Now Reading
Sacoor Blue Tampil Dengan Koleksi Segak Sempena Tahun Baru Cina

Sacoor Blue Tampil Dengan Koleksi Segak Sempena Tahun Baru Cina

Koleksi Sacoor Blue untuk CNY ini akan membuatkan si pemakai tampak lebih kasual dan elegan pada masa yang sama.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Mulakan Tahun Naga yang penuh berkat ini dengan pilihan yang selesa dan bersahaja daripada Sacoor Blue untuk sambutan Tahun Baru Cina. Mix and match pakaian anda untuk mencipta gaya kasual pada Tahun Baru Cina ini sekaligus memberikan keselesaan sepanjang majlis-majlis reunion hingga Chap Goh Mei.


Sacoor Blue: Women’s Trendy Sleeveless Sweater

Koleksi Wanita Trendy Sleeveless Sweater menyerlahkan semangat gembira Tahun Baru dengan reka bentuk yang dipenuhi dengan warna merah dan pink.

Koleksi ini adalah tambahan yang menarik untuk mana-mana pakaian. Dengan reka bentuk trendy dan serba boleh, sweater tanpa lengan ini boleh dijadikan sebagai lapisan (layer) ataupun boleh juga digayakan bagi menerima penafasan yang maksimum.

Melambangkan keuntungan, Women’s Flower Sweater adalah knit jacquard yang tersedia dalam dua (2) warna yang memikat. Sweater yang selesa tetapi berkelas ini memaparkan reka bentuk bunga unik, dilengkapi dengan perincian kontras pada kolar dan hujung, sekaligus mencipta ‘statement’ yang elegan.


Sacoor Blue: Man’s Basic Polo Rugby

Dengan warna bordeaux yang kaya, Man’s Basic Polo Rugby mengekspresikan suasana perayaan di majlis-majlis Tahun Baru Cina.

Reka bentuknya terinspirasi oleh ragbi menampilkan kolar yang kukuh dan plaket berbutang, menawarkan daya tarikan yang autentik dan berprestij.

Manakala, tali pinggang berjalur menambah sentuhan rapi dan kemas, memastikan si pemakai sentiasa kelihatan smart dan yakin sepanjang hari. Men’s Crew Neck Sweater yang selesa ini akan membuatkan anda meraih pujian dan membolehkan anda bergerak secara bebas meskipun ketika anda sedang menikmati hidangan Tahun Baru (nak makan banyak pun no problem).

Jadi, untuk anda yang masih belum settle pakaian untuk CNY nanti, boleh shopping di Sacoor Blue je.

[Sacoor Blue]


Baca Juga: Suria KLCC Tampil Dengan Replika Naga 3D Sempena Tahun Baru Cina Tahun Ini

Baca Juga: Nobu KL Sambut Tahun Baru Cina 2024 Dengan Menu Khas Eksklusif


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd