Now Reading
TUMI Tampil Dengan Koleksi Alpha Menerusi Kempen ‘Essentially Beautiful’

TUMI Tampil Dengan Koleksi Alpha Menerusi Kempen ‘Essentially Beautiful’

Koleksi Alpha Hybrid baharu ini mempunyai fungsi pemegang X-Brace 45®, iaitu sistem teleskopik aluminium yang kukuh seperti pesawat di mana ianya sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak!

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebut sahaja jenama TUMI, dalam kepala automatik akan terfikir kesemua koleksi ‘sleek’ yang ditawarkan. Si pemakai akan secara automatik tampak lebih bergaya.

Berita baik untuk peminat jenama TUMI di luar sana, kali ini jenama kegemaran ramai ini memperkenalkan koleksi Alpha X dan Alpha Hybrid bertujuan memperkukuhkan semula perbezaan TUMI dengan reka bentuk unik dan terbukti berprestasi.


Koleksi Alpha TUMI

Jenama perjalanan dan gaya hidup antarabangsa, TUMI kini menawarkan koleksi produk Alpha melalui kempen Essentially Beautiful Musim Luruh 2023. Kempen ini mempamerkan butiran produk yang dicipta dengan teliti dalam koleksi Alpha X dan Alpha Hybrid.

Koleksi ini turut menonjolkan reka bentuk unik dengan lebih daripada 600 pattern TUMI dan design, selain menawarkan fungsi yang berbeza bagi mencipta beg yang bukan sahaja cantik, tetapi juga berprestasi.

Edisi terkini kempen Essentially Beautiful ini mengukuhkan semula DNA jenama TUMI. Dalam pada itu, TUMI turut menonjolkan inovasi produknya dengan bahan-bahan serta reka bentuk yang dicipta.

“Kami berterusan mendorong dan mengembangkan diri serta koleksi kami ke hadapan, mencipta produk berprestasi tinggi yang tidak hanya memenuhi tetapi melebihi keperluan pelanggan kami.

“Koleksi Alpha X tidak hanya berfungsi sebagai bukti kesetiaan kami yang teguh kepada ketepatan dan butiran tetapi juga mencerminkan usaha tanpa henti kami untuk kualiti yang berpanjangan di mana ia menjadi penambahan kepada koleksi asas kami iaitu Alpha,” jelas Victor Sanz selaku Pengarah Kreatif TUMI.


Koleksi TUMI Musim Autumn

Dikeluarkan pada musim luruh ini, Alpha X adalah koleksi beg yang sangat kukuh oleh TUMI serta dicipta untuk ketahanan lebih padu di mana 40 ujian ketahanan telahpun dilakukan.

Beg ini diperbuat dengan bahan PX6 tahan lama, menggabungkan kekuatan tinggi dan kestabilan termal yang unik

Beg ini juga mempunyai penampilan lebih baik, dengan gabungan luaran keras dan lembut, serta perkakasan berwarna gunmetal.

Koleksi Alpha Hybrid baharu ini mempunyai fungsi pemegang X-Brace 45®, iaitu sistem teleskopik aluminium yang kukuh seperti pesawat di mana ianya sesuai untuk anda yang sukakan aktiviti lasak!

Roda berganda tersembunyi yang digunakan dalam beg ini membuat perjalanan anda menjadi lebih lancar. Bukan itu sahaja, koleksi Alpha Hybrid TUMI ini juga menggabungkan reka bentuk asli Alpha dengan bahan FXT Ballistic Nylon serta kulit polikarbonat ringan dan tahan lama.

Untuk rekod, kempen kali ini turut menampilkan koleksi TEGRA-LITE® dan memberikan tumpuan kepada bahan Tegris® yang berprestasi tinggi.

Jatuh hati dengan koleksi Alpha dari TUMI ini, boleh check it out di TUMI.com!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd