Now Reading
Mira Filzah Teruja Tampil Sebagai Wajah Kempen Swarovski Seleksi Hari Raya 2023

Mira Filzah Teruja Tampil Sebagai Wajah Kempen Swarovski Seleksi Hari Raya 2023

Antara rekaan-rekaan hebat Swarovski sempena Hari Raya 2023 yang menawan untuk dipakai ialah kalung, gelang, cincin, anting-anting, dan jam tangan daripada rumpun Constella, Matrix, Dextera, Gema, Chroma, dan Millenia.

swarovski raya mira filzah

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari Raya Aidilfitri bakal menjelang tiba tidak lama lagi. Pastinya persiapan menyambut hari raya menjadi perkara utama yang digemari ramai, terutamanya buat kaum hawa yang menginginkan gambar raya yang cantik.

Baju dan tudung kena on-point, sama juga seperti aksesori.

Kadang itu, rasa tak lengkap pula ‘outfit’ tanpa aksesori untuk dipadankan.


Swarovski Rai Kemeriahan Bersama Menjelang Hari Raya Aidilfitri

Umum sedia maklum, Hari Raya Aidilfitri ialah hari gembira untuk diraikan bersama insan-insan tersayang di mana kita semua boleh bertemu mesra, melakar kenangan manis sambil bergembira bersama keluarga tercinta.

Tradisi ini terus disuburkan dalam kempen baharu Swarovski yang membawakan keriangan, kebersamaan, serta keindahan setelah melalui tempoh masa penting dalam bermuhasabah diri dan memupuk kesyukuran.

Pihak Swarovski hari ini (20 Mac) telah mengadakan satu majlis Swarovski Raya 2023 dan makan tengah hari bersama pengamal media di Hotel EQ, Conservatory.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Lars Schmidt merangkap Pengurus Besar Asia Tenggara dan India Swarovski.

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Antara hidangan makanan tengahari yang disediakan khas oleh EQ Hotel.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Mira Filzah Teruja Tampil Sebagai Wajah Kempen Swarovski Seleksi Hari Raya 2023

Apa yang lebih menarik, pelakon dan usahawan terkenal tanah air, Mira Filzah telah diumumkan sebagai bintang serta wajah untuk kempen Swarovski Raya 2023.

Dalam usaha menjelmakan glamor Swarovski, Mira menginspirasikan wanita-wanita lain untuk meneroka barang kemas dalam masa sama bergaya bagi menyerikan lagi sambutan Aidilfitri.

Saya amat teruja dapat menjadi wajah bagi kempen Swarovski. Seleksi Hari Raya kali ini merangkumi pelbagai gubahan dan rekaan gemilang bertatahkan Swarovski Crystals bergemerlapan dan pasti sahaja akan menyerikan lagi suasana sambutan. Inilah masanya untuk bersama insan-insan yang disayangi – tiada yang lebih indah meraikannya selain bersama Swarovski.

Mira Filzah.
Mira Filzah juga menghuraikan Swarovski dengan tiga perkataan iaitu, “Stunning, Dazzling, dan Elegant”.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Seleksi Swarovski Hari Raya 2023

Seleksi Swarovski untuk Hari Raya 2023 disemarakkan dengan serbaneka warna menyerlah dan rekaan menakjubkan yang tentu sahaja menyentuh perasaan, menikmati keindahan dan kemeriahan bersama. Amat sesuai dan padan sebagai perhiasan diri ataupun sebagai cenderamata.

Antara rekaan-rekaan hebat Swarovski sempena Hari Raya 2023 yang menawan untuk dipakai ialah kalung, gelang, cincin, anting-anting, dan jam tangan daripada rumpun Constella, Matrix, Dextera, Gema, Chroma, dan Millenia.

Sumber: Siti Murni/TRP

Tersedia dengan kemasan warna emas dan kemasan rose gold, gubahan-gubahan ini mudah digayakan dan dipadankan agar tampak anggun atau mewah.

Sesuai dengan rona-rona hijau tradisional Ramadan, rumpun Millenia menampilkan gaya-gaya baharu halus dengan Kristal hijau tua.

Manakala bagi rumpun Swan Ikonik pula, swan Swarovski digubah semula dengan Kristal hijau pavé segar bercahaya bagai bulan purnama dan berkerdipan laksana bintang.

Seleksi Hari Raya ini ditawarkan untuk pembelian secara eksklusif di gedung Swarovski Malaysia atau secara dalam talian di LINK INI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd