Now Reading
Art of Speed (AoS) Kembali Untuk Tahun 2023! Lebih Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Buat Pengunjung

Art of Speed (AoS) Kembali Untuk Tahun 2023! Lebih Meriah Dengan Pelbagai Aktiviti Buat Pengunjung

AOS kali ini juga akan memperkenalkan Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” iaitu kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal.

arts of speed

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Art of Speed Malaysia (AOSM) hari ini (14 Mac) telah mengumumkan tarikh acara Kustom & Counter Culture terulung mereka iaitu Art Of Speed 2023 (AOS 2023) yang bakal diadakan pada tarikh 29 dan 30 Julai nanti.

Pengasas AOS Asep Iskandar dalam satu sidang media sebentar tadi berkata, acara tersebut akan berlangsung sama seperti tahun-tahun terdahulu iaitu di Malaysia Agro Exposition Park, Serdang (MAEPS) bermula jam 10 pagi hingga 7 malam.

Menurut Asep lagi, AOS edisi ke-12 ini disifatkan sebagai acara terbesar yang pernah diadakan sejak ianya pertama kali dilangsungkan pada 2012.

Ini kerana mereka bakal menggunakan kesemua dewan yang terdapat di MAEPS (Dewan A hingga Dewan D) dan kawasan sekitar bagi menampilkan lebih banyak aktiviti untuk peminat dan pengunjung.

Difahamkan kawasan untuk aktiviti dalam dewan adalah 350,000 kaki persegi manakala aktiviti outdoor pula seluas 8.6 ekar.


Pameran Kenderaan Ekstrem & Dewan Khas Buat Peminat Hot Wheels!

Sama seperti penganjuran terdahulu, AOS akan menjadi medan pameran pelbagai jenis kenderaan ekstrem termasuk motosikal kustom.

Beliau menjangkakan AOS 2023 akan mempamerkan sekurang-kurangnya 500 kenderaan buat tatapan pengunjung.

Mereka juga bakal memperkenalkan Outdoor ThunderCircus “Brotherhood Rally” iaitu kawasan terbuka yang dikhaskan sepenuhnya untuk penunggang dan peminat motosikal.

Sorotan untuk ThunderCircus termasuk pertunjukan aksi motosikal dipersembahkan oleh penunggang profesional, serta tunggangan mega dan juga perhimpunan pelbagai kumpulan motosikal dari seluruh Malaysia juga dari sekitar rantau ini.

Bukan itu sahaja, peminat Hot Wheels pasti akan menjadi teruja memandangkan AOS 2023 sudah menetapkan keseluruhan Dewan B untuk jenama permainan tersebut merangkumi pameran dan pelbagai aktiviti menarik seperti:

  • Pameran Hot Wheels Rare & Collectibles.
  • Hot Wheels Skate School.
  • Hot Wheels Swap Buy & Sell, dan banyak lagi!

Lebih menarik, percubaan memecahkan rekod untuk pembuatan Hot Wheels terbesar di Malaysia juga akan diadakan.

Bagi memperingati ulang tahun ke-40 Hot Wheels di Malaysia, Mattel akan bekerjasama dengan jenama automotif nasional ikonik negara iaitu PROTON untuk mencipta sebuah kenderaan Hot Wheels – Proton Saga pertama.

Bersempena dengan peristiwa bersejarah ini, Mattel menjemput semua kanak-kanak di Malaysia datang melatih kreativiti mereka untuk menyertai Hot Wheels x PROTON Kids Design Competition.

Reka bentuk yang menjadi pemenang akan diperingati melalui kad ‘blister’ Proton Saga ‘edisi khas’ dan akan dijual di seluruh negara di Malaysia pada awal 2024 nanti!


Perkhemahan & Gaya Hidup Outdoor Off The Grid!

Perkhemahan dan gaya hidup outdoor Off The Grid kembali ke Dewan C untuk 2023. Ia menampilkan “gaya hidup outdoor” yang diadakan di ruangan tertutup dengan keselesaan hawa dingin serta banyak lagi aktiviti di atas dan luar pentas untuk dinikmati seisi keluarga.

Hail Vintage di Dewan D.

Hail Vintage juga kembali untuk AOS 2023 dan akan diadakan di Dewan D, mempamerkan pelbagai jenis koleksi vintaj. Vendor pakar akan dijemput bukan sahaja untuk menjual tetapi juga mempamerkan koleksi mereka.

Tema tahun ini ialah MUZIK dan menampilkan koleksi muzik, barangan dan memorabilia yang paling jarang ditemui (rare).

Selain itu terdapat banyak lagi aktiviti tambahan menarik seperti:

  • Roda Rumble 2023: Two Wheels Gathering & Outdoor Festival yang anjurkan oleh Retro Mania.
  • La Cultura: Malaysia’s Chicano Culture Appreciation Gathering, merangkumi persembahan fesyen gaya Cholo dan Chicano, persembahan Tarian dan DJ, dan lain-lain lagi.
  • Streetware Con: Pelbagai vendor fesyen streetwear di Dewan D.
  • Pinup Pageant oleh Cherrybomb Pinup Parlour.
  • Vendor makanan Food Park dengan kawasan berbumbung untuk laluan ke Food & Beverage basement/underground di tingkat DG.
  • Automotive Flea Market.
  • Pelancaran produk di pentas.
  • Test Ride Zone untuk motosikal (Ducati, Royal Alloy, Italjet, Royal Enfield, Vespa, Aprilia, Triumph, Harley-Davidson dan lain-lain).

Jangan lupa untuk ‘mark’ kalendar awal-awal!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd