Now Reading
Taco Bell Bakal Lancar Cawangan ‘Drive-Thru’ Pertama Di Malaysia, Lengkap Dengan Sistem Pesanan Digital

Taco Bell Bakal Lancar Cawangan ‘Drive-Thru’ Pertama Di Malaysia, Lengkap Dengan Sistem Pesanan Digital

Taco Bell juga akan menyediakan kiosk layan diri serta pesanan atas talian menerusi platform WhatsApp, WebApp dan Facebook Messenger.

taco bell

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sejak restoran makanan segera dari Amerika Syarikat (AS) iaitu Taco Bell dibuka di Malaysia pada April 2021, sudah lebih dua juta taco dijual kepada para pelanggan. Wow!

Atas kejayaan yang dikecapi oleh mereka itu, Taco Bell akan meluaskan perniagaan dengan menaik taraf cawangan sedia ada agar lebih canggih dan berteknologi.

Antaranya melalui kiosk layan diri yang membolehkan anda membuat pesanan secara terus dan bukan lagi di kaunter bersama jurujual.

Bukan itu sahaja, anda juga boleh membuat pesanan secara atas talian menerusi beberapa platform seperti:

  • WebApp
  • WhatsApp
  • Facebook Messenger

Malah, mereka juga sedang dalam proses untuk membuka cawangan ‘drive-thru’ Taco Bell yang pertama di Malaysia.

Memang best sebab selepas ini anda boleh mendapatkan hidangan Taco anda dengan lebih mudah dan pantas!

Sumber: Murni Azman/ TRP

Taco Bell Beri Peluang Rakyat Malaysia Untuk Rasai Keunikan Makanan Budaya Lain

Pengarah Urusan Taco Bell Antarabangsa Ankush Tuli ketika lawatannya ke beberapa cawangan Taco Bell di Malaysia melihat bahawa rakyat Malaysia sedang mencari pelbagai jenis hidangan untuk dirasai dan Taco Bell adalah lokasi yang sesuai untuk mereka.

Taco Bell adalah lokasi kepada semua rakyat Malaysia yang suka mencuba sesuatu yang baharu melangkaui kreativiti dengan mencuba hidangan lain daripada budaya tempatan mereka. Menu Taco Bell itu menyemarakkan lagi semangat kreatif dan itulah yang kami panggil sebagai ‘LIVE MAS’.

Pengarah Urusan Taco Bell Antarabangsa Ankush Tuli.

Dalam pada itu, Pengendali Utama (Franchise Operator) Taco Bell Malaysia Harris Beh pula meluahkan rasa gembira melihat penerimaan luar biasa rakyat Malaysia terhadap rangkaian makanan segera tersebut sejak pembukaan mereka pada dua tahun lepas.

Sejak pelancaran kami pada April 2021, kami telah melihat pertumbuhan yang luar biasa didorong oleh kesetiaan dan pangkalan pelanggan yang semakin meningkat. Kami meneruskan perjalanan pada tahun 2023 dengan meluaskan lagi cawangan di seluruh negara untuk mengalu-alukan lebih ramai peminat kepada jenama itu. Kami benar-benar berterima kasih atas semangat dan janji mereka dalam terus menawarkan menu #LiveMas #LiveKawKaw yang diminati oleh rakyat Malaysia.

Pengendali Utama Taco Bell Malaysia Harris Beh.

Taco Bell Kerjasama Dengan Artis Tempatan, GANZ Buka Cawangan Baharu Di Sungai Mas, Kepong

taco-bell-2

Untuk pembukaan cawangan Taco Bell seterusnya di Sungai Mas, Kepong, Taco Bell telah bekerjasama bersama artis tempatan iaitu GANZ yang dahulunya seorang arkitek dan kini terkenal dengan seni grafiti.

Untuk kerjasama istimewa ini, GANZ menggabungkan elemen jenama dengan gaya kreatifnya yang unik untuk mendedahkan tafsiran yang mengujakan semangat jenama Live Mas Taco Bell dengan mencipta karya seni bandar yang menakjubkan dalam prosesnya.

Nantikan pembukaan cawangan ke-21 Taco Bell di Malaysia akan datang okey!

BACA JUGA: Taco Bell Buka Cawangan Kedua Di Cheras. Team TRP Dah Pergi & Cuba!

BACA JUGA: Taco Bell Kini Di GrabFood!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd