Ingin Bercuti & ‘Rejuvenate’? Ini 10 Lokasi Menarik Sekitar Asia Sesuai Untuk Sesi Tenangkan Jiwa
Platform dalam talian iaitu Agoda telah menyediakan senarai 10 pilihan tempat penginapan unik, menakjubkan, dan digemari oleh pengembara serta mempunyai ciri tersendiri yang luar biasa.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Apabila sudah seharian bekerja, pastilah akan ada suatu tahap di mana anda menginginkan masa untuk diluangkan bersama keluarga, mahupun bersendirian. Dan solusi paling mudah adalah; bercuti.
Dapat merehatkan dan menenangnya minda dalam masa yang sama.
Relax, rejuvenate, dan reset, orang putih kata. 😉

Tapi persoalannya, di manakah lokasi menarik untuk diterokai?
Ha, jangan bimbang sebab platform dalam talian iaitu Agoda telah menyediakan senarai 10 pilihan tempat penginapan unik, menakjubkan, dan digemari oleh pengembara serta mempunyai ciri tersendiri yang luar biasa.
Paling menarik, harga sesuai dengan bajet.
10 Lokasi Menarik Untuk Tenangkan Jiwa & Bercuti
#1. Shipping Container Hotel, Haw Par Villa, Singapura.

Frasa berkenaan kecantikan sebenar terserlah dari dalam, dan ini sememangnya dapat definisikan bagi tempat penginapan kegemaran Singapura ini.
The Shipping Container Hotel @ Haw Par Villa memberikan gambaran seperti namanya: sebuah kontena kapal yang telah diubah suai menjadi bilik hotel.
Lebih menarik, bahagian dalamannya adalah nyaman dan selesa. Pengalaman menginap di hotel ini memang cukup bagus sehingga ia memperoleh penarafan 9/10 dalam kategori ‘Berbaloi dengan Harga’.

- Singapura: Shipping Container Hotel @ Haw Par Villa
- Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.0T
- Kadar bilik: RM 850.50
#2. Smarana Hanoi Herritage, Hanoi, Vietnam.

Keindahan hotel ini sudah pastinya akan membuatkan anda tersenyum sebelum anda menjejakkan kaki ke dalamnya. Bangunan Hotel Smarana Hanoi Heritage berwarna ceria, dihiasi tumbuh-tumbuhan dan menampilkan balkoni ala Perancis yang menawan.
Sebaik sahaja berada di dalam, anda sememangnya akan jatuh cinta sepenuhnya dengan ciri-cirinya yang asli, bergaya dan menawan. Semuanya terasa sempurna.
Ia sesungguhnya sebuah hotel 5 bintang yang unik dengan harga yang berpatutan di lokasi utama Hanoi.

- Hanoi, Vietnam: Smarana Hanoi Heritage
- Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.2
- Kadar bilik: RM 340.04
#3. Feel Good Bangkok Hostel, Bangkok, Thailand.

The Feel Good Hostel & Café merupakan satu-satunya hostel dalam senarai ini dan sememangnya layak untuk disenaraikan. Ulasan daripada para tetamu menyatakan bahawa hotel ini mempunyai katil selesa, bilik yang bersih, layanan bagus, dan lokasi hebat.
Ia adalah berhampiran Jalan Kao San yang menjadi kegemaran pengembara beg galas dan juga Istana Besar di seberang sungai Chao Phraya. Bagi mereka yang inginkan privasi, bilik dengan bilik mandi persendirian juga disediakan dengan harga kurang daripada RM 117.46 bagi satu malam.

- Bangkok, Thailand: Feel Good Bangkok Hostel
- Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.8
- Kadar bilik: RM 113.13 (dengan bilik air persendirian)
#4. KLoe Hotel, Kuala Lumpur.

KLoe Hotel telah diiktiraf sebagai pilihan utama di Kuala Lumpur oleh para pelanggan Agoda tahun lepas. Lihatlah imej hotel ini di Agoda dan anda akan memahami sebab penginapan ini menjadi pilihan ramai.
Hotel butik ini diposisikan sebagai hab nomad kreatif dan banyak memberi tumpuan kepada reka bentuk dalamannya, memastikan halaman tengah dan laluan pejalan kaki terbuka dapat mencetuskan kreativiti bagi setiap tetamu yang menginap di sini.
Dengan adanya bilik khas untuk membaca, mendengar, dan melukis, hotel ini memberikan ruang kepada pengkarya untuk menyerlahkan potensi mereka. Dan bagi para penulis yang ketandusan idea, masalah ini dapat diselesaikan dengan meluangkan masa seketika di dalam kolam renang di halaman hotel ini.

- Kuala Lumpur, Malaysia: KLoe Hotel
- Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.2
- Kadar bilik: RM 392.35
#5. Seda Residences Makati, Manila, Filipina.

Dengan lokasi yang strategik di Ayala Avenue, Seda Residences Makati memang layak mendapat pengiktirafan ‘Berbaloi dengan Harga’. Hotel empat bintang yang memancarkan kelas ini sesuai untuk mereka yang inginkan penginapan dengan suasana yang tenang di Filipina.
Anda akan berasa seperti di rumah sendiri di dalam bilik yang selesa dan pastinya akan terpesona dengan pemandangan yang tiada tandingannya dari Sky Lobby di Tingkat 19 atau bar bumbung di tingkat 35.

- Manila, Filipina: Seda Residences Makati
- Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.2
- Kadar bilik: RM 392.35
#6. Nogha Hotel Akihabara, Tokyo, Jepun.

Nogha Hotel Akihabara memberikan fokus terhadap rekaan dalaman yang ditampilkan dalam hotel ini termasuk dari ruang legar sehinggalah benda-benda yang kecil seperti reka bentuk lampu katil dan kepala pancuran air di bilik mandi.
Hotel ini mendapat markah lebih tinggi daripada 99% tempat penginapan yang lain di Tokyo, bukan sahaja dari segi ‘berbaloi dengan harga’, malah juga dalam aspek kebersihan serta layanan perkhidmatannya.
Lokasinya hebat dengan adanya restoran dan stesen kereta api yang berhampiran, tetapi anda pasti gembira untuk meluangkan masa dalam tempat penginapan bandar ini.

- Tokyo, Jepun: Nogha Hotel Akihabara
- Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.4
- Kadar bilik: RM 844.86
#7. Union Hotel, Seoul, Korea Selatan.

Perkara pertama yang akan anda perhatikan tentang Union Hotel di Seoul yang baru diubah suai ialah betapa semua warga kerja di hotel mengambil berat tentang tempat tersebut.
Mereka amat berbangga dengan reka bentuk moden hotel yang indah ini dan sentiasa memastikan bilik serta kemudahan bersih berkilauan. Selain pusat kecergasan, hotel ini juga mempunyai sebuah taman, bilik yoga, pusat golf dalaman dan juga gelanggang tenis tertutup! Nikmati semua kemudahan ini dengan kadar bilik yang serendah 3000 THB (RM392) untuk satu malam.

- Seoul, Korea Selatan: Union Hotel
- Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.1
- Kadar bilik: RM 392.35
#8. Desa Hay Canggu, Bali, Indonesia.

Dengan kadar bilik RM1,469.32 untuk satu malam, pusat peranginan Desa Hay Canggu di Bali mungkin tidak sesuai dengan bajet semua orang, tetapi jika anda ingin memanjakan diri dengan berbelanja lebih, anda pastinya akan memperolehi satu pengalaman yang dikatakan luar biasa di hotel ini.
Ia diberi penarafan 10/10 ‘berbaloi dengan harga’ oleh lebih seratus tetamu hotel yang disahkan, satu skor yang sempurna. Bilik-biliknya adalah luas dan sesetengahnya dilengkapi dengan kolam renang persendirian.
Ia juga mempunyai sebuah padang golf serta pemandangan indah dari taman yang rimbun, kolam yang tenang dan juga sawah padi di luar pusat peranginan ini. Tempat penginapan ini amat disyorkan untuk dijadikan destinasi percutian romantis.

- Bali, Indonesia: Desa Hay Canggu
- Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 10
- Kadar bilik: RM 1,458.24
#9. Casa Severina, Goa, India.

Casa Severina telah dianugerahkan sebagai ‘pilihan utama’ di Goa pada tahun lepas dalam segmen hotel bertaraf 3 bintang. Tahap perkhidmatan yang luar biasa banyak menyumbang kepada penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’ bagi Hotel Severina.
Begitu juga dengan suasana halaman yang indah, kolam renang dan kemudahan kecergasan. Tidak lupa dengan lokasinya yang berhampiran dengan pantai.
Semua ini boleh dinikmati dari keselesaan bilik yang seluas 40m2 dan dilengkapi dengan katil bersaiz king dan balkoni. Memang berbaloi dengan harganya!
- Goa, India: Casa Severina
- Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.1
- Kadar bilik: RM 209.25
#10. Cho Hotel 3, Taipei, Taiwan.

Sudah pastinya anda akan jatuh cinta dengan Cho Hotel 3 yang terletak di tengah-tengah Taipei serta berhampiran dengan tempat-tempat menarik, pengangkutan awam dan sebagainya.
Para tetamu yang pernah menginap di sini menggelarkannya sebagai ‘rumah yang jauh dari rumah’ (home away from home). Hotel ini mempunyai sebuah piano di ruang legar, dinding yang dipenuhi dengan lukisan dan mesej daripada tetamu terdahulu, dan juga ruang istirahat yang menawarkan air mineral dan mi segera dengan percuma.
Pekerja hotel di kaunter penyambut tetamu yang mesra dan fasih berbilang bahasa menguatkan lagi kedudukan Cho Hotel 3 sebagai sebuah hotel kegemaran pelancong.
- Taipei, Taiwan: Cho Hotel 3
- Penarafan ‘Berbaloi dengan Harga’: 9.2
- Kadar bilik: RM 396.93
Nota Kaki.
Sekadar rekod, penarafan kategori ‘Berbaloi dengan Harga’ – dipilih daripada ulasan pelanggan dengan skor 9+ kadar bilik dan imej diperoleh daripada Agoda.com antara 25-27 April 2023 untuk tempahan penginapan di bulan Mei 2023.
Harga mungkin berubah mengikut ketersediaan dan tarikh perjalanan.
Kadar bilik adalah berdasarkan kadar pertukaran semasa 0.13 berbanding Baht Thailand.
Selamat bercuti! 😉

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.