Now Reading
Pavilion KL Anjur Tayangan Perdana Gala Filem Barbie. Ada ‘Barbie Lane’ Terpanjang & Popup Untuk Bergambar!

Pavilion KL Anjur Tayangan Perdana Gala Filem Barbie. Ada ‘Barbie Lane’ Terpanjang & Popup Untuk Bergambar!

Tayangan Perdana Gala ‘Barbie’ di Pavilion KL diraikan dengan kehadiran bintang-bintang, selebriti tempatan, influencers, dan para pengamal media pada 18 Julai lalu di Dadi Cinemas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hi Barbie!

Filem ‘Barbie’ telah mencetuskan fenomena apabila ianya telah menjadi topik paling hangat diperbicarakan sejak akhir-akhir ini di media sosial. Malah, gelombang merah jambu ini boleh dilihat di mana-mana sahaja.

Di laman Twitter sahaja memang ramai yang sedang membicarakan tentang ‘Barbie’. Dan setakat ini, 2.4 juta tweet dalam masa empat (4) hari hanya membicarakan tentang ‘Barbie’.

Seriously? YES, Barbie.


Pavilion KL Anjur Tayangan Perdana Gala Filem Barbie Pada 18 Julai, Terima Sambutan Hangat

Pavilion Kuala Lumpur, destinasi membeli-belah utama di Malaysia, baru sahaja menganjurkan Tayangan Perdana Gala filem yang sangat dinanti-nantikan ‘Barbie’ pada 18 Julai 2023 lalu. Acara ini menjadi permulaan rasmi bagi fenomena ‘Barbie’, dan seperti sedia maklum bahawa filem tersebut telah mula ditayangkan di pawagam pada 20 Julai 2023.

Tayangan Perdana Gala ‘Barbie’ di Pavilion KL diraikan dengan kehadiran bintang-bintang, selebriti tempatan, influencers, dan media yang berkumpul di pusat membeli-belah ini di mana kesemua hadir berpakaian merah jambu yang bergaya untuk menyaksikan tayangan pertama filem ‘Barbie’ di Dadi Cinemas.

Oh! Pavilion KL turut melancarkan karpet merah jambu tau. Ya, PINK!

Orang ramai boleh berjalan di ‘Barbie Lane’ Terpanjang sambil mengambil gambar di Barbie Popup Display yang menakjubkan di level 3, Connection bermula hari ini sehingga 31 Julai 2023 nanti! 💖

#LovePavilion #PavilionKL15thAnniversary


Filem Barbie

Margot Robbie menceritakan pengalamannya semasa berada di sesi latihan (rehearsal) untuk filem Barbie ini di mana dia mengalami ‘existential crisis‘.

Walau bagaimanapun, dialog dari watak rakan sebarisnya, America Ferrera, adalah apa yang dia perlukan ketika memegang watak patung ikonik itu dan sebagai pengeluar filem bernilai AS$145 juta (RM661 juta), lapor Malay Mail.

Barbie terjun ke dalam dunia merah jambu boneka Mattel yang terkenal di seluruh dunia, dipimpin oleh Warner Bros dan diarahkan oleh Greta Gerwig iaitu calon Anugerah Akademi atas pengarahannya dalam filem Lady Bird pada tahun 2017.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd