Now Reading
Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan. Paling Penting, Bangun Sahur!

Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan. Paling Penting, Bangun Sahur!

Senaman ringan dan makan buah kurma adalah antara tips untuk kekal bertenaga ketika bulan puasa.

Pakar Diet Kongsi Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan (5)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kehidupan ketika bulan Ramadan bagi umat Islam akan sedikit berbeza kerana perlu bangun sahur sebelum masuk waktu subuh dan pada masa sama perlu kekal bertenaga sepanjang hari sebelum berbuka.

Antara faktor yang memainkan peranan untuk memastikan anda kekal bertenaga sepanjang berpuasa di bulan Ramadan selama satu bulan adalah jenis makanan yang diambil ketika sahur dan juga berbuka puasa.

Selain itu, rutin harian juga memainkan peranan bagi menjamin seseorang untuk cergas bagi meneruskan kehidupan seperti biasa di bulan Ramadan.


Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan

Menerusi perkongsian dimuat naik oleh seorang pakar diet di laman Twitter miliknya (@JazeeraJulaili), beliau memberikan beberapa tips kepada golongan beragama Islam yang akan mula berpuasa di bulan Ramadan tidak lama lagi.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

1. Tips Bertenaga Ketika Ramadan: Melewatkan Sahur

Pakar Diet Kongsi Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan
Sumber: Homage Malaysia

Mungkin ada sesetengah orang yang malas bangun awal pagi dan akan makan sebelum tidur sebagai ‘sahur’ mereka. Kalau diikutkan, cara seperti itu tidak dianggap sebagai sahur dan tiada keberkatan di sebalik perbuatan itu.

Waktu yang tepat untuk bangun sahur adalah ketika sepertiga malam menghampiri waktu solat Subuh.

2. Tips Bertenaga Ketika Ramadan: Elakkan Minum Minuman Kafein Secara Berlebihan

Pakar Diet Kongsi Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan
Sumber: Astro Awani

Waktu sahur kalau boleh minum air masak atau produk bersusu sahaja kerana minuman berkafein akan ‘menarik’ air keluar dari dalam badan dengan membuatkan anda mudah untuk mmebuang air kecil secara kerap.

Bila kerap kali membuang air kecil, risau nanti badan akan cepat dehidrasi sebelum berbuka.

Jadi, anda dinasihatkan untuk meminum sekurang-kurangnya dua hingga tiga gelas air masak iaitu sebelum dan selepas makan.

3. Tips Bertenaga Ketika Ramadan: Ambil Makanan Yang Tinggi Kandungan Protein

Pakar Diet Kongsi Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan
Sumber: The Economi of Times

Pengambilan makanan yang tinggi kandungan protein dan sumber serat boleh membuatkan anda lebih kenyang dalam tempoh masa panjang.

Kalau ambil makanan tinggi kandungan karbohidrat seperti nasi putih, memang anda akan cepat berasa lapar kerana mempunyai kandungan Indek Glisemik yang tinggi.

4. Tips Bertenaga Ketika Ramadan: Amalkan Makanan Sunnah Terlebih Dahulu Ketika Berbuka

Sumber: KlikDokter

Biasanya bila dengar azan Maghrib berkemundang ketika bulan bulan puasa, saat itu memang ramai yang tak sabar untuk menikmati pelbagai juadah yang dibeli di Bazar Ramadan.

Sebagai penganut agama Islam, kita digalakkan untuk berbuka dengan mengambil beberapa biji buah kurma dan melaksanakan solat Maghrib terlebih dahulu.

Sekadar perkongsian, buah kurma mengandungi beberapa kandungan yang berkhasiat untuk tubuh badan seperti:

  • Serat dan Vitamin B6: Membuatkan anda tidak mudah lapar dan berasa kenyang untuk tempoh masa yang berpanjangan.
  • Kalium: Kandungan elektrolit di dalam tubuh badan boleh diseimbangkan secara perlahan dan dapat mengelakkan anda daripada dehidrasi.
  • Fruktosa dan glukosa: Memberi tenaga dengan kadar yang segera.

BACA JUGA: Ingin Kekal Bertenaga Sepanjang Ramadan? Jom Amalkan 8 Makanan Sunnah Ini

BACA JUGA: Ini Sebabnya Kenapa Perlu Basuh Dulu Buah Kurma Sebelum Makan

5. Tips Bertenaga Ketika Ramadan: Kerap Membuat Senaman Ringan

Pakar Diet Kongsi Tips Kekal Bertenaga Sepanjang Bulan Ramadan
Sumber: Steel Supplements

Bila tiba bulan puasa, mesti ramai yang ingat tak boleh bersenam sebab takut keletihan kan? Sebenarnya aktiviti senaman ringan boleh membuatkan badan anda lebih bertenaga.

Contoh senaman ringan yang boleh dilakukan ketika menghampiri waktu berbuka adalah seperti berjalan kaki atau jogging. Malah, ada juga pandangan yang mengatakan bahawa Solat Terawih juga dikira sebagai senaman kerana ia mampu mengurangkan satu atau dua unit ‘Postprandrial Glucose‘.

Kalau malas nak bersenam di luar, buat dalam rumah pun boleh juga. Tak ada masalah.

NOTA KAKI: Tips ini sesuai untuk mereka yang mempunyai tahap kesihatan yang normal sahaja. Mereka yang mempunyai masalah kesihatan yang lain perlu rujuk kepada doktor terlebih dahulu.


Tips Berpuasa Untuk Penghidap Gastrik

Mereka yang menghidap masalah gastrik mungkin agak risau dengan kesihatan tubuh badan mereka untuk berpuasa di bulan Ramadan.

Jangan risau, berikut kami kongsikan beberapa tips untuk berpuasa bagi mereka yang menghidap masalah gastrik. Antaranya:

  • Minum air rendaman kurma ketika sahur.
  • Jangan makan hidangan pedas atau berminyak.
  • Jangan terlebih makan ketika sahur.
  • Latih diri dengan berpuasa sunat sebelum Ramadan.
  • Jangan baring selepas sahur.

BACA JUGA: Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda

BACA JUGA: 5 Cara Persiapkan Diri Sebelum Bulan Ramadan Menjelang Tiba

BACA JUGA: Dah Ganti Puasa? Kalau Belum Kena Bayar Fidyah. Apa Itu Fidyah & Cara Kiraannya?


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd