Now Reading
Disney In Concert: Live Your Dream Kini Kembali Ke Kuala Lumpur. Harga Tiket Bermula RM100!

Disney In Concert: Live Your Dream Kini Kembali Ke Kuala Lumpur. Harga Tiket Bermula RM100!

Disney In Concert: Live Your Dream ini sememangnya sesuai untuk ditonton oleh setiap golongan umur, dari muda hingga ke tua. Anda boleh mengimbau kembali kenangan watak-watak kegemaran anda sambil coretan adegan animasi dimainkan di skrin.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Disney In Concert: Live Your Dream yang paling dinanti-nantikan bakal ditayangkan di Kuala Lumpur selepas menjelajah di seluruh dunia!

Peminat kini boleh membeli tiket secara eksklusif di Trip.com sepanjang tempoh pembelian awal (early bird) berjalan iaitu sehingga 5 Mac 2023.

Ketiga-tiga persembahan iaitu pada 6 dan 7 Mei ini akan diadakan di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Selami dunia watak Disney melalui skor muzik secara langsung dipersembahkan oleh orkestra 46 keping dan empat penyanyi yang diluluskan oleh Disney.
(Sumber: Disney Concerts/Facebook)

Selain melodi yang tidak dapat dilupakan, urutan filem akan dimainkan bersama-sama lagu untuk menghanyutkan anda dengan gelombang nostalgia.

Lebih menarik, Trip.com menawarkan orang ramai peluang mendapatkan tempat duduk terbaik dengan pengecualian yuran pengendalian dan diskaun 5% untuk semua kategori tiket sementara stok masih ada.

Harga tiket adalah bermula dari RM100 diikuti dengan tempat duduk terbaik berharga RM450.

Disney In Concert: Live Your Dream ini sememangnya sesuai untuk ditonton oleh setiap golongan umur, dari muda hingga ke tua. Anda boleh mengimbau kembali kenangan watak-watak kegemaran anda sambil coretan adegan animasi dimainkan di skrin.

OMG, excited!


Disney In Concert: Live Your Dream – Info Tentang Konsert & Tiket

  • Regular Rate: RM450 (PS1), RM350 (PS2), RM250 (PS3), RM150 (PS4), RM100 (PS5).
  • Tarikh dan Masa Tayangan: 15:00 dan 19:30 (6 Mei), 15:00 (7 Mei).
  • Tempat: Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
  • Tempoh: Lebih kurang 110 minit (termasuk rehat 15 minit).

Disney Concerts.

Untuk rekod, Disney Concerts ialah bahagian pengeluaran dan pelesenan konsert Disney Music Group, cabang muzik The Walt Disney Company.

Disney Concerts menghasilkan konsert dan lawatan, serta melesenkan muzik Disney dan kandungan visual kepada orkestra simfoni dan penyampai di seluruh dunia.

Pakej konsert Disney Concerts termasuk kepelbagaian format, seperti konsert filem “live to picture” serta konsert kompilasi instrumental dan vokal bertema terdiri daripada persembahan simfoni instrumental kepada produksi multimedia yang menampilkan vokalis dan koir secara langsung.

Antara tajuk-tajuknya adalah termasuk Siri Konsert Filem Star Wars, Toy Story, Aladdin, The Muppet Christmas Carol, Disney Princess – The Concert, Coco, The Lion King, Up dan The Nightmare Before Christmas.

Untuk melakukan penempahan tiket konsert, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd