Now Reading
Bata Perkenal Koleksi Baharu Lebih Stylish & Versatil Untuk Sneaker Fest 23. Anna Jobling Pun Pakai!

Bata Perkenal Koleksi Baharu Lebih Stylish & Versatil Untuk Sneaker Fest 23. Anna Jobling Pun Pakai!

Dipimpin oleh selebriti terkenal, Aedy Ashraf dan Anna Jobling, kempen Bata kali ini adalah untuk meraikan kebebasan bagi merangkul pelbagai gaya dan juga personaliti ‘kaki sneakers’ di luar sana.

bata sneaker fest 23

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila sebut sahaja jenama kasut Bata, pasti ramai akan teringat zaman dahulu kala di mana jenama ini sentiasa menjadi pilihan ramai. Kiranya Bata ini merupakan kedai yang akan kena serbu bila waktu cuti sekolah ataupun jika musim masuk persekolahan.

Nak beli kasut berjalan ke, kasut sekolah ke, semuanya di Bata.

Lejen sungguh!


Bata Kekal Jadi Pilihan #1 Rakyat Malaysia. Perkenal Lebih Banyak Pilihan Menarik Untuk Sneaker Fest 23!

Bata terus memukau ‘kaki kasut’ di luar sana dengan Sneaker Fest 23 di mana lebih banyak koleksi ekslusif direka khas untuk memenuhi pelbagai gaya buat setiap individu yang gemar mengumpul kasut.

Tambahan pula, Bata secara kreatif mengintegrasikan produknya untuk memenuhi komuniti streetwear kontemporari dengan pelbagai gaya unik, warna lebih berani, dan reka bentuk inovatif yang sesuai untuk pelbagai majlis.

Dipimpin oleh selebriti terkenal, Aedy Ashraf dan Anna Jobling, kempen ini meraikan kebebasan untuk meluahkan serta merangkul pelbagai gaya dan juga personaliti si pemakai.

Bata telah menjadi nama harian bagi kasut di Malaysia selama bertahun-tahun, dan kami berazam untuk mengekalkan warisan itu dengan terus menyesuaikan diri dengan gaya yang berkembang dan berhubung dengan generasi baru peminat Bata. Oleh itu, Sneaker Fest Bata tahun ini adalah tentang meraikan pelbagai gaya dan personaliti anda. Dengan lebih dari seratus jenis sneaker yang berbeza untuk ditawarkan, Bata mempunyai sepasang kasut untuk setiap individu, dan untuk setiap ahli keluarga.

Vaibhav Manrao, Pengurus Bata Malaysia.

Sneaker Fest 23 Menampilkan Lebih 100+ Kasut Untuk ‘Kaki Sneakers’

Untuk musim kali ini, Sneaker Fest 23 menampilkan lebih dari 100+ kasut sneakers dari pelbagai jenama dalam portfolionya seperti Power (kasut prestasi), North Star (kasut gaya hidup), Weinbrenner (kasut luaran), dan Bubblegummers (kasut kanak-kanak).

Sneaker Fest membuat kemunculan perdana tahun lalu di SneakerLAH iaitu acara sneaker terbesar di Malaysia yang membawa bersama beberapa nama paling berpengaruh dalam komuniti sneakerhead.

Bermula dari kasut fungsional dalam rangkaian Power hingga reka bentuk yang lebih fesyen dari jenama North Star, Sneaker Fest Bata 23 memiliki segalanya untuk anda.

Para penggemar sneakers juga ditawarkan dengan lebih banyak pelancaran dari bulan Ogos hingga Oktober sebagai sebahagian daripada Sneaker Fest 23 Bata.

Sementara itu, korang semua juga dialu-alukan untuk menerokai koleksi kasut sneakers di kedai-kedai BATA seluruh negara sama ada di laman web Bata, Shopee (Kedai Rasmi Bata), Lazada (Kedai Utama Bata), dan ChatShop.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd