Now Reading
SHEIN Tampil Dengan Koleksi Raya Untuk Anda Yang Ingin Tampak ‘Fabulous’

SHEIN Tampil Dengan Koleksi Raya Untuk Anda Yang Ingin Tampak ‘Fabulous’

Untuk membolehkan seramai mungkin warga Malaysia menikmati kempen raya ini, SHEIN bakal menawarkan diskaun hebat sehingga 90% dari 4 April hingga 10 April 2023.

SHIEN

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Beberapa minggu lagi, umat Islam di seluruh dunia akan menyambut kedatangan bulan Syawal atau lebih dikenali sebagai Hari Raya Aidilfitri.

Dan semestinya ketika ini ramai yang sudah mula keluar mencari keperluan Aidilfitri, seperti baju kurung, baju Melayu, tudung, songkok, sampin, aksesori, dan sebagainya untuk dipadankan pada Hari Raya nanti.

Barulah boleh #OOTD dengan keluarga dan insan tercinta! 😉


Koleksi Busana Raya SHEIN

SHEIN, sebuah e-peruncit fesyen dan gaya hidup global komited untuk meraikan semangat muhibbah raya di samping memberikan inspirasi kepada warga Malaysia untuk berfesyen dan menyerlahkan keperibadian diri dengan pelbagai gaya dan rekaan yang sesuai untuk musim perayaan ini.

Ketika umat Islam Malaysia bersiap-siap untuk menyambut Hari Raya, SHEIN mengadakan kempen ‘Get Raya Ready with your friends and family at SHEIN’ untuk memberikan pengalaman yang tidak dapat dilupakan kepada pembeli.

Menjelang hari yang penting dan penuh kegembiraan ini, SHEIN ingin memupuk kasih sayang, kegembiraan, dan semangat muhibbah di antara keluarga dan rakan-rakan, yakni sesuatu yang penting pada musim perayaan.

Pilihan pakaian cantik yang ditawarkan oleh SHEIN adalah sangat mengagumkan! Ini menjadikan saya rambang mata untuk memilih pakaian yang saya gemari untuk disuaipadankan secara mix and match. Ada kalanya gaya memadankan pakaian luar dengan pakaian dalam adalah agak membosankan. Kini, dengan terdapatnya pelbagai pilihan yang berbeza di SHEIN, saya dapat menggayakan semula pakaian saya dan mencipta gaya perayaan yang baharu! Pilihan yang terdapat di SHEIN adalah sangat hebat.

Kilafairy, pelakon dan penyanyi Malaysia.

SHEIN Tawar Diskaun Hebat Bersempena Hari Raya Aidilfitri

Untuk membolehkan seramai mungkin warga Malaysia menikmati kempen raya ini, SHEIN bakal menawarkan diskaun hebat sehingga 90% dari 4 April hingga 10 April 2023. Diikuti dengan penghantaran percuma untuk semua pesanan yang dibuat bermula 1 April hingga 4 April 2023.

SHEIN percaya bahawa setiap orang harus mempunyai akses kepada pakaian bergaya untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba. Justeru itu, para pembeli boleh mendapatkan banyak pilihan yang bergaya dengan harga yang berpatutan dari SHEIN.

Warga Malaysia boleh mencari gaya unik dalam koleksi raya SHEIN yang menampilkan busana sopan dengan pelbagai rekaan yang menarik, bergaya dan berkualiti sesuai untuk hampir semua personaliti.

Dengan SHEIN, para pelanggan boleh menyuaipadankan secara ‘mix and match’ pakaian raya untuk menyerlahkan penampilan mereka, sama ada untuk berhari raya bersama keluarga dan rakan-rakan atau sekadar menyertai kemeriahan perayaan ini.

Tambahan pula, trend ini akan bertahan lebih lama dan boleh digayakan selepas hari raya. ‘Timeless’, orang putih kata.


SHEIN Tawar Pelbagai Pilihan Produk Kelengkapan Rumah, Kecantikan & Banyak Lagi

Di SHEIN, fesyen bukanlah sekadar pakaian. Ia merupakan satu saluran untuk menyerlahkan keperibadian unik setiap individu dan satu cara yang hebat untuk berhubung dengan individu lain.

SHEIN meraikan kepelbagaian dan keterangkuman di dalam sesebuah komuniti, di mana mereka membawakan trend dan gaya fesyen terkini yang menggarap intipati perayaan tersebut.

Pendek kata, “Fesyen bertemu dengan budaya dan komuniti.”

SHEIN juga merupakan sebuah destinasi gaya hidup yang dapat memenuhi semua keperluan lain. Bukan sahaja koleksi fesyen, SHEIN juga menawarkan pelbagai pilihan produk kelengkapan rumah, produk kecantikan dan penjagaan kulit untuk memeriahkan lagi perayaan anda.

Warga Malaysia boleh mencari segala yang mereka perlukan untuk mencantikkan rumah mereka dan menyerikan penampilan hari raya dengan produk penjagaan kulit serta trend solekan terkini.

Dah ready nak shopping di SHEIN bersempena Hari Raya nanti? 😉


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd