Now Reading
Suka Makan Bubur Lambuk? Ini Sejarahnya Yang Ramai Tak Tahu

Suka Makan Bubur Lambuk? Ini Sejarahnya Yang Ramai Tak Tahu

Hidangan Bubur Lambuk ini kebiasaannya diagihkan oleh pihak masjid atau surau ketika bulan Ramadan.

Suka Makan Bubur Lambuk? Ini Sejarahnya Yang Ramai Tak Tahu

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali tiba bulan Ramadan, ramai yang akan mencari hidangan Bubur Lambuk kerana menu ini boleh dikatakan agak popular sepanjang bulan puasa.

Malah ada juga beberapa masjid dan organisasi yang memberi sedekah Bubur Lambuk kepada orang ramai sepanjang bulan Ramadan.

Bubur Lambuk ini berbeza dengan bubur nasi biasa kerana ia mempunyai rasa rempah dan isinya yang lebih ‘umph’. Dimakan pula ketika masih panas, memang lagi berselera dan bertambah-tambah.


Sejarah Asal Usul Bubur Lambuk

Setiap kali menjamah hidangan Bubur Lambuk ini, mesti ramai terfikir tentang cara pembuatannya kan? Mana tahu boleh buat sendiri di rumah untuk dihidangkan ketika berbuka puasa.

Tapi anda pernah terfikir tak, dari mana asal usulnya Bubur Lambuk? Jom kami kongsikan sejarah tentang hidangan ini yang mungkin ramai tidak tahu.

Bubur Lambuk ini dikatakan sudah wujud pada abad ke-15 ketika zaman Kesultanan Melayu Melaka apabila Parameswara atau nama Islamnya Sultan Iskandar Shah menerima kunjungan daripada Maharaja Hun Jen dari Kemboja.

Pada ketika itu, Maharaja Hun Jen membuat pemintaan untuk menyediakan baginda hidangan mudah untuk ditelan yang sedap dan berkhasiat.

Suka-Makan-Bubur-Lambuk_-Ini-Sejarahnya-Yang-Ramai-Tak-Tahu-1
Sumber: Cyber-RT

Hidangan Bubur Lambuk kemudiannya mula menjadi popular di Melaka terutamanya apabila pendakwah agama dari Terengganu membuka masjid atau surau baharu.

Sumber lain pula mengatakan bahawa Bubur Lambuk ini dibawa pula ke Kampung Baru, Kuala Lumpur dan sukatan rempah ratus yang digunakan untuk membuat hidangan tersebut ditulis oleh seorang individu bernama Said Bank sekitar tahun 1950an.

Sejak itu, Bubur Lambuk di Masjid Jamek Kampung Baru menjadi terkenal di Kuala Lumpur.


Resepi Bubur Lambuk Yang Mudah Untuk Dimasak Di Rumah

Bubur Lambuk adalah hidangan yang menjadi kegemaran ramai termasuklah kanak-kanak. Setiap kali dapat Bubur Lambuk dari masjid, mesti rasa macam tak cukup dan mahukannya lagi.

Suka-Makan-Bubur-Lambuk_-Ini-Sejarahnya-Yang-Ramai-Tak-Tahu-1
Sumber: Keluarga

Kepada anda yang sukakan menu Bubur Lambuk, bolehlah cubalah buat di rumah. Senang je!

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan beras yang direndam selama 20 minit
  • 1/2kg daging bercampur lemaknya
  • 1 bungkus kecil rempah sup
  • 250ml santan
  • 3 sudu lada hitam
  • 3 biji bawang merah yang dikisar
  • 8 ulas bawang putih yang dikisar
  • 1.5cm halia yang dikisar
  • 1 kiub pati kiub lembu
  • Kentang yang dipotong kiub
  • Lobak merah yang dipotong kiub
  • Daun sup untuk ditabur sebagai hiasan
  • Bawang goreng untuk ditabur sebagai hiasan

Cara-caranya:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang merah, bawang putih serta halia sehingga garing.
  2. Masukkan rempah sup dan tumis sehingga naik minyak dan telah masak.
  3. Masukkan daging dan gaul sebati.
  4. Masukkan beras dan gorengkannya seketika.
  5. Masukkan air dan rebus beras sehingga lembut.
  6. Masukkan bahan-bahan lain seperti santan, lada hitam, pati kiub lembu, kentang dan lobak merah.
  7. Perisakan dengan garam secukupnya.
  8. Taburkan daun sup dan bawang goreng.

Bubur Lambuk siap untuk dihidangkan.

Mudah je kan nak buat Bubur Lambuk? Bila masak sendiri di rumah, barulah puas boleh makan bertambah-tambah. Selamat mencuba! 😊

BACA JUGA: 9 Resepi Lauk Berbuka Puasa Untuk Orang ‘Single’. Senang, Simple & Cepat!

BACA JUGA: Resepi Sambal Tumis Cili Api, Boleh Terus Makan Untuk Berbuka Puasa & Sahur

BACA JUGA: Resepi Overnight Oats Yang Mudah Untuk Diamalkan Ketika Sahur. Boleh Kenyang Lama!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd