Now Reading
Ini Sebab Kenapa Ada Garisan Kecil Pada Papan Kekunci Huruf F & J Pada Laptop Anda

Ini Sebab Kenapa Ada Garisan Kecil Pada Papan Kekunci Huruf F & J Pada Laptop Anda

Garisan timbul pada papan kekunci huruf F dan J telah dipatenkan oleh June E. Botch dari Naples, Itali pada tahun 2002.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Komputer riba atau juga disebut sebagai laptop adalah satu keperluan bagi kebanyakan individu untuk melakukan kerja di pejabat atau menyiapkan tugasan yang diberikan oleh pensyarah universiti.

Terdapat pelbagai jenama laptop yang dijual di pasaran seperti Acer, Huawei, Lenovo dan sebagainya.

Walaupun berbeza jenama, tetapi kesemua komputer riba ini mempunyai satu perkara yang sama iaitu papan kekunci (keyboard) pada huruf F dan J mempunyai satu garisan kecil yang timbul.


Kenapa Ada Garisan Kecil Di Bawah Keyboard Huruf F Dan J Pada Komputer Riba?

Selama ini mungkin ada perasan tapi tidak pernah terfikir mengapa, betul tak? Jom kami rungkaikan persoalan ini untuk anda semua.

Memetik sumber Make Use Of, garisan kecil yang timbul pada abjad F dan J pada papan kekunci itu memang sengaja dibuat dan mempunyai tujuan tersendiri.

Sumber: Pexels

Untuk pengetahuan anda, garisan tersebut digunakan untuk membantu individu meletakkan kedudukan tangan dengan betul pada papan kekunci ketika ingin menaip.

Selain itu, kedudukan tangan yang tepat juga boleh memudahkan mereka menaip dengan lebih laju serta mengurangkan kesalahan.


Macam Mana Posisi Tangan Yang Dikatakan Tepat Itu?

Garisan timbul pada abjad F mewakili tangan kiri manakala huruf J pula akan mewakili tangan kanan anda.

Sumber: Pexels

Jadi kedudukan yang dicadangkan adalah dengan meletakkan jari telunjuk kiri pada huruf F dan tiga lagi jari lain diletakkan selari iaitu pada abjad D, S dan A.

Begitu juga dengan tangan kanan di mana jari telunjuk diletakkan pada papan kekunci abjad J dan dua lain jari lain diletakkan pada huruf K dan L.

Unik kan? Memetik Majalah Sains, paten ini telah dilakukan oleh June E. Botch dari Naples, Itali pada tahun 2002.

Tetapi anda tak wajib pun ikut cara seperti ini. Asalkan anda selesa dengan cara masing-masing kerana ini hanyalah sekadar cadangan sahaja.


Sejarah Tentang Kedudukan Huruf Pada Papan Kekunci

Sumber: Pexels

Pernah tak anda terfikir, siapa yang tetapkan kedudukan huruf pada papan kekunci di komputer riba ya?

Sebagai info, sebenarnya papan kekunci ini mempunyai beberapa susunan seperti QWERTY, AZERTY dan QWERTZ. Tetapi susunan yang paling kerap digunakan adalah jenis QWERTY.

Susunan papan kekunci QWERTY ini dihasilkan oleh seorang individu yang mencipta mesin taip pertama iaitu Christopher Sholes pada tahun 1870-an.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd