Now Reading
Karya ‘ATMA KIRANA’ Hiasi Balai Seni Negara

Karya ‘ATMA KIRANA’ Hiasi Balai Seni Negara

Atma Kirana diterjemahkan melalui Bahasa kuno Melayu atau Sanskrit sebagai “jiwa yang indah”.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Balai Seni Negara menerusi Pameran Hanya Satu (Single) membawakan karya bertajuk ‘ATMA KIRANA‘ oleh Abdul Shakir atau lebih dikenali sebagai Grasshopper bermula hari ini (9 Ogos 2023) di ruang lobi bangunan Galeri Balai Seni Negara.

Grasshopper merupakan seorang artis multimedia terkenal di Malaysia yang sering menghasilkan karya seni digital dan interaktif.


ATMA KIRANA

ATMA KIRANA merupakan sebuah eksplorasi seni mendalam dan menekankan rukun negara sebagai subjek utama. Atma Kirana diterjemahkan melalui Bahasa  kuno Melayu atau Sanskrit sebagai “jiwa yang indah”.

Ia merupakan koleksi visual digital yang dipersembahkan melalui lima variasi bunga motif berdasarkan prinsip rukun negara iaitu Percaya, Setia, Luhur, Adil dan Baik.

Karya ini memberi kesan animasi melalui bentuk dan cahaya menakjubkan dipamerkan menerusi koreografi instalasi daripada 100 panel LED tergantung yang diletakkan dengan teratur bagi membolehkan orang ramai melihat karya ini dari pelbagai sudut pandang dan seterusnya dihayati.

Selain itu, bagi melahirkan komitmen terhadap kelestarian alam, panel LED yang digunakan bagi pameran ini terdiri daripada panel yang dikitar semula daripada papan iklan di sekitar bandar.

ATMA KIRANA disokong oleh Yayasan TM (YTM) melalui ‘Digital Tech Incubator Programme (DTI)’. ATMA KIRANA turut dijayakan oleh Pixel World, Helio Media, iNYALA, Filamen, PORT Ipoh, Converse Malaysia, dan RUBIX Communications.

Dalam pada itu, beberapa program sokongan seperti sesi perkongsian oleh artis serta bengkel bakal diadakan bagi meraikan pameran ini.

Justeru, seiring dengan sambutan kemerdekaan dan Hari Malaysia yang bakal menjelang, Balai Seni Negara menjemput orang ramai melawat karya seni yang menerapkan nilai dan prinsip rukun negara agar ianya dapat dihayati dan dijadikan amalan dalam kehidupan seharian.

Pameran ini dibuka kepada orang ramai sehingga 30 Oktober 2023 dan masuk adalah percuma. Untuk maklumat lanjut, layari www.artgallery.gov.my atau ikuti media sosial rasmi Balai Seni Negara.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2021 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd