Now Reading
Kaum Cina Percaya 16 Februari Hari Jadi Semua Orang, Ini Sebabnya

Kaum Cina Percaya 16 Februari Hari Jadi Semua Orang, Ini Sebabnya

Menurut legenda Cina, perkara ini berlaku kerana Nuwa dipercayai dewi yang mencipta dunia telah membentuk manusia pada tarikh hari ini (16 Februari).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, setiap orang hanya mempunyai satu tarikh dalam setahun untuk menyambut ulang tahun hari jadi mereka kerana mengikuti aspek astronomi dan biologi sepanjang membesar.

Tapi percaya tak kalau kami cakap anda sebenarnya menyambut hari lahir sebanyak dua kali setahun sekiranya mengikut kalendar tradisional kaum Cina.

Sumber: Freepik

Selain daripada hari lahir anda, kalendar Cina mengiktiraf Renri iaitu hari ketujuh pertama dalam bulan lunar sebagai hari lahir semua orang.


Hari Manusia

Menurut legenda Cina, perkara ini berlaku kerana Nuwa dipercayai dewi yang mencipta dunia telah membentuk manusia pada tarikh hari ini (16 Februari).

Sumber: Tim Lee

Dewi tersebut sepatutnya mengambil masa tujuh hari untuk mencipta alam semesta dan enam hari pertama dihabiskan dengan mencipta pelbagai haiwan seperti ayam, anjing, babi hutan, biri-biri, lembu dan kuda.

Kemudian pada hari ketujuh, dia dikatakan telah mencipta manusia yang kononnya diperbuat daripada tanah liat kuning. Oleh itu, budaya Cina mengiktiraf Renri sebagai hari lahir bersama semua orang.


Bagaimana Masyarakat Rai Sambutan Ini?

Bagi menghormati hari keramat ini, masyarakat berbangsa Cina di seluruh dunia mengadakan makan malam keluarga yang terdiri daripada ‘tujuh hidangan bernasib baik’ dan meraikan hari berkenaan sebagai sebahagian daripada Tahun Baharu Cina.

Tujuh hidangan itu akan terdiri daripada makanan istimewa sayuran atau ikan mentah dan salad sayuran yang dipanggil yusheng (鱼生).

Sumber: Facebook

Sebagai contoh keluarga Malaysia dan Singapura menikmati hidangan ‘ikan mentah berwarna ketujuh’ manakala, keluarga Cina di negara lain pula menikmati ‘sup sayur ketujuh’ untuk makan malam.

Selain itu, keluarga Cina juga akan mengelakkan diri daripada membunuh enam haiwan yang dicipta oleh Nuwa pada hari lahir masing-masing.

Meskipun sambutan ini diketahui oleh masyarakat, namun sesetengah keluarga bangsa Cina di Malaysia tidak meraikan peristiwa istimewa ini.


Kelaziman Dalam Budaya Lain

Konsep Renri juga dicerminkan dalam budaya Asia Timur yang lain. Misalnya dalam budaya Jepun Renri dipanggil Jinjitsu (人日) dan ia disambut sebagai salah satu daripada lima perayaan bermusim.

Sementara ia disambut pada bulan Februari dalam kalangan masyarakat Cina, Jinjitsu ini pula disambut pada 7 Januari bagi masyarakat Jepun.

Sekarang sudah tahu kan? Harap tak ada lagi yang tertanya-tanya mengapa rakan anda mengucapkan Selamat Hari Jadi Semua di dalam grup WhatsApp berbilang kaum.

Dengan ilmu tambahan ini, bolehlah anda berborak dengan rakan anda berbangsa Cina mengenai perkara ini.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd