Now Reading
Populasi Rakyat Malaysia Semakin ‘Tua’, Apa Maksudnya?

Populasi Rakyat Malaysia Semakin ‘Tua’, Apa Maksudnya?

Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai populasi menua kerana mempunyai 7.3% golongan berusia 65 tahun dan ke atas.

Apa Jadi Kalau Sesebuah Negara Lebih Banyak Orang Tua Berbanding Muda?

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Bila sebut tentang umur yang semakin menua, mesti ramai yang akan mengaitkannya tentang jangka hayat manusia dan haiwan.

Untuk pengetahuan anda, sesebuah negara juga boleh menua bergantung kepada kadar kelahiran penduduknya.

Memetik laporan The Malaysian Reserve, Malaysia dikategorikan sebagai negara menua kerana penduduknya yang berumur 65 tahun dan keatas dijangka sudah mencecah 7.3%.

Menurut Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), negara yang menua adalah apabila komuniti penduduknya yang melebihi 65 tahun dan ke atas sudah melepasi 7% dari jumlah keseluruhan populasi.

Kebanyakan negara yang menua ini adalah negara maju yang mempunyai taraf hidup tinggi.

Selain Malaysia, negara lain yang sudah mula menua disebabkan mempunyai jumlah penduduk berumur 65 tahun dan ke atas lebih ramai adalah seperti:

  • Jepun (28.7%)
  • Itali (23%)
  • Finland (21.9%)
  • Portugal (21.8%)
  • Jerman (21.4%)
  • Serbia (20.2%)
Sumber: Denaihati

Apa Itu Populasi Menua Atau ‘Aged Population’?

Jika sesebuah negara mempunyai jumlah penduduk golongan tua lebih ramai berbanding muda, maka akan berlakunya populasi menua atau ‘aged population’.

Situasi di mana bilangan orang-orang tua lebih ramai berbanding orang muda berlaku disebabkan oleh kadar kelahiran sesebuah negara yang rendah.

Perkongsian tentang perkara ini turut dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter (@sollehdaim) di laman Twitter miliknya.

Berdasarkan data daripada World Bank, Malaysia mengalami penurunan kadar kelahiran sejak tahun 1960 sehingga 2020 iaitu dari 6.4% kepada hanya 1.8% sahaja.

Sumber: World Bank

Apa Akan Jadi Jika Sesebuah Negara Mempunyai Bilangan Orang Tua Lebih Ramai Berbanding Golongan Muda?

Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa akan berlaku jika negara tersebut berlaku proses menua? Antara kesannya adalah:

1. Kos Perbelanjaan Negara Akan Meningkat

Sumber: MalayMail

Perbelanjaan negara akan meningkat disebabkan oleh kos yang terpaksa dikeluarkan oleh kerajaan bagi memastikan penjagaan mereka yang lebih berusia termasuklah dari segi fasiliti kesihatan.

Apabila semakin banyak fasiliti diwujudkan dan ditambah baik, maka kadar cukai yang dikenakan kepada golongan muda akan meningkat.

2. Produktiviti Rendah

Sumber: Astro Awani

Kadar produktiviti akan semakin perlahan kerana golongan lebih berusia tidak mempunyai banyak tenaga berbanding orang-orang muda.

Jadi apa yang akan berlaku adalah golongan muda dikerah untuk bekerja lebih kuat bagi menyokong perbelanjaan bagi menjaga kebajikan warga tua.

3. Peningkatan Pekerja Warga Asing

Sumber: MalayMail

Produktiviti yang rendah disebabkan oleh kekurangan tenaga kerja golongan muda akan mengakibatkan jumlah pengambilan pekerja warga asing semakin bertambah.

Solusi mudah yang diambil oleh sesetengah syarikat akan membawa kepada masalah lain pula iaitu golongan muda di sesebuah negara terpaksa bersaing dengan warga asing yang dibawa masuk.

Namun keadaan akan bertambah buruk apabila sesebuah syarikat lebih memilih warga asing berbanding anak muda tempatan sebagai pekerja mereka kerana bayaran gaji yang murah.


Apa Punca Kepada Proses ‘Aged Population’ Ini?

Punca utama kepada masalah populasi sesebuah negara yang semakin menua adalah kos sara hidup yang terlalu tinggi menyebabkan mereka tidak mahu untuk melahirkan ramai anak.

Selain itu, faktor lain adalah kerana bebanan hutang seperti pinjaman pendidikan dan juga bebanan untuk mengumpul wang sebelum mendirikan rumah tangga.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Business Today)

Mungkin ada sesetengah keluarga menetapkan hantaran minimum RM20,000 untuk mengahwini anak perempuan mereka.

Jadi sebagai lelaki, ada yang sanggup dan juga tidak sanggup untuk mengumpul wang sebanyak itu.

Malah, ada yang berputus asa dalam mengumpul wang perkahwinan sehingga mengambil keputusan untuk membatalkan hasrat mendirikan rumah tangga bersama pasangan.


Bagaimana Cara Untuk Mengatasi Masalah Populasi Menua Ini?

Di Jepun, masalah popular menua atau ‘aged population’ ini semakin kritikal sehinggakan seorang pensyarah dari Universiti Yale memberi cadangan agar pembunuhan diri beramai-ramai dilakukan.

Sebagai masyarakat beragama Islam, bunuh diri adalah dilarang dalam agama Islam.

Jadi, apa yang boleh kita buat untuk atasi masalah ini?

Antara langkah yang boleh dilakukan bagi mengatasi masalah populasi menua adalah dengan memudahkan urusan perkahwinan. Dengan cara ini, kebarangkalian kadar kelahiran yang lebih meningkat.

Pada masa yang sama, ia dapat membantu sesebuah negara untuk melewatkan proses menua.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd