Now Reading
Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda

Nak Puasa Tapi Ada Masalah Gastrik? Ini 5 Tips Untuk Anda

Antara tips yang dikongsikan adalah dengan minum air rendaman buah kurma dan juga melatih diri dengan berpuasa sunat sebelum Ramadan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Kurang dari tempoh sebulan, umat Islam bakal menyambut bulan yang sangat mulia iaitu bulan Ramadan.

Selain diwajibkan berpuasa di bulan Ramdan, umat Islam juga sangat digalakkan untuk melakukan amal ibadah kerana akan diberikan ganjaran pahala berlipat kali ganda.

Antara amalan yang dianjurkan semasa bulan Ramadan adalah membaca al-Quran, bersedekah, dan sebagainya.

BACA JUGA: 5 Cara Persiapkan Diri Sebelum Bulan Ramadan Menjelang Tiba

BACA JUGA: Lakukan 8 Perkara Ini Untuk Pastikan Ramadan Lebih Produktif


Tips Untuk Elak Terkena Gastrik Ketika Bulan Ramadan

Bagi mereka yang mempunyai masalah gastrik, amalan berpuasa iaitu tidak makan dari pagi sehingga petang membuatkan segelintir individu agak risau. Boleh tahan ke?

Menerusi Twitter seorang pengguna @efaperfume mengajukan soalan kepada orang ramai tentang tips menghadapi bulan Ramadan untuk pesakit gastrik.

Boleh tahan banyak juga tips yang dikongsikan oleh netizen di ruangan komen ciapan tersebut.

Antara tips yang dikongsikan adalah seperti berikut:

1. Minum Air Rendaman Kurma Ketika Sahur

Tips minum air rendaman kurma ketika sahur memang banyak digunakan penghidap gastrik.

Sebelum tidur, anda ambil beberapa biji kurma dan rendamkannya di dalam air. Kemudian, boleh terus minum ketika sahur. Senang je kan?

Tapi ada juga yang mencampurkan air tersebut di dalam oat atau blend dengan susu, buah-buahan dan sebagainya. Ikut cara masing-masing.

Nak makan buah kurma sahaja pun boleh juga.

2. Jangan Makan Hidangan Pedas Atau Berminyak

Selain itu, anda juga perlu mengelakkan makanan yang pedas dan juga berminyak. Bukan hanya ketika bersahur, kalau boleh waktu berbuka pun elakkan makan hidangan yang pedas.

Risau nanti perut anda mengeluarkan rasa pedih dan tidak selesa untuk berpuasa sepanjang bulan Ramadan selama sebulan.

3. Jangan Baring Selepas Sahur

Ada juga yang memberi tips supaya penghidap gastrik untuk tidak terus baring selepas selesai bersahur.

Segelintir individu pula menasihati penghidap gastrik untuk tidak mengambil hidangan yang terlalu berat ketika bersahur di awal pagi.

4. Jangan Terlebih Makan Ketika Sahur

Sesetengah orang akan berfikir, kalau makan banyak waktu sahur mesti tak cepat lapar. Sebenarnya tidak ya. Tetap akan lapar juga.

Jadi buat mereka yang menghidap masalah gastrik, anda dinasihati untuk tidak terlebih makan ketika sahur. Biar kuantitinya sedikit tetapi memberi khasiat yang baik kepada tubuh badan sepanjang hari.

5. Latih Diri Dengan Puasa Sunat Sebelum Ramadan

Puasa sunat sebelum bulan Ramadan bukan sahaja digalakkan dalam Islam, tetapi ia juga memberi manfaat kepada individu bermasalah gastrik.

Dengan cara ini, anda dapat melatih perut terlebih dahulu untuk membiasakan diri berpuasa pada bulan Ramadan. Barulah perut anda tidak ‘terkejut’ bila tiba-tiba berasa lapar dalam tempoh yang lama.

Semoga tips yang dikongsikan ini dapat membantu para penghidap gastrik di luar sana sebagai persiapan menjelang bulan Ramadan yang bakal menjelma tidak lama lagi.

BACA JUGA: Ini 5 Amalan Di Bulan Ramadan Wanita “Cuti” Boleh Lakukan Untuk Dapat Pahala

BACA JUGA: Ini 5 Tips Berpuasa Untuk Bantu Ibu Yang Sedang Menyusu Bayi


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd