Now Reading
Betul Ke Orang Jepun Tak Suka Dengan Warga Asing?

Betul Ke Orang Jepun Tak Suka Dengan Warga Asing?

Antara faktor yang menyebabkan masyarakat Jepun kurang ‘rapat’ dengan warga asing adalah kerana tidak mahir berkomunikasi dalam bahasa Inggeris.

Betul Ke Orang Jepun Tak Suka Dengan Warga Asing_ (4)

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Jepun adalah negara yang menjadi salah satu lokasi terkenal pelancong dari seluruh dunia. Antara sebab negara ini menjadi tarikan orang ramai adalah kerana teknologi canggih mereka yang digunakan dalam kehidupan.

Selain itu, peradaban penduduk Jepun yang sangat tinggi dari segi ketepatan waktu, beratur dalam keadaan tersusun dan sebagainya menjadikan pelancong ingin melihatnya sendiri.

Kehidupan masyarakat Jepun memang sangat sistematik walaupun hanya sekadar beratur ketika menunggu giliran membuat pembayaran di kedai serbaneka. Mereka akan beratur mengikut garisan dna jarak yang telah ditetapkan.

Malah, jadual waktu pengangkutan awam mereka juga memang sangat menepati waktu. Tak awal atau lambat sesaat.

Namun, ada juga dakwaan negatif yang mengatakan bahawa rakyat Jepun bersikap ‘racist’ dan kurang gemar dengan pelancong asing.


Penduduk Jepun Tepis Dakwaan Rakyat Jepun Bersikap ‘Racist’ Dengan Pelancong Asing

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@TakumiTakemichi) yang merupakan rakyat Jepun mendapat banyak pertanyaan dari rakyat Malaysia tentang dakwaan isu perkauman di Jepun.

Demi menjawab persoalan itu, pengguna Twitter itu tampil memberikan penjelasan menggunakan kemahirannya dalam bahasa Melayu bagi menjawab dakwaan tersebut.

Menurutnya, dakwaan kononnya rakyat Jepun tidak suka dengan pelancong asing adalah TIDAK BENAR.

Penduduk Jepun bersikap terbuka dan tidak akan memandang rendah kepada mana-mana pihak sekiranya tiada masalah yang timbul.

Namun, antara faktor utama yang menyebabkan penduduk Jepun tidak ‘rapat’ dengan orang asing adalah kerana:

1. Masalah Bahasa

Sumber: Go Go Nihon/Gaijin Pot

Penduduk Jepun lebih mengutamakan bahasa Jepun dan berpendapat mereka tidak memerlukan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian.

Malah, bahasa Inggeris yang dipelajari juga tidaklah terlalu ditekankan kerana mereka hanya disuruh untuk menghafal beberapa tatabahasa tanpa mempraktikkannya.

Bukan itu sahaja, sistem tulisan dalam bahasa Jepun juga jauh berbeza dengan Bahasa Inggeris. Difahamkan, tenaga pengajar Bahasa Inggeris di sana tidaklah begitu mahir dalam bidang itu.

2. Budaya Yang Berbeza Dengan Warga Asing

Sumber: KYODO News

Seperti yang kita tahu, budaya masyarakat Jepun adalah sangat berbeza dengan masyarakat di negara-negara lain. Sehinggakan dalam bahasa Jepun juga mempunyai perkataan formal yang digunakan ketika berkomunikasi dengan individu berbeza pangkat.

Bahasa tersebut digelar sebagai ‘Japanese Keigo‘.

3. Pelancong Asing Dari Barat Didakwa Biadap Dengan Penduduk Tempatan

Sumber: KYODO News

Antara faktor lain adalah apabila warga asing dipercayai dari negara Barat kerap kali menunjukkan sikap yang biadap kepada masyarakat Jepun.

Malah, pengguna Twitter ini juga memberi contoh tentang sebuah video Logan Paul ketika berada di Tokyo sebagai contoh untuk memberi gambaran.

Antara sikap biadap yang mereka lakukan kepada penduduk tempatan di Jepun adalah seperti membuat bising, tidak tunduk ketika berkomunikasi dan membuang sampah merata-rata.

Selain itu, mereka juga kurang gemar dengan beberapa lagi sikap di sebuah negara Asia yang suka berbuat bising, pengotor dengan tidak mengemas meja selepas makan serta tidak membuang tuala wanita di dalam tong sampah.


Walau bagaimanapun, pengguna Twitter ini berharap lebih ramai masyarakat Jepun lebih fokus dalam mempelajari bahasa Inggeris, memahami budaya masyarakat lain dan tidak terlau bersikap ‘introvert’.

Dalam pada itu, dia juga berterima kasih kepada masyarakat di luar sana yang menghargai budaya penduduk Jepun dan mengalu-alukan kedatang orang ramai ke negara matahari terbit tersebut.

Jangan terkejut ya kerana ada juga rakyat Malaysia yang mahir dalam bertutur dalam bahasa Jepun. Bukan setakat orang biasa, makcik ‘cleaner’ pun boleh tahan hebat juga.

BACA JUGA: [Video] Fasih Berbahasa Jepun, Makcik Cleaner Di Masjid Negara Buat Ramai Terpegun

BACA JUGA: “Sepatah Pun Tak Faham” – Reaksi Mak Dengar Besan Borak Dalam Bahasa Jepun Buat Ramai Terhibur

BACA JUGA: YouTuber Jepun Terharu Terima Visa Jangka Panjang Dari MDEC, Janji Akan Buat Konten ‘Promote’ Malaysia


8 Budaya Masyarakat Jepun Yang Berbeza Dari Negara Lain

Tidak dinafikan, setiap negara mempunyai adat dan budaya masing-masing. Bercerita tentang budaya, Jepun mempunyai gaya hidup yang boleh dijadikan contoh kepada masyarakat di negara luar termasuklah Malaysia.

Antara budaya masyarakat Jepun yang agak berbeza daripada negara lain adalah seperti:

  1. Tidak menggunakan telefon bimbit di dalam pengangkutan awam kerana ia dianggap perbuatan yang tidak sopan dan membuat bising.
  2. Menyedut hidangan mi sambil membuat bunyi ‘Slurppp’ dengan kuat sebagai tanda terima kasih kepada penjual atau tuan rumah.
  3. Jangan tuang minuman sendiri ketika menghadiri jamuan minum teh di rumah seseorang kerana ia dianggap tidak sopan.
  4. Memberikan bahu anda kepada penumpang yang tidur di dalam kereta atau pengangkutan awam kerana orang Jepun mengamalkan sikap bertoleransi antara satu sama lain.
  5. Pemberian tip kepada pekerja dianggap sebagai tidak sopan dan mereka akan memulangkan semula waktu anda.
  6. Jurujual akan melakukan transaksi pembayaran dengan pelanggan di atas dulang dan bukannya secara terus kerana tindakan itu dianggap agak kasar.
  7. Orang Jepun akan menyambut satu sama lain dengan menundukkan badan sebagai tanda hormat.
  8. Penggunaan ‘chopstick’ ketika anda tidak makan adalah dilarang sama sekali kerana ia dianggap menyerupai upacara pemakaman Jepun dan boleh membawa petanda buruk.

Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd