Park Seo-Jun Muncul Di Sunway Pyramid Sempena Kolaborasi Bersama MILO Malaysia
Sejak mengenali MILO®, Park Seo-Jun telah menjalinkan ikatan istimewa dengan minuman kegemaran Malaysia itu dan menjadikan varian stik pek MILO® pilihan bertenaganya untuk kekal aktif.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pasti ramai tertanya-tanya, apa yang meriah sangat di Sunway Pyramid semalam (25 Februari), kan?
Untuk anda yang mungkin ‘terlepas bas’, seorang pelakon popular dalam K-Drama Itaewon Class iaitu Park Seo-Jun telah menghadirkan diri serta mengejutkan peminat di Malaysia semalam.
Park Seo-Jun selaku Sahabat MILO membuat kemunculan di Sunway Pyramid pada jam 12:30pm sehingga 1:20pm bersempena kolaborasi bertenaga bersama MILO® Malaysia.

Ya, hampir pengsan ya peminat-peminat PSJ di Malaysia. Mana tidaknya, dapat jumpa depan-depan, punyalah teruja!
Acara istimewa yang diadakan di Sunway Pyramid itu meraikan Kolaborasi Bertenaga MILO® x Park Seo-Jun yang menyemarakkan tenaga rakyat Malaysia menerusi varian MILO® dalam stik pek yang mudah dibawa ke mana sahaja untuk memenuhi keperluan apa jua gaya hidup pada bila-bila masa.

Varian Produk MILO®
Varian stik pek MILO® merupakan rangkaian produk MILO® berkhasiat yang sesuai untuk golongan dewasa yang mahukan kemudahan dan kepelbagaian dengan rasa MILO® hebat.
Varian tersebut termasuk:
- MILO® 3-in-1.
- MILO® Original.
- MILO® with Whole Grain Cereal.
- MILO® Less Sugar.
- MILO® HI-FIBRE yang menawarkan lebih kebaikan serta nutrisi yang menepati pelbagai keperluan pengguna – termasuklah Park Seo-Jun yang menjalani gaya hidup aktif.
MILO® x Park Seo-Jun.
Sebagai Sahabat MILO® yang menjiwai tenaga MILO®, Park Seo-Jun menyertai barisan ikon-ikon tanah air yang pernah bergabung tenaga dengan MILO® sebelum ini untuk menyuntik nafas baharu kepada varian stik pek MILO®.

Sejak mengenali MILO®, Park Seo-Jun telah menjalinkan ikatan istimewa dengan minuman kegemaran Malaysia itu dan menjadikan varian stik pek MILO® pilihan bertenaganya untuk kekal aktif.
Kami gembira kerana berpeluang membawa Sahabat MILO® Park Seo-Jun lebih dekat dengan rakyat Malaysia, di mana Malaysia merupakan pasaran MILO® terbesar di dunia. Sesiapa sahaja yang menggemari MILO® merupakan sahabat MILO®. Justeru, kami ingin menonjolkan tenaga Sahabat MILO® Park Seo-Jun kepada rakyat Malaysia serta menunjukkan bagaimana varian MILO® kegemaran beliau memenuhi keperluan gaya hidup aktifnya. Inilah keunikan rangkaian varian stik pek MILO®. Kami menawarkan pelbagai jenis MILO® kegemaran anda supaya anda juga boleh memilih satu atau apa jua pilihan yang serasi dengan keperluan serta gaya hidup anda.
Ng Su Yen, Pegawai Eksekutif Perniagaan – Unit Perniagaan MILO®, Nestlé (Malaysia) Berhad.
Park Seo-Jun Bancuh MILO Depan Peminat!
Teruja ketika Park Seo-Jun berkongsi cara kegemarannya menikmati MILO®, para penyokong bersorak gemuruh apabila beliau menjemput semua yang hadir untuk sama-sama menikmati secawan MILO® kegemarannya dengan slogan kempen ikonik, ‘Jom Minum MILO®’.

Sebelum ini saya pernah mendengar bahawa MILO® ini jenama kegemaran seluruh rakyat Malaysia. Setelah merasai sendiri kekuatan tenaga semua yang hadir pada hari ini, tidak syak lagi rakyat Malaysia benar-benar menggemari MILO®.
Sahabat MILO® Park Seo-Jun.
Sementara itu, para pengunjung di Sunway Pyramid turut disajikan dengan pelbagai aktiviti menarik seperti jerayawara dengan promosi istimewa, minuman MILO® kegemaran rakyat daripada van MILO®, serta bahan-bahan promosi menampilkan Sahabat MILO® Park Seo-Jun yang menjemput semua untuk #JomMinumMILO.
Untuk maklumat lanjut tentang Kolaborasi Bertenaga MILO® x Park Seo-Jun, anda boleh KLIK SINI.
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.