The George Penang by The Crest Collection: Kemewahan Bertemu Warisan
Setiap sudut The George Penang mencerminkan dedikasi terhadap kemewahan dan citarasa sebenar.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
The Ascott Limited (Ascott), sebuah entiti penginapan yang dimiliki sepenuhnya oleh CapitaLand Investment kini memperkenalkan penambahan baharu dalam Koleksi eksklusif mereka: The George Penang.
Terletak di tengah-tengah bandar George Town, Pulau Pinang, ciptaan sejarah ini bakal menghadirkan konsep hospitaliti mewah dengan sentuhan unik warisan dan unsur kontemporari serta elegan.

The George Penang
The George Penang telah pun menjadi ikon terkenal dan dihargai oleh kerana reka bentuknya yang elegan dan lokasi unik di tengah-tengah George Town, Pulau Pinang.


Dengan 92 bilik dan suite eksklusif, hotel ini telah menjunjung reputasi sebagai destinasi butik 5 bintang yang menawarkan hiasan butik yang klasik dan kontemporari dan pastinya memikat pengunjung tempatan dan pelancong antarabangsa.
The George Penang: Mewah & Moden
Setiap sudut The George Penang mencerminkan dedikasi terhadap kemewahan dan citarasa sebenar.

Pendek kata, kalau nak ‘healing’ pun sesuai di The George Penang ini.
Tetamu juga boleh memulakan perjalanan gastronomi; menggabungkan budaya serta menawarkan hiasan rasa yang kaya.
Bukan itu sahaja, lokasi utama The George Penang menawarkan akses mudah ke tapak sejarah Georgetown. Para pengunjung boleh meresapi warisan kaya Tapak Warisan Dunia UNESCO ini, meneroka seni bina di zaman kolonial dan seni jalanan.
Ascott Malaysia Ingin Santuni Pelancong


Ascott Malaysia mengalu-alukan para pelancong untuk merasai sendiri gabungan unik antara kemewahan dan warisan di The George Penang yang merupakan sebahagian daripada Koleksi Crest oleh Ascott Malaysia.
The George Penang menawarkan percutian yang bakal meninggalkan kesan yang sukar dilupakan, memadukan daya tarikan warisan dengan elegan kontemporari.
Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.