Now Reading
Apa Maksud ‘Tipikal Kelantan’? Ini 4 Pendapat Dari Pengguna Twitter

Apa Maksud ‘Tipikal Kelantan’? Ini 4 Pendapat Dari Pengguna Twitter

Namun begitu, ramai juga anak Kelantan yang kini dilihat sudah berjaya den semakin dikenali ramai selepas mereka keluar dari kepompong ‘Tipikal Kelantan’ seperti Khairul Aming dan Sofyank96.

Apa Maksud 'Tipikal Kelantan'_ Ini 4 Pendapat Dari Pengguna Twitter

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Setiap kali kita memperkenalkan diri ketika pertama kali bertemu dengan seseorang, antara soalan yang ditanya adalah “Asal dari mana?”.

Percaya tak, ada sesetengah individu yang malu untuk memberitahu bahawa mereka berasal daripada negeri Kelantan kerana ramai yang menyalah anggap penduduk di negeri itu.

Lebih teruk lagi, ada segelintir masyarakat yang memilih untuk memulau rakan-rakan dari negeri Kelantan dan mempermainkan asal usul mereka dari negeri itu.


Pengguna Twitter Beri Pendapat Tentang Maksud ‘Tipikal Kelantan’

Pernah tak anda dengar orang sebut ‘tipikal Kelantan’? Apa maksud sebenarnya?

‘Tipikal Kelantan’ itu membawa maksud seseorang mempunyai sikap yang hampir sama dengan masyarakat di negeri tersebut.

Seorang pengguna Twitter (@ZacZakirin13) memberikan pandangan beliau tentang ‘Tipikal Kelantan’ dengan memuat naik ciapan di akan miliknya.

Menurut pandangannya, seseorang itu tergolong dalam ‘Tipikal Kelantan’ apabila melakukan beberapa perkara seperti berikut:

1. Sikap Tipikal Kelantan: Suka Mengejek

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Depositphotos)

Difahamkan, sikap suka mengejek itu cukup sinonim dengan masyarakat di Kelantan sejak dari sekolah rendah sehinggalah menyambung pelajaran di peringkat universiti.

Sebagai contoh, segelintir pelajar akan mengejek rakan-rakan mereka yang tersalah sebut beberapa perkataan ketika diminta untuk membaca petikan bahasa Inggeris ketika sesi pembelajaran.

Persekitaran sedemikian membuatkan seseorang itu sukar untuk membina keyakinan diri mereka apabila wujudnya masyarakat yang suka mempermainkan setiap kesalahan yang dilakukan.

2. Sikap Tipikal Kelantan: Suka Bergaduh

Sumber: Facebook Perak The YOB

Sikap suka bergaduh ini didakwa sebati dalam diri segelintir masyarakat Kelantan kerana mereka ingin menunjukkan keberanian yang tinggi.

Bila bergaduh, nilai keberanian seseorang akan tersalah dan paling penting, mereka perlu menang untuk menunjukkan kekuatan masing-masing.

BACA JUGA: [Video] Provokasi Punca Penyokong Kelantan & Perak FC Bergaduh Di Stadium

3. Sikap Tipikal Kelantan: Taksub Terhadap Sesuatu Yang Diminati

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Denai Hati)

Sikap taksub terhadap sesuatu itu adalah sesuatu yang paling bahaya. Ia termasuklah taksub kepada individu, agama dan juga gaya hidup yang liar.

Jika ditegur, boleh jadi seseorang itu dikatakan akan mula bergaduh dan melenting kerana tidak mahu sikapnya itu diperbetulkan.

4. Sikap Tipikal Kelantan: Kurang ‘Common Sense’

Apa-Maksud-Tipikal-Kelantan_-Ini-4-Pendapat-Dari-Pengguna-Twitter-1
Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Sinar Harian/Facebook)

Sikap kurang ‘common sense’ ini biasanya akan berlaku apabila seseorang itu tidak mengendahkan keadaan di sekelilingnya dan lebih mementingkan diri sendiri.

Antara contoh yang diberikan adalah apabila banyak sampah-sarap dilihat di sekitar Lebuhraya Merapuh-Gua Musang kerana masyarakat tidak membuang sampah ke tempat yang sepatutnya.

Di akhir ciapan itu, pengguna Twitter itu yang juga berasal dari Kelantan berharap agar sikap tipikal ini dapat diubah dan menjadi individu yang lebih baik.


Individu Dari Negeri Kelantan Yang Telah Berjaya & Popular

Namun begitu, ramai juga anak Kelantan yang kini dilihat sudah berjaya den semakin dikenali ramai selepas mereka keluar dari kepompong ‘Tipikal Kelantan’. Antaranya:

1. Khairul Aming

  • Menjual Sambal Nyet dan menghasilkan video resepi masakan di media sosial.

BACA JUGA: Khairulaming Dedah Raih RM8.6 Juta Hasil Jual Sambal Nyet Selama Setahun. Wow!

BACA JUGA: Sambal Nyet Raih Jualan RM14 Juta, Khairulaming Bakal Buka Kilang Kedua Di Kelantan

BACA JUGA: Khairulaming Bawa Semua Staf Kilang Sambal Nyet Pergi ‘Retreat’ Dapat Pujian Ramai

2. Sofyank96

  • Menghasilkan suntingan video yang sangat ‘cool’ dan diberi peluang untuk bekerjasama dengan produksi antarabangsa.

BACA JUGA: “Next Level Ni!” – Kolaborasi Sofyank & Paul Rudd Buat Rakyat Malaysia Berbangga [Video]

BACA JUGA: Sofyank96 Creating Yet Another Magic With Antman And Kang The Conqueror

3. Syahmi Sazli

  • Seorang YouTuber dengan jumlah pengikut berjumlah 2.75 juta.

BACA JUGA: Tapau bersih! Kutipan Filem Mael Totey Cecah RM4 Juta Dalam 8 Hari


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd