Now Reading
Carlo Rino Perkenal Koleksi Menarik ‘Stripes & Puffy Pillow’ Untuk Musim Bunga 2023

Carlo Rino Perkenal Koleksi Menarik ‘Stripes & Puffy Pillow’ Untuk Musim Bunga 2023

Carlo Rino, jenama kontemporari yang menampilkan beg tangan dan kasut berjiwa muda, bergaya lagi chic kini memperkenalkan koleksi menarik Stripes And Puffy untuk musim bunga 2023.

carlo rino

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Musim bunga ini, Carlo Rino memperkenalkan Koleksi Stripy and Pillow yang diinspirasikan daripada kisah Charlotte dan persahabatan yang tidak terjangka dengan Little Monster.

Beg dari Koleksi Stripy and Pillow menyimpan segala rahsia serta melindungi barangan peribadi dan kenangan indah anda. Bawa bersama-sama beg ini dalam menelusuri pengembaraan kehidupan yang mengagumkan dan abadikan setiap detik penuh keajaiban.

Seperti Little Monster untuk Charlotte, Koleksi Stripy merupakan teman setia bagi semua barang keperluan anda. Corak ombak bertindih dipadankan dengan tekstur gebu dan lembut tidak hanya memberikan estetika yang kemas, tetapi juga bagaikan mendapat pelukan mesra.

Koleksi Pillow memberikan sedikit sentuhan keanggunan kepada penampilan harian anda. Kedua-dua koleksi mewakili sisi sofistikated praktikal dan minimalis, sama seperti persahabatan antara Charlotte dan Little Monster.

Alami keajaiban hubungan tidak terjangka dengan Koleksi Stripy dan Koleksi Pillow Carlo Rino musim bunga ini.


Beg: Stripy Puffer Tote.

(Kiri) Beg Tote Stripy Puffer.
(Kanan) Pillow 2-Way Crossbody.

Beg Tote Stripy Puffer menampilkan reka bentuk praktikal, sekaligus menjadikannya pilihan utama untuk kegunaan harian. Dengan tiga pilihan warna menawan, anda boleh menggabungkan keselesaan dan gaya dalam fesyen anda.

Jadi, kumpulkan barangan anda dan ayuh mengembara dengan beg tote Stripy Puffer. Sertai Charlotte dan Little Monster untuk musim bunga yang penuh gaya dan keseronokan.

Pillow 2-Way Crossbody adalah aksesori sempurna untuk apa jua pengembaraan. Seperti Little Monster menjadi teman setia Charlotte, begitu juga beg Pillow 2-Way Crossbody boleh menjadi teman pendamping setia dalam pengembaraan harian anda.

Tali boleh laras pada beg ini membolehkan anda memakainya sebagai beg silang atau beg bahu, lantas memberikan anda kebebasan untuk  menggayakannya mengikut kesukaan anda.

Saiz kecil molek Pillow 2-Way Crossbody memastikan anda  dapat menggalas semua barang keperluan anda dengan mudah.


Kasut: Stripy Sandals.

Sandal Stripy adalah penambahan unggul kepada koleksi musim bunga bergaya Charlotte dan Little Monster. Dengan reka bentuk unik diinspirasikan daripada bentuk gear yang menggantikan suspender tradisional, sandal ini memberikan nafas baharu kepada gaya klasik.

Reka bentuk ini  meningkatkan nilai estetika keseluruhan dan semestinya menyerlahkan lagi persalinan anda. Sesuai untuk majlis kasual mahupun formal, Sandal Stripy ini merupakan pilihan versatil dan bergaya bagi setiap individu yang mementingkan fesyen.

Stripy Echo Sandals.

Sandal Stripy Echo semestinya item terbaik untuk koleksi Musim Bunga 2023. Dengan reka bentuk jahitan tidak simetri, sandal ini menampilkan keselesaan penuh gaya.

Tapak yang gebu membuatkan anda terasa seperti berjalan atas awan, manakala logo besi Echo berwarna keemasan memberikan sedikit sentuhan glamour. Boleh dipakai untuk menerokai kota atau hanya berjalan-jalan  santai, Sandal Echo semestinya akan menyerikan lagi gaya anda.

Stripy Echo Flats.

Kasut flat Stripy harus dimiliki oleh anda yang penuh gaya dan berani, sama seperti Charlotte dan Little Monster. Kasut flat ini boleh didapati dalam dua warna yang anggun, hitam dan ‘nude’ dengan tapak hitam.

Reka bentuk tidak lapuk ditelan zaman dan warna versatil menjadikannya padanan terbaik bagi apa jua gaya pemakaian. Kasut Flat Stripy Echo akan menjadi pilihan anda sama ada untuk menjalankan tugas seharian atau memulakan pengembaraan baharu.

Untuk mendapatkan koleksi Carlo Rino Stripy and Pillow Collection anda boleh KLIK SINI.

BACA JUGA: Carlo Rino Tampil Dengan 2 Koleksi Baharu Untuk Gaya Ala ‘Boss Babe’!

BACA JUGA: Carlo Rino Perkenal Koleksi Orion & Logogram Sempena Tahun Baru Cina


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd