Now Reading
Signature Market Tawar Snek Percuma Sempena Pelancaran ‘Vending Machine’ Pertama Di Starling Mall

Signature Market Tawar Snek Percuma Sempena Pelancaran ‘Vending Machine’ Pertama Di Starling Mall

Bersempena dengan pelancaran Signature Market Mini, pihak mereka mengumumkan pemberian enam set snek secara percuma setiap minggu.

signature market vending machine

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Signature Market, peneraju pasaran dalam talian di Malaysia untuk produk sihat dan organik hari ini (20 Mac) telah melancarkan mesin layan diri pertamanya iaitu Signature Market Mini, ditempatkan di The Starling Mall, Petaling Jaya.

Mesin layan diri baharu Signature Market memberi tumpuan kepada kemudahan dan penemuan produk.

Signature Market juga telah mempunyai 500 produk pada platformnya iaitu produk yang ditawar dan disusun khusus untuk keperluan penggemar snek yang bekerja di pejabat.

Kebanyakan produk telah dibungkus semula ke dalam saiz lebih kecil dan sesuai untuk dinikmati dengan mudah semasa berada di pejabat.


Snek Percuma Setiap Minggu.

Sempena pelancaran Signature Market Mini, pihak mereka mengumumkan pemberian enam set snek secara percuma setiap minggu.

Setiap set mingguan membawakan pengalaman tema unik termasuk satu minuman dan dua makanan ringan, menawarkan pelanggan peluang mencuba beberapa produk popular Signature Market bersempena bulan Ramadan.

Pelanggan boleh mendapatkan set snek PERCUMA setiap minggu daripada mesin layan diri di mana akan memudahkan mereka untuk menikmati makanan ringan sihat dan organik sepanjang bulan mulia ini.

Untuk menebus set snek percuma berkenaan, pelanggan hanya perlu berkunjung ke Signature Market Mini yang terletak di The Starling Mall, mengimbas kod QR, mendaftar sebagai ahli dan menambah jumlah tertentu ke dalam dompet Signature Market.

Kami sangat teruja untuk melancarkan mesin layan diri pertama Signature Market dan menawarkan pelanggan cara yang lebih mudah untuk mencuba produk sihat dan organik kami. Melalui Signature Market Mini, kami memperkenalkan rangkaian minuman tanpa tenusu yang sentiasa menjadi jualan terlaris Signature Market tetapi tidak diketahui secara meluas oleh orang ramai. Contohnya, semua rangkaian minuman latte yang ditawarkan dalam mesin layan diri kami menggunakan Susu Soya Organik sebagai pengganti tenusu. Kami mahu semua pengguna mencuba rangkaian minuman dan makanan ringan kami yang terbaik untuk anda.

Edwin Wang, Ketua Pegawai Eksekutif Signature Market.

Signature Market Mini.

Signature Market Mini ialah inisiatif gabungan dalam talian di luar talian (OmO) pertama Signature Market pada tahun ini.

Signature Market berhasrat memberikan pengalaman pelanggan dalam talian dan di luar talian yang lancar menggunakan teknologi dan membawa lebih banyak pengalaman berdaya teknologi kepada pengguna di Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd