[Video] Ustaz Don Perjelas Apa Perlu Umat Islam Buat Ketika Menjelang Awal Muharram
Umat Islam digalakkan untuk menutup dan membuka semula buku amalan pada awal serta penghujung tahun bulan Hijrah dengan perkara yang baik.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Awal Muharram atau sambutan Maal Hijrah merupakan permulaan Tahun Baru Islam yang menandakan hari pertama dalam bulan Muharram.
Awal Muharram pada tahun 2023 secara rasminya akan menjadi tahun ke-1445 sejak kalendar Islam bermula apabila Nabi Muhammad SAW dan umatnya berhijrah dari Mekah ke Madinah di Arab Saudi pada tahun 639 Masihi.
Kalendar Hijrah Islamiah adalah kalendar berasaskan bulan yang dicerap mengikut fasa-fasa bulan serta terdiri daripada 12 bulan antara 29 hingga 30 hari. Jumlah keseluruhan menjadikannya antara 354 dan 355 hari dalam setahun.
Penghitungan ini membezakannya daripada kalendar moden Gregorian berasaskan matahari yang terdiri antara 365 hingga 366 hari dalam setahun.
Kebanyakan negara di dunia termasuk Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia mengumumkan cuti kebangsaan bagi sambutan Maal Hijrah ini.
Di Malaysia, Awal Muharram telah diwartakan dan diraikan sebagai salah satu daripada 12 cuti umum kebangsaan mulai 1995 mengikut Akta Cuti 1951 (Akta 369).
BACA JUGA: Isnin, Selasa, Rabu… Rupanya Nama Hari Dalam Seminggu Inspirasi Dari Bahasa Arab

Apa Perlu Buat Ketika Masuk Tahun Baharu Dalam Kalendar Islam?
Apabila masuknya tahun baharu dalam kalendar Islam, pelbagai amalan baik yang digalakkan untuk dilakukan oleh umat Islam.
Menerusi video yang dimuat naik oleh Ustaz Don Daniyal di laman TikTok (@mahabbaten), penceramah bebas ini menjelaskan sehari sebelum masuknya bulan Muharram 1445 Hijrah adalah penghujung bagi tahun 1444 Hijrah.
Dalam tempoh tersebut, ada satu kelebihan yang perlu dikejar oleh setiap umat Islam.
Berdasarkan satu hadis daripada Nabi Muhammad SAW, Allah SWT bertanya kepada malaikat yang membawa naik buku amalan kita ‘Hai malaikat tengok muka surat awal buku dia dan tengok muka surat akhir buku dia’. Kalau dua-dua baik, maka Allah akan kata ‘Aku ampunkan kesemua di antara dua perkara baik ini. Wahai malaikat bersaksilah kamu’.
Penceramah bebas, Ustaz Don Daniyal.
Jelas Ustaz Don Daniyal lagi, pengampunan oleh Allah SWT ini menjadi petunjuk mengapa umat Islam digalakkan untuk memperbanyakkan amalan baik ketika di hujung tahun kalendar Islam.
Dengan cara memperbanyakkan amalan soleh, buku amalan kita dapat ditutup dengan perkara baik dan dimulakan juga tahun baharu dengan perkara baik.
Apabila baik kedua-dua permulaan dan penghujung tahun, Allah SWT akan mengampunkan di antara kedua-duanya.
@mahabbaten [ 1444 HIJRAH ] Sabda Rasulullah SAW kepada Abi Fatimah al-Dhumari RA: عَلَيْكَ بِالْهِجْرَةِ فَإِنَّهُ لاَ مِثْلَ لَهَا Maksudnya: “Hendaklah kamu berhijrah kerana ia tiada tandingannya.” – Riwayat al-Nasaie – Ini menunjukkan betapa kedudukan Hijrah diangkat oleh Baginda SAW seolah-olah tiada tandingannya. Hal ini dengan jelas membuktikan pengorbanan yang terpaksa dilalui oleh golongan yang melakukan hijrah sangat besar. .: Hanya Kerana Cinta Nya :. #umrah #mahabbaten #ustazdondaniyal #ustdonadatravel #ustdon #mekkahmadinah #umrah2023 #umrahustazdon #umrahmahabbaten #ustazdon #salammaalhijrah #maalhijrah #awalmuharram ♬ bunyi asal – Mahabbaten by Don Daniyal – Mahabbaten by Don Daniyal
Amalan Yang Boleh Dilakukan Dalam Bulan Muharram
Tahun baharu Hijrah iaitu pada 1 Muharram 1445H akan tiba pada esok hari (19 Julai), oleh itu umat Islam digalakkan untuk melakukan amalan soleh seperti:
- Membaca surah Yassin
- Berpuasa sunat pada hari terakhir bulan Zulhijjah
- Membaca doa akhir tahun pada penghujung waktu Asar
- Membaca doa awal tahun setelah masuk waktu Maghrib
- Berpuasa sunat pada Hari Tasu’a pada 9 Muharaam
- Berpuasa sunat pada Hari ‘Asyura pada 10 Muharram.
Doa Akhir Tahun Bulan Hijrah

Doa Awal Tahun Bulan Hijrah

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.