Now Reading
Adakah Kita Dikira Khatam Jika Bahagikan Juzuk Beramai-ramai? Ini Jawapannya

Adakah Kita Dikira Khatam Jika Bahagikan Juzuk Beramai-ramai? Ini Jawapannya

Kesimpulannya, membaca al-Quran sama ada dengan membahagikan juzuk ataupun tidak, anda masih boleh meraih pahala. Tetapi jika ditanya adakah khatam, jawabnya tidak.

khatam al-quran

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bulan Ramadan bakal menjelang tiba. Pasti ramai yang sudah mula memasang niat untuk khatam al-Quran sepanjang bulan puasa nanti, bukan?

Selain ibadah seperti menunaikan solat terawih secara berjemaah, membaca al-Quran juga menjadi salah satu ibadah yang mulia bertujuan untuk menambah pahala di bulan Ramadan nanti.

Bunyi macam sukar untuk dicapai, tapi hakikatnya tidak sesukar yang disangka pun. Pasang sahaja niat itu, insya-Allah akan dipermudahkan.


Bagaimana Cara Mudah Untuk Khatam al-Quran Di Bulan Ramadan?

Umum sedia maklum bahawa kitab al-Quran mengandungi 604 halaman bermula daripada surah al-Fatihah sehingga surah al-Nas. Satu al-Quran mengandungi 30 juzuk dan setiap juzuknya pula mempunyai 10 halaman muka surat.

Jadi, hari ini kami akan berkongsi beberapa panduan mudah untuk anda mengkhatam al-Quran di bulan Ramadan nanti.

(1 hingga 10 Ramadan, boleh baca Juzuk 1 hingga Juzuk 10)

  • Hari 1: Muka surat 1 hingga 10
  • Hari 2: Muka surat 11 hingga 30
  • Hari 3: Muka surat 31 hingga 50
  • Hari 4: Muka surat 51 hingga 70
  • Hari 5: Muka surat 71 hingga 90
  • Hari 6: Muka surat 91 hingga 110
  • Hari 7: Muka surat 111 hingga 130
  • Hari 8: Muka surat 131 hingga 150
  • Hari 9: Muka surat 151 hingga 170
  • Hari 10: Muka surat 171 hingga 190
  • Hari 11: Muka surat 191 hingga 210
  • Hari 12: Muka surat 211 hingga 230
  • Hari 13: Muka surat 231 hingga 250
  • Hari 14: Muka surat 251 hingga 270
  • Hari 15: Muka surat 271 hingga 290
  • Hari 16: Muka surat 291 hingga 310
  • Hari 17: Muka surat 311 hingga 330
  • Hari 18: Muka surat 331 hingga 350
  • Hari 10: Muka surat 351 hingga 370
  • Hari 11: Muka surat 371 hingga 390
  • Hari 12: Muka surat 391 hingga 410
  • Hari 13: Muka surat 411 hingga 430
  • Hari 14: Muka surat 431 hingga 450
  • Hari 15: Muka surat 451 hingga 470
  • Hari 16: Muka surat 471 hingga 490
  • Hari 17: Muka surat 491 hingga 510
  • Hari 18: Muka surat 511 hingga 530
  • Hari 19: Muka surat 531 hingga 550
  • Hari 20: Muka surat 551 hingga 570
  • Hari 21: Muka surat 571 hingga 590
  • Hari 22: Muka surat 591 hingga 604

Ini merupakan jadual untuk anda yang sudahpun memasang niat untuk khatam satu kali di bulan Ramadan. Kalau nak khatam lebih dari satu kali pun boleh, cuma kena baca lebih muka surat. 🙂

Mudah, kan?


Baca Juzuk Berbeza Boleh Dikira Khatam al-Quran Beramai-ramai Ke?

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter (@Muzuzxck) menerusi bebenang tweets menjelaskan satu persoalan yang sering’ dilontarkan iaitu ‘Adakah kita telah dikira khatam al-Quran jika dibahagikan juzuk beramai-ramai?’

Maksudnya, jika anda membaca juzuk 12, dan rakan anda membaca juzuk 13.

Bolehkah khatam bersama-sama? Jawapannya:

  1. Membaca al-Quran mendapat pahala di sisi Allah SWT, tanpa syak dengan sokongan dalil al-Quran dan Hadith yang banyak dan kuat. Jadi perbahasan kita tidak berlegar sekitar “dapat pahala atau tak”, bahkan kita mahu tahu “adakah khatam atau tak”.
  2. Maksud tadarus dari sudut bahasa adalah saling mempelajari. Timbangan kalimah تفاعل lazimnya membawa makna musyarakah, maka kita katakan saling belajar. Dari sudut istilah, ulama’ al-Quran mengatakan tadarus adalah saling membaca dan mendengar. Seorang baca, seorang dengar. Begitulah secara bergilir. Kata Ulama’ semisal Al-Imam Al-Munawi, tadarus pada zaman salaf as-soleh dan berterusan selepas itu untuk menjaga kualiti bacaan dan hafazan supaya tidak lupa.

“Adakah boleh tadarus semasa bulan Ramadan?”

Jawapannya: Ya, bahkan ia sangat digalakkan kerana ianya amalan terpuji hatta semasa selain Ramadan.

“Adakah boleh kita bahagikan juzuk untuk membaca al-Quran?”

Jawapannya: Boleh. Ini diharuskan.

“Adakah dikira khatam jika membaca al-Quran dengan cara sedemikian (bergilir-gilir atau bahagikan muka surat atau juzuk)?

Jawapannya: Tidak. Kerana hakikat khatam al-Quran yang sebenar adalah kita membaca dari awal Al-Fatihah sehingga Al-Nas dengan lengkap. Akan tetapi, setiap pembaca akan mendapat pahala bagi apa yang telah dibacakan.

Disebutkan oleh ulama’ semisal Al-Imam Al-Suyuthi: “Apa yang lebih banyak perbuatan, akan lebih banyak ganjaran”.


Kesimpulannya, membaca al-Quran sama ada dengan membahagikan ataupun tidak, anda masih boleh meraih pahala. Tetapi jika ditanya adakah khatam, jawabnya tidak.

Untuk mendapat pahala, bacalah walau dengan apa cara sekalipun, tetapi untuk mendapat kelebihan khatam al-Quran, perlu bacalah dari awal.

Jelasnya lagi, “Membahagikan juzuk dan membaca serta mendengar bacaan dalam kumpulan secara bergilir-gilir adalah diharuskan dan tidak dilarang.”

BACA JUGA: Rider Dipuji Luang Masa Baca Al-Quran. Ada Yang ‘Offer’ Berbuka Puasa Percuma Selama Sebulan!

BACA JUGA: Ada Niat Nak Khatam Al-Quran Di Bulan Ramadan? Cuba Ikuti Panduan Ini


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd