Now Reading
Produk Penjagaan Kulit, Murad Tampil Dengan Retinal ReSculpt Overnight Treatment Untuk Rawat Kulit Kendur

Produk Penjagaan Kulit, Murad Tampil Dengan Retinal ReSculpt Overnight Treatment Untuk Rawat Kulit Kendur

Murad Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment ini mampu untuk memperbaiki kulit kendur secara efektif menggunakan retinol iaitu salah satu bentuk Vitamin A yang paling berkesan.

Murad Retinal ReSculptâ„¢ Overnight Treatment

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sering terganggu dengan masalah kulit wajah yang semakin hilang keanjalannya?

Mesti anda terfikir untuk ‘menegang’ dan menghaluskan kulit, kan? Bukan itu sahaja, kedutan dan lipatan di bahagian leher juga amatlah menganggu sebenarnya.

Tahukah anda, struktur asas kulit juga semakin rosak dari semasa ke semasa. Inilah yang dipanggil penuaan di mana proses semulajadi yang merampas keremajaan dan daya tahan kulit. Kulit kemudiannya memperbaharui pada kadar yang lebih perlahan dari sebelumnya.

Terdapat juga kerosakan yang disebabkan oleh matahari, perubahan berat badan, dan beberapa faktor lain yang menyebabkan kulit mula kehilangan keanjalan.


Murad Perkenal Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment Untuk Bantu Atasi Masalah Kulit Wajah

Jenama Murad amat dipercayai dalam merawat masalah kulit dengan produk yang selamat dan terbukti secara klinikal. Murad membantu wanita dengan memperkenalkan Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment.

Produk ini mampu untuk memperbaiki kulit kendur secara efektif menggunakan retinol iaitu salah satu bentuk Vitamin A yang paling berkesan.

Produk ini telah terbukti secara klinikal dalam menangani tanda-tanda utama penuaan dengan memulihkan penampilan leher yang kendur. Ia membantu memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit dengan menghaluskan kedutan dan mengembalikan ketebalan kulit yang semakin menipis seperti kertas krep.

Teknologi yang digunakan dalam produk ini diadaptasi dan disesuaikan daripada aplikasi farmaseutikal, yang membolehkan Rawatan Malam Retinal ReSculp memberikan kestabilan yang ditingkatkan dan penghantaran yang ditargetkan ke dalam lapisan kulit. Bahkan, keberkesanan produk ini adalah 2.5 kali ganda berbanding dengan retinol biasa, namun ia masih lembut pada kulit.

Pengarah Pendidikan Asia Pasifik Murad, Katy Bacon.

Bukan itu sahaja, produk rawatan kulit ini juga mengandungi ramuan “next-generation” seperti ekstrak bunga ‘Kangaroo Paw’ dan daun zaitun yang membantu meningkatkan keanjalan, mengurangkan kedutan halus, dan menyokong daya tahan kulit.

Ia juga mengandungi ekstrak oat dan alpha glucan membantu meningkatkan kelembapan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit.


Kesan Dalam Masa 2 Minggu

Kesan yang dapat dilihat sangat dramatik. Hanya dalam tempoh dua minggu, penampilan kulit yang kendur, berkedut, dan tidak sekata akan kelihatan lebih kemas, lembut, dan halus.

Transformasi kulit ini akan semakin baik jika produk digunakan secara berterusan selama kira-kira empat minggu. Formulanya yang berkhasiat sesuai untuk kulit seimbang, berminyak, kering, atau kombinasi, akan membuatkan kulit anda terasa lebih kemas, lembut, dan lembap.

Terkenal dengan Retinol Youth Renewal Serum yang klasik yang memberikan penambahbaikan yang nyata pada tanda-tanda penuaan ringan hingga sederhana, produk Murad yang terbaharu Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment akan memberikan hasil yang dipertingkatkan dan faedah pemulihan untuk tanda-tanda penuaan yang lebih serius, sambil menyihatkan dan memulihkan lapisan perlindungan kulit.


Pengarah Murad Malaysia, Jason Choy.

Murad’s Retinal ReSculpt™ Overnight Treatment akan berada di pasaran bermula 1 Jun 2023 di semua cawangan Murad. Produk ini dijual pada harga RM598.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd