Now Reading
6 Jenis Kemurungan Emosi & Fizikal Yang Anda Perlu Tahu. Bipolar Disorder Salah Satunya

6 Jenis Kemurungan Emosi & Fizikal Yang Anda Perlu Tahu. Bipolar Disorder Salah Satunya

Masalah kemurungan ini boleh berlaku disebabkan oleh keturunan keluarga, tekanan hidup dan juga pengambilan dadah, ubat atau alkohol.

6 Jenis Kemurungan Emosi & Fizikal Yang Anda Perlu Tahu. Bipolar Disorder Salah Satunya (6)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Masalah kesihatan mental merupakan sesuatu yang perlu diambil perhatian kerana ia juga penting seiring dengan penjagaan kesihatan tubuh badan.

Kesihatan mental yang tidak dijaga dengan rapi boleh menyebabkan kehidupan seseorang terganggu dan sukar untuk menjalani rutin harian dengan teratur.

Boleh jadi seseorang itu mengambil masa agak lama untuk menyiapkan tugasan di tempat kerja kerana sukar untuk menumpukan perhatian akibat fikiran yang terganggu.

Masalah ini juga boleh menjadi punca seseorang mengalami penyakit kemurungan (Depression) dan juga ketakutan (Anxiety).

BACA JUGA: Fadzilah Kamsah Dedah 7 Tanda Seseorang Hidap Anxiety Tanpa Sedar


Doktor Kesihatan Dedah 6 Jenis Kemurungan Fizikal Dan Mental

Menerusi perkongsian yang dimuat naik pakar kesihatan Dr Ahmad Samhan di laman Twitter miliknya (@DoktorSamhan), sebenarnya penyakit kemurungan ini terdiri daripada pelbagai jenis.

Antaranya:

1. Jenis Kemurungan: Gangguan Depresi Utama (Major Depressive Disorder)

6 Jenis Kemurungan Emosi & Fizikal Yang Anda Perlu Tahu. Bipolar Disorder Salah Satunya
Sumber: Healthline

Gangguan ini juga dikenali sebagai kemurungan klinikal.

Masalah ini boleh menjejaskan aspek kehidupan seseorang dari segi emosi, kelakuan, selera makan, kualiti tidur dan sebagainya.

Mereka juga akan mudah hilang minat dalam aktiviti yang digemari sebelum ini dan merasa hidup tidak lagi bermakna.

2. Jenis Kemurungan: Gangguan Depresi Berterusan (Persistent Depressive Disorder)

6-Jenis-Kemurungan-Emosi-Fizikal-Yang-Anda-Perlu-Tahu.-Bipolar-Disorder-Salah-Satunya-1
Sumber: Psychiatry Advisor

Gangguan kemurungan berterusan atau juga disebut sebagai Dysthymia adalah kemurungan tahap rendah yang kronik. Tahap keterukannya adalah lebih rendah berbanding kemurungan utama (depression).

Individu yang menghidap masalah ini akan mempunyai perasaan sedih yang sangat mendalam dan kerap kali berasa berputus asa. Mereka juga dilihat seperti kekurangan tenaga dan tidak pasti dalam membuat keputusan.

3. Jenis Kemurungan: Gangguan Bipolar (Bipolar Disorder)

6 Jenis Kemurungan Emosi & Fizikal Yang Anda Perlu Tahu. Bipolar Disorder Salah Satunya
Sumber: Cleveland Clinic

Gangguan Bipolar ini melibatkan wujudnya episod di mana seseorang akan sangat beremosi dan kadangkala mengalami ‘musim murung’ yang sangat teruk.

Keadaan ini akan berlaku dengan perubahan mood secara drastik sama ada terlalu sedih (kemurungan) atau terlalu gembira (mania).

Apabila seseorang mengalami fasa sedih yang melampau, mereka akan berasa mahu membunuh diri dan cepat letih manakala fasa mania pula akan menyebabkan mereka mudah marah dan banyak bercakap.

Antara punca yang menyebabkan seseorang mengalami masalah gangguan bipolar adalah kerana:

  • Keturunan
  • Tekanan hidup
  • Mengambil dadah, ubat atau alkohol

4. Jenis Kemurungan: Kemurungan Bermusim (Seasonal Depression)

6-Jenis-Kemurungan-Emosi-Fizikal-Yang-Anda-Perlu-Tahu.-Bipolar-Disorder-Salah-Satunya-3
Sumber: Family Addiction Specialst/ The Daily Universe -BYU

Kemurungan bermusim ini juga dikenali sebagai gangguan afektif bermusim di mana emosi seseorang boleh berubah mengikut musim.

Kebiasaannya perubahan emosi itu akan berlaku di antara pertukaran cuaca musim luruh dan berterusan sepanjang musim sejuk.

Perubahan emosi tersebut boleh dikatakan jarang berlaku ketika musim panas dan musim bunga.

5. Jenis Kemurungan: Kemurungan Selepas Bersalin (Postpartum Depression)

Sumber: MGH Center for Women’s Mental Health

Sebenarnya 80% ibu baharu akan mengalami ‘baby blues’ dan antara simptomnya termasuklah perubahan emosi, kesedihan dan keletihan. Namun, ia akan hilang dalam tempoh seminggu atau dua minggu.

Tetapi jika simptom kemurungan ini berterusan dalam tempoh beberapa minggu dan dilihat semakin parah, berkemungkinan seseorang itu telah menghidap kemurungan selepas bersalin atau Postpartum Depression.

Antara simptom-simptomnya adalah seperti:

  • Suka menyendiri
  • Kurang selera makan
  • Sentiasa berfikiran negatif

6. Jenis Kemurungan: Kemurungan Psikotik (Psychotic Depression)

Sumber: Real Life Counseling

Kemurungan utama atau gangguan bipolar diikuti dengan keadaan berhalusinasi disebut sebagai gangguan kemurungan utama dengan ciri-ciri psikotik.

Masalah ini dianggap sebagai kecemasan psikiatri dan memerlukan mereka untuk dimasukkan ke wad psikiatri.


Segelintir individu menganggap masalah kesihatan mental ini adalah perkara remeh yang berlaku kerana seseorang itu kurang beribadah kepada Tuhan.

Kata-kata itu tidak sepatutnya diberikan kepada mereka yang menghidap masalah ini kerana tanpa kita sedar, ia boleh mengguris perasaan dan lebih teruk lagi boleh menyebabkan seseorang ingin menamatkan riwayat hidup.

BACA JUGA: Menari, Dengar Lagu & 3 Lagi Jenis Aktiviti Untuk Kuatkan Kesihatan Mental

BACA JUGA: Netizen Mula Kongsi Tips Untuk Pastikan ‘Mental Health’ Kekal Stabil


Talian Bantuan Untuk Menangani Masalah Kesihatan Mental

Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/

ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd