[Eksklusif] “Saya Rasa Bersalah Buang Lampin Bayi Setiap Hari” – Pengasas Earth & Me Dedah Tercetusnya Idea Jenama Ini
Sebagai perbandingan, lampin buluh Earth & Me boleh terbiodegradasi sebanyak lebih daripada 61% dalam hanya 75 hari.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Para ibu di luar sana pasti ada perasaan serba salah bila setiap hari membuang lampin bayi yang terlalu banyak. Mana tidaknya, anak kecil selalunya akan menggunakan beberapa keping lampin setiap hari. Makin banyak minum susu, makin kerap lampin mereka perlu ditukar.
Kalau tak tukar, kasihan pula si manja tak selesa.
Dan keselesaan bayi adalah paling utama. Kalau mereka tak selesa dengan lampin dan keadaan sekitar, mereka pasti akan menangis sepanjang hari dan perkara itu akan membuatkan para ibu pening kepala.
Jadi, pendek kata; bayi kena sentiasa berada dalam keadaan selesa.
Earth & Me: Jenama Lampin dan Tisu Basah Mesra Alam
Earth & Me, jenama produk bayi mampan tempatan baharu di pasaran telah memperkenalkan lampin bayi buangan terpakai biodegradasi pertama di Malaysia. Lebih menarik, lampin jenama ini diperbuat daripada buluh organik.
Inovasi mampan Earth & Me bertujuan untuk mengatasi kesan alam sekitar yang membimbangkan disebabkan oleh lampin konvensional, yang merupakan salah satu penyumbang terbesar terhadap sisa plastik di seluruh dunia.
Lampin buangan akhirnya akan diletakkan di tapak pelupusan dan dianggarkan mengambil lebih dari 500 tahun untuk terurai. Sebagai perbandingan, lampin buluh Earth & Me boleh terbiodegradasi sebanyak lebih daripada 61% dalam hanya 75 hari.
“Kind To The Environment, Even Kinder To Babies”
Untuk rekod, buluh yang digunakan dalam lampin Earth & Me diperoleh daripada hutan buluh mampan dan dipilih secara teliti di China di mana ianya bebas racun serangga dan racun herba. Dengan ciri-ciri regeneratifnya, buluh adalah alternatif mampan yang tumbuh dengan pesat dan memerlukan kurang air semasa kitaran pengeluarannya berbanding tumbuhan lain.
Dengan menggunakan keupayaan breathability, lampin Earth & Me menyerap lebih banyak cecair berbanding lampin kapas. Malah, ia juga direka untuk keselesaan sepanjang hari dan juga untuk tidur malam.
Oleh kerana lampin ini lembut dan bersifat hipolergenik, serat buluh secara organik menyingkirkan kelembapan, mengurangkan iritasi kulit dan ruam pada kulit bayi anda.
Pengasas Earth & Me, Michelle Teh Dedah Kebangkitan Jenama Ini
Menerusi satu interview eksklusif bersama The Rakyat Post (TRP), Michelle Teh selaku Pengasas jenama Earth & Me telah berkongsi serba sedikit cerita dan kisah di sebalik kewujudan jenama tempatan baharu ini.

#1. Bolehkah anda berkongsi sedikit tentang perjalanan peribadi anda sebagai seorang peniaga sendiri (mumpreneur) dan apa yang memberi inspirasi kepada anda untuk menubuhkan Earth & Me?
Beberapa tahun yang lalu, setelah menyambut kelahiran anak pertama, saya membuat keputusan untuk meninggalkan pekerjaan saya dan menjadi seorang suri rumah tangga.
Saya mendapati diri saya membuang banyak lampin dan kain lap setiap hari dan mempunyai perasaan bersalah jadi ini telah mendorong saya untuk memulakan penyelidikan untuk mencari cara bagaimana kita boleh mengurangkan jejak karbon. Dan begitulah terhasil Earth & Me, sebuah jenama produk untuk kanak-kanak.
Matlamat utama Earth & Me adalah untuk memberikan pendidikan dan panduan kepada pengguna, khususnya ibu bapa, dalam memilih produk untuk anak-anak mereka dengan kesedaran ekologi, pada masa yang sama untuk menyediakan keperluan bayi yang paling selamat dan berkualiti tinggi kepada ibu bapa.
#2. Apakah cabaran utama yang anda hadapi dalam membangunkan jenama Earth & Me, dan bagaimanakah anda mengatasinya?
Salah satu cabaran yang saya hadapi ialah untuk seimbangkan masa antara keluarga dan perniagaan saya. Kini, saya mempunyai dua orang anak dan saya masih utamakan masa dan momen yang berkualiti dengan mereka.

Dari segi perniagaan, cabaran yang ketara ialah bagaimana saya ingin beroperasi. Saya mempunyai latar belakang dalam sains alam sekitar, yang tidak memberikan saya pengetahuan yang luas dalam bidang perniagaan. Untuk menangani jurang ini, saya mempunyai rakan sepasukan yang mempunyai kepakaran dalam pemasaran khusus untuk memacu jualan dan mengurus pelbagai aspek perniagaan.
Cara ini membolehkan saya mempunyai lebih masa bersama keluarga.
Walaupun ia mungkin kelihatan seperti tugas yang sukar, mengambil langkah proaktif dan merealisasikannya adalah sangat penting. Saya percaya dengan niat yang baik untuk kebaikan generasi akan datang dan dan alam sekitar kita, dengan iman & ketabahan, ia akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
#3. Ibu bapa sering bergelut dengan membuat pilihan terbaik mengenai produk penting untuk anak-anak mereka. Bagaimanakah Earth & Me memudahkan proses membuat keputusan tersebut?
Earth & Me sentiasa mengamalkan ketelusan dalam memberikan maklumat kepada ibu bapa. Kami percaya bahawa ibu bapa harus dimaklumkan dengan baik tentang ramuan, sumber bahan dan amalan dalam menghasilkan produk kami.

Kami sentiasa menyediakan kandungan pendidikan kepada ibu bapa tentang cara menerajui keibubapaan yang hijau dan mampan. Melalui ini, ibu bapa dilengkapi dengan pengetahuan untuk membuat keputusan yang lebih baik apabila memilih barangan keperluan bayi yang selamat, berkualiti dan pada masa yang sama lebih mesra kepada alam sekitar.
#4. Earth & Me komited terhadap kemampanan tanpa menjejaskan kualiti produk. Bolehkah anda menerangkan apa yang membezakan produk penjagaan bayi anda daripada pilihan konvensional di pasaran?
Lampin dan kain lap Earth & Me mementingkan alam sekitar dan diperbuat daripada bahan mampan seperti buluh dan pulpa kayu tanpa klorin daripada hutan yang diurus secara lestari.
Lampin kami terbiodegradasi sehingga 61% dalam masa 75 hari sahaja, manakala kain lap (wet tissue) kami mencapai 100% biodegradasi dalam masa 45 hari sahaja.

Selain itu, produk-produk Earth & Me juga diproses tanpa menggunakan bahan kimia untuk memastikan ia selamat untuk alam sejagat dan kulit bayi yang sensitif.
#5. Bolehkah anda huraikan bahan dan amalan penyumberan yang Earth & Me gunakan dalam semua produk dan implikasi alam sekitar menggunakan bahan terbiodegradasi dalam penjagaan bayi?
Earth & Me mengutamakan penggunaan bahan terbiodegradasi dan pilihan ini bukan sahaja sejajar dengan komitmen kami terhadap kemampanan tetapi juga mempunyai implikasi alam sejagat yang ketara.

Dengan memilih bahan terbiodegradasi seperti menggunakan 100% pembungkusan kitar semula, kami secara aktif mengurangkan jejak karbon yang bagi saya amat penting sebagai ibu bapa yang mementingkan alam sekitar.
Produk penjagaan bayi tradisional selalunya bergantung pada bahan plastik tidak mudah rosak yang mempunyai kesan berpanjangan terhadap alam sekitar. Sebaliknya, bahan terbiodegradasi terurai secara semula jadi dari masa ke semasa, mengurangkan beban di planet kita.
Cara pendekatan ini membolehkan kami menyediakan ibu bapa dengan produk yang bukan sahaja memberi manfaat kepada bayi mereka tetapi juga menyumbang kepada kesihatan persekitaran.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.