. Festival ini membuktikan semangat inovasi dan kerjasama kedua-dua syarikat dan saya berharap untuk melihat anda semua di LOOP Music Festival 2024,” jelas Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun.

Dalam masa yang sama, Pengarah RJ Sales Sdn Bhd dan Produser LOOP Music Festival Rosix Omar turut berkata, “Muzik mampu mencipta kenangan berkekalan dan menghubungkan sesama kita dan LOOP Music Festival adalah bukti komitmen tersebut.

“Selain itu, festival ini bertujuan untuk meraikan dan menyokong bakat tempatan kerana merekalah tunjang industri muzik kita. Bersama-sama AirAsia dan Tune Group, kami bukan hanya menawarkan pelbagai genre untuk semua, malah mempromosikan jenama-jenama tempatan dan menyediakan platform kepada mereka untuk terus menyinar.

“Kami berharap peminat muzik di seluruh negara akan menyokong dan menghadiri festival luar biasa ini.”

[LOOP Music Festival]

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitterThreads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd